Klinik Anda 24jam Lemal

Call Directions Website Contact the business

Klinik Anda 24jam Lemal "๐—ฌ๐—ผ๐˜‚๐—ฟ ๐—ณ๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—น๐˜†'๐˜€ ๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐˜๐—ต ๐—ผ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐˜†"
๐Ÿ“ž: 010-410 5800
๐Ÿ“ŒKLINIK ANDA 24 JAM LEMAL
PT 105/3B, CBG 3 LEMAL, LEMAL, 17000 PASIR MAS KELANTAN
(1)

16/09/2026

Perjalanan Menuntut Ilmu ๐Ÿ˜

13/09/2026

๐Ÿซƒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป. ๐—œ๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด. โค๏ธ๐Ÿซ€

Ramai orang hanya melihat perut buncit sebagai isu berat badan.

Tetapi sebenarnya, lemak yang terkumpul di bahagian perut (lemak viseral) adalah lebih berbahaya berbanding lemak di bawah kulit.

Kenapa?

โš ๏ธ Lemak viseral menghasilkan bahan keradangan yang boleh:
โ€ข Meningkatkan insulin resistance.
โ€ข Menyebabkan diabetes.
โ€ข Meningkatkan tekanan darah.
โ€ข Meningkatkan trigliserida dan menurunkan HDL (kolesterol baik).
โ€ข Mempercepat pembentukan plak dalam salur darah jantung.

Semua faktor ini meningkatkan risiko:
๐Ÿซ€ Penyakit salur darah jantung.
๐Ÿง  Strok.
๐Ÿฉบ Serangan jantung.

Lebih membimbangkan, ada individu yang berat badannya tidak terlalu tinggi tetapi mempunyai perut buncit. Mereka juga boleh mempunyai risiko yang tinggi.

๐Ÿ“ Cuba ukur lilit pinggang anda:
โ€ข Lelaki: < 90 cm (disyorkan untuk populasi Asia)
โ€ข Wanita: < 80 cm (disyorkan untuk populasi Asia)

Jika melebihi bacaan ini, risiko penyakit metabolik dan penyakit jantung mula meningkat.

๐Ÿ’ช Berita baiknya, mengurangkan hanya 5โ€“10% daripada berat badan sudah boleh membantu memperbaiki tekanan darah, gula, kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Jangan hanya fokus pada angka di penimbang. Perhatikan juga ukuran pinggang anda. Kadang-kadang, perut buncit adalah amaran awal bahawa jantung sedang berisiko. โค๏ธ

10/09/2026

Alhamdulillah For Everything ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

08/09/2026

Makanan Untuk Jantung โ™ฅ๏ธ

04/09/2026

Orang Muda Kena Serangan Jantung? ๐Ÿค”

01/09/2026

Ayuh Lakukan Medical Check up Sekali Setahun๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

25/08/2026

๐Ÿซ€ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด. ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฝ ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด.

Ramai orang panik apabila mengalami sakit dada.

Hakikatnya, sakit dada mempunyai banyak punca, antaranya:
โœ… Gastrik atau refluks asid (GERD).
โœ… Otot atau tulang rusuk yang tegang.
โœ… Kebimbangan (anxiety/panic attack).
โœ… Jangkitan paru-paru atau pleurisy.
โœ… Masalah pundi hempedu.
โœ… Penyakit jantung.

Namun, cabaran sebenar ialah simptom-simptom ini kadangkala sangat sukar dibezakan hanya berdasarkan rasa sakit.

๐Ÿšจ Antara petanda yang lebih membimbangkan ke arah masalah jantung:
โ€ข Sakit atau tekanan di bahagian tengah dada.
โ€ข Berlaku ketika berjalan atau melakukan aktiviti.
โ€ข Menjalar ke lengan kiri, bahu, leher, rahang atau belakang.
โ€ข Disertai sesak nafas, berpeluh sejuk atau loya.
โ€ข Mempunyai faktor risiko seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok atau sejarah keluarga penyakit jantung.

Jangan membuat diagnosis sendiri.

Ada yang menyangka gastrik, rupanya salur darah jantung tersumbat.
Ada juga yang menyangka serangan jantung, rupanya hanya masalah otot atau gastrik.

๐Ÿฉบ Sebab itu pemeriksaan oleh doktor amat penting untuk mengenal pasti punca sebenar dan menentukan sama ada anda memerlukan rawatan segera.

โค๏ธ Ingat, tidak semua sakit dada ialah penyakit jantung. Tetapi setiap sakit dada yang berisiko wajar dinilai sehingga terbukti sebaliknya.

SEMINGGU LAGI NAK START CUTI SEKOLAH ๐Ÿ“šโ€ผ๏ธUntuk warga kelantan dan pasir mas. Jom booking sekarang untuk berkhatan anak- a...
23/08/2026

SEMINGGU LAGI NAK START CUTI SEKOLAH ๐Ÿ“šโ€ผ๏ธ

Untuk warga kelantan dan pasir mas. Jom booking sekarang untuk berkhatan anak- anak anda ๐Ÿฅฐ
Slot Terhad๐Ÿคฉ

โ˜Ž๏ธ: 010-410 5800
๐Ÿ“KLINIK ANDA LEMAL (Tepi PETRON Cbg 3 Lemal)

21/08/2026

๐Ÿฉธ ๐——๐—ถ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐˜€: ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐˜‚๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฝ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด โค๏ธโ€๐Ÿฉน

Ramai menyangka diabetes hanya menyebabkan gula dalam darah tinggi.
Hakikatnya, diabetes dan insulin resistance mencetuskan keradangan kronik dalam badan. Keradangan ini merosakkan lapisan dalam salur darah, mempercepat pembentukan plak dan meningkatkan risiko penyakit arteri koronari.
Lebih membimbangkan...

โš ๏ธ Ramai pesakit diabetes tidak mengalami sakit dada yang tipikal ketika salur darah jantung tersumbat.
Ini kerana diabetes yang berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan saraf (diabetic neuropathy), termasuk saraf yang membawa isyarat sakit daripada jantung. Akibatnya, serangan jantung boleh berlaku dengan gejala yang sangat ringan atau tidak tipikal.

Mereka mungkin hanya mengalami:โ€ข Cepat letih.โ€ข Sesak nafas.โ€ข Berpeluh sejuk.โ€ข Loya atau muntah.โ€ข Rasa tidak sedap badan.โ€ข Ketidakselesaan ringan di dada atau langsung tiada sakit.
Sebab itu ada pesakit diabetes yang hanya menyedari mereka mengalami penyakit jantung apabila sudah berada pada tahap yang serius.

๐Ÿฉบ Jika anda menghidap diabetes atau insulin resistance, jangan hanya fokus kepada bacaan gula darah. Kawal juga tekanan darah, kolesterol, berat badan, berhenti merokok dan lakukan pemeriksaan jantung jika anda mempunyai simptom atau faktor risiko.

Diabetes bukan sekadar penyakit gula. Ia juga adalah salah satu faktor risiko terbesar untuk penyakit jantung. Lindungi salur darah anda sebelum terlambat. โค๏ธ๐Ÿซ€

Address

PT 105/3B (Tingkat Bawah) Cabang 3 Lemal
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda 24jam Lemal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Anda 24jam Lemal:

Shortcuts

Share