Klinik An-Nur Pekan

Directions Contact the business

Klinik An-Nur Pekan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik An-Nur Pekan, Medical and health, 14, Lorong Ketapang 2, Kampung Ketapang, Pekan.

"Your Preferred Family Care"

SSM : 202103244250 (RA0075868-A)

WAKTU OPERASI:
ISNIN - AHAD
(9 PAGI - 10 MALAM)
1.00 PTG - 2.00 PTG (REHAT)
6.00 PTG - 8 MALAM (REHAT)

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI! 🩺✨Hari baru, kesihatan tetap keutamaan! 💕🏥 Klinik An-Nur Pekan beroperasi seperti biasa ...
18/10/2026

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI! 🩺✨
Hari baru, kesihatan tetap keutamaan! 💕
🏥 Klinik An-Nur Pekan beroperasi seperti biasa hari ini
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
📍 Kami terletak bersebelahan TMG Ketapang.
Perlukan pemeriksaan atau rawatan? Jangan tunggu lama, kami sedia membantu anda dan keluarga. 🥰
📞 09-422 9319
📲 WhatsApp: 010-514 7917
💙 Klinik An-Nur Pekan

JANGAN TARIK TANGAN ANAK KUAT-KUAT. SIKU BOLEH TERKEHEL!Pernah tak nampak ibu bapa menghayunkan anak kecil dengan memega...
17/10/2026

JANGAN TARIK TANGAN ANAK KUAT-KUAT. SIKU BOLEH TERKEHEL!
Pernah tak nampak ibu bapa menghayunkan anak kecil dengan memegang kedua-dua tangannya? Anak ketawa seronok, kaki terangkat dari tanah.
Atau ketika anak mengamuk, enggan berjalan, kita spontan menarik tangannya supaya cepat bergerak.
Nampak macam perkara biasa. Tetapi satu tarikan mengejut boleh menyebabkan kecederaan pada siku anak.
Keadaan ini dikenali sebagai Nursemaid’s Elbow atau Pulled Elbow.
Ia paling kerap berlaku kepada kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun kerana ligamen yang menyokong sendi siku mereka masih belum cukup kuat.
Apabila tangan ditarik secara tiba-tiba, sebahagian tulang radius di bahagian siku boleh tergelincir daripada kedudukan normalnya dan menyebabkan ligamen tersepit pada sendi.
Apa yang ibu bapa mungkin perasan?
Anak tiba-tiba menangis selepas tangannya ditarik. Kemudian dia enggan menggunakan tangan tersebut, membiarkannya tergantung atau rapat ke badan.
Ada anak yang langsung tidak mahu mengangkat tangan untuk mengambil mainan.
Menariknya, kecederaan ini selalunya tidak menyebabkan bengkak atau lebam yang jelas. Jadi ibu bapa mungkin menyangka anak sekadar merajuk atau mengada-ngada.
Apa yang perlu dilakukan?
Jika anak tiba-tiba tidak mahu menggerakkan tangannya, dapatkan pemeriksaan perubatan segera.
Jangan cuba menarik, memulas atau membetulkan sendiri kedudukan siku kerana kecederaan lain seperti patah tulang perlu dipastikan terlebih dahulu.
Berita baiknya, kecederaan ini biasanya boleh dirawat dengan prosedur ringkas oleh petugas kesihatan terlatih. Kebanyakan kanak-kanak kembali menggunakan tangan seperti biasa dalam masa yang singkat selepas rawatan berjaya.
Untuk mengelakkannya, jangan angkat atau hayunkan anak dengan menarik tangan atau pergelangan tangannya, walaupun menggunakan kedua-dua belah tangan.
Sebaliknya, angkat anak dengan menyokong badannya di bawah ketiak.
Kadangkala, perbuatan yang kita anggap sebagai gurauan atau cara mempercepatkan anak berjalan boleh menyebabkan kecederaan yang menyakitkan.
Kongsikan peringatan ini kepada ibu bapa, datuk nenek dan pengasuh. Ramai yang mungkin masih belum tahu tentang risiko ini.
Public Health Malaysia

17/10/2026

🌙 KLINIK BUKA MALAM INI! 🩺✨
⏰ 8.00 PM – 10.00 PM
📍 Sebelah TMG Ketapang

Assalamualaikum & Selamat Petang!🩺✨"KEPUTUSAN DARAH DALAM 10 MNIT SAHAJA"🩸✨ Apa Itu FBC (Full Blood Count)?FBC ialah uji...
17/10/2026

Assalamualaikum & Selamat Petang!🩺✨

"KEPUTUSAN DARAH DALAM 10 MNIT SAHAJA"

🩸✨ Apa Itu FBC (Full Blood Count)?
FBC ialah ujian darah asas yang bantu doktor kenal keadaan badan anda dari dalam.

Ia boleh kesan:
🔻 Kurang darah (anemia)
🦠 Jangkitan tersembunyi
⚠️ Masalah imuniti
😴 Punca badan cepat letih & pening

Ramai rasa sihat… tapi FBC dah tunjuk tanda awal masalah.

Jangan tunggu simptom jadi teruk.

💗 Kenali badan sendiri. Mulakan dengan FBC.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 09-422 9319 atau boleh Whatsapp kami di http://www.wasap.my/+6010-5147917

ELAKKAN AKTIVITI LUAR DAN GUNAKAN PELITUP MUKA N95 KETIKA JEREBUKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan ...
16/10/2026

ELAKKAN AKTIVITI LUAR DAN GUNAKAN PELITUP MUKA N95 KETIKA JEREBU
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 15 Oktober 2026 berhubung situasi jerebu yang semakin membimbangkan di beberapa kawasan negara.
Setakat jam 2 petang semalam, sebanyak 35 stesen pemantauan kualiti udara mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat (101–200).
Jerebu ini bukan lagi berlaku sehari dua. Di sesetengah kawasan, keadaan sudah berlarutan selama berminggu-minggu