Klinik Azhar Pasir Mas

Call Directions Website Contact the business

Klinik Azhar Pasir Mas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Azhar Pasir Mas, Medical Service, Lot 1115/A, Kampung Gaung Lati, Pasir Mas.

Beroperasi sejak tahun 1998 oleh Dr Hj Azhar bin Hj Hamzah

Klinik Perubatan Keluarga & X-Ray

MISI KLINIK AZHAR
Memberi Rawatan, Rundingan dan Pendidikan Kesihatan Kepada Semua Golongan Pesakit

VISI KLINIK AZHAR
Menjadi Klinik Pilihan Dihati Masyarakat

🎧 KESAN PENGGUNAAN FON TELINGA TERHADAP KESIHATAN ⚠️Tahukah anda? Penggunaan fon telinga dengan kelantangan yang terlalu...
17/10/2026

🎧 KESAN PENGGUNAAN FON TELINGA TERHADAP KESIHATAN ⚠️

Tahukah anda? Penggunaan fon telinga dengan kelantangan yang terlalu tinggi dan dalam tempoh yang lama boleh menjejaskan kesihatan pendengaran anda! 👂

💡 Tips menjaga kesihatan pendengaran:
✅ Rendahkan kelantangan audio.
✅ Hadkan tempoh penggunaan fon telinga.
✅ Bersihkan fon telinga secara berkala.
✅ Berikan telinga masa untuk berehat.

🏥 Sayangi pendengaran anda! Jika mengalami telinga berdengung atau masalah pendengaran, jom datang ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat kesihatan.

❤️JOM CAKNA SAMA SAMA❤️

Post by E

Tahukah anda ❓Saringan kesihatan yang biasanya dikenali sebagai pemeriksaan kesihatan atau pemeriksaan perubatan adalah ...
17/10/2026

Tahukah anda ❓

Saringan kesihatan yang biasanya dikenali sebagai pemeriksaan kesihatan atau pemeriksaan perubatan adalah sebahagian penting daripada penjagaan kesihatan.

Khusus untuk para pelajar lepasan SPM dan lepasan keputusan UPU, jom buat saringan kesihatan yang pihak universiti anda perlukan di klinik kami.

Kami di Klinik Azhar Pasir Mas ada menyediakan pakej-pakej saringan kesihatan yang sesuai untuk anda.

Jom buat saringan kesihatan di Klinik Azhar ❤️

❤JOM CAKNA SAMA-SAMA ❤️

Post by Z

🪑 BAHAYA DUDUK TERLALU LAMA! ⚠️Tahukah anda, duduk terlalu lama dan kurang bergerak boleh meningkatkan risiko pelbagai m...
15/10/2026

🪑 BAHAYA DUDUK TERLALU LAMA! ⚠️

Tahukah anda, duduk terlalu lama dan kurang bergerak boleh meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

💪 Cegah sebelum terlambat!
✅ Bangun dan bergerak setiap 30–60 minit.
✅ Amalkan aktiviti fizikal secara berkala.
✅ Kurangkan masa duduk dan penggunaan skrin yang berlebihan.

🏥 Jangan abaikan kesihatan anda!
Jom datang ke klinik kami untuk pemeriksaan kesihatan, dapatkan nasihat daripada anggota kesihatan dan mengetahui cara mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif.

❤️JOM CAKNA SAMA SAMA❤️

Post by S

Kulit mempunyai tiga fungsi utama iaitu untuk perlindungan, pengawalan dan deria rasa. Fungsinya terhadap tubuh badan in...
15/10/2026

Kulit mempunyai tiga fungsi utama iaitu untuk perlindungan, pengawalan dan deria rasa. Fungsinya terhadap tubuh badan individu akan terjejas apabila berlakunya sebarang masalah pada mana-mana bahagian kulit itu seperti:

1. Jerawat
2. Eczema
3. Mole (Tahi Lalat)
4. Ketuat
5. Lipoma
6. Risa(ganglion cyst)

Masalah-masalah kulit seperti ini boleh menyebabkan individu mengalami ketidakselesaan, sakit dan kurang keyakinan diri dalam menjalani aktiviti seharian.

Jika anda dapati mempunyai masalah kulit seperti yang tertera, ayuh dapatkan khidmat nasihat dan rawatan segera bersama doktor kami di Klinik Azhar Pasir Mas.

❤️JOM CAKNA SAMA-SAMA❤️
Post By M

📍 JOM KENALI APA ITU TARIK MENGKARUNG 📍Tarik mengkarung (cramp) selalunya berlaku apabila terdapat gangguan pada sistem ...
14/10/2026

📍 JOM KENALI APA ITU TARIK MENGKARUNG 📍

Tarik mengkarung (cramp) selalunya berlaku apabila terdapat gangguan pada sistem pergerakan, otot atau saraf.

❗Berikut merupakan antara punca berlakunya tarik mengkarung.❗

Antara tips yang boleh dilakukan ialah;
• 💧 Minum air secukupnya, terutama sebelum dan selepas aktiviti fizikal.
• 🧘‍♂️ Lakukan regangan dan pemanasan sebelum bersukan atau melakukan kerja berat.
• 💤 Pastikan badan mendapat rehat yang mencukupi.
• 🥗 Amalkan pemakanan seimbang untuk menyokong fungsi otot.
• 🏃‍♂️ Elakkan melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan secara tiba-tiba.
• 🪑 Jaga postur badan ketika duduk, berdiri dan melakukan kerja harian.
• 🩺 Jika kekejangan kerap berlaku atau disertai sakit yang teruk, bengkak atau kelemahan anggota, dapatkan pemeriksaan di klinik.

❗Jom dapatkan pemeriksaan awal dan nasihat doktor berkenaan dengan masalah kesihatan anda di Klinik Azhar Pasir Mas.❗

❤️JOM CAKNA SAMA SAMA❤️

Post By M

Tahukah anda ❓❗ Apa itu sakit urat saraf ❓📍Sakit urat saraf ialah sakit yang melibatkan otot, urat (tendon/ligamen), dan...
14/10/2026

Tahukah anda ❓❗

Apa itu sakit urat saraf ❓
📍Sakit urat saraf ialah sakit yang melibatkan otot, urat (tendon/ligamen), dan/atau saraf.

Antara gejala sakit urat saraf;
1. Sakit mencucuk atau berdenyut-Rasa seperti tercucuk jarum atau denyutan tajam di kawasan tertentu.
2. Sakit menjalar-Sakit merebak dari satu tempat ke tempat lain – contohnya dari leher ke lengan, atau dari pinggang ke kaki.
3. Kebas (mati rasa)-Hilang deria pada kulit, biasanya di jari, tangan, kaki atau betis.
4. Kesemutan (pins and needles)-Rasa seperti semut-semut berjalan atau dicucuk halus.
5. Otot kejang atau tegang-Rasa otot “tarik”, keras atau tegang, terutamanya bila bergerak.

Jika anda mengalami tanda tanda seperti diatas, Jom segera dapatkan konsultasi dan rawatan bersama doktor di Klinik Azhar Pasir Mas 😊

❤JOM CAKNA SAMA SAMA❤

Post By Z

❤️ JOM KENALI KESAN JEREBU❤️❗Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu...
13/10/2026

❤️ JOM KENALI KESAN JEREBU❤️

❗Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.❗

Antara kesan yang boleh berlaku:
• Batuk dan sakit tekak
• Mata pedih dan berair
• Hidung berair atau tersumbat
• Sesak nafas
• Memburukkan gejala asma

😷 Lindungi diri anda. Pakai pelitup muka, kurangkan aktiviti di luar dan pastikan pengambilan air yang mencukupi.

❗Jom dapatkan pemeriksaan awal dan nasihat doktor berkenaan dengan masalah kesihatan anda di Klinik Azhar Pasir Mas.❗

❤️JOM CAKNA SAMA SAMA❤️

Post By E

❤️Assalamualaikum❤️Pernahkah anda mendengar tentang pemeriksaan ACT(Artery Check Technology)❓❓🩺 ACT merujuk kepada ujian...
13/10/2026

❤️Assalamualaikum❤️

Pernahkah anda mendengar tentang pemeriksaan ACT(Artery Check Technology)❓❓

🩺 ACT merujuk kepada ujian infrared pada jari tangan untuk mengenal pasti status pengaliran salur darah dan oksigen dalam badan. 🩺

🩺Antara tahap risiko penyakit yang boleh dikenal pasti melalui ujian ACT ialah; 🩺
🎈Koronari jantung
🎈Strok
🎈Arteriosclerosis
🎈Pengaliran darah
🎈Periferi

🩺Di Klinik Azhar Pasir Mas, kami ada menyediakan pemeriksaan ACT untuk anda. Jom dapatkan pemeriksaan ACT dan konsultasi doktor bersama kami.🩺

❤️JOM CAKNA SAMA-SAMA❤️

Post by S

Penyakit refluks gastroesofagus (GERD) dan gastrik boleh menyebabkan gejala seperti pedih ulu hati, rasa masam di tekak,...
12/10/2026

Penyakit refluks gastroesofagus (GERD) dan gastrik boleh menyebabkan gejala seperti pedih ulu hati, rasa masam di tekak, kembung perut, loya dan ketidakselesaan pada bahagian perut.

Berikut merupakan jenis sayur dan buah yang patut dielakkan untuk pesakit GERD dan gastrik.

Antara tips pemakanan untuk pesakit GERD dan gastrik
1. Makan dalam kuantiti kecil tetapi lebih kerap.
2. Elakkan makan terlalu kenyang.
3. Jangan terus berbaring selepas makan; tunggu sekurang-kurangnya 2–3 jam.
4. Kurangkan makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
5. Hadkan minuman berkafein seperti kopi dan teh pekat.

📍Jom dapatkan pemeriksaan awal dan nasihat doktor berkenaan dengan sakit GERD dan gastrik anda di Klinik Azhar Pasir Mas.📍

❤️JOM CAKNA SAMA SAMA❤️

Post By Z

klinikazharpasirmas

📍Selepas pembedahan, tulang akan melalui proses penyatuan semula (bone healing), yang mengambil masa antara 6–12 minggu,...
12/10/2026

📍Selepas pembedahan, tulang akan melalui proses penyatuan semula (bone healing), yang mengambil masa antara 6–12 minggu, bergantung kepada usia, tahap kecederaan, dan kesihatan umum pesakit. Pada fasa awal, tulang masih rapuh dan perlu dilindungi daripada tekanan berlebihan.📍

📍X-ray sangat penting selepas pembedahan tulang kerana ia memberi maklumat visual yang jelas tentang keadaan tulang dan implan. Antara kepentingannya ialah;📍
1. Memastikan tulang dalam kedudukan yang betul.
2. Memeriksa kedudukan implan (skru, plat, pin).
3. Memantau proses penyembuhan tulang.
4. Mengesan komplikasi awal.

📍Kami di Klinik Azhar Pasir Mas ada menyediakan perkhidmatan x-ray untuk membantu anda mengetahui keadaan tulang anda selepas proses pembedahan tertentu. Jom dapatkan rawatan awal dan konsultasi dari doktor kami berkenaan dengan tulang anda. 📍

❤️JOM CAKNA SAMA-SAMA❤️

Post by E

Address

Lot 1115/A, Kampung Gaung Lati
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:30
Tuesday 09:00 - 22:30
Wednesday 09:00 - 22:30
Thursday 09:00 - 22:30
Saturday 09:00 - 22:30
Sunday 09:00 - 22:30

Telephone

+6097913525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Azhar Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Azhar Pasir Mas:

Share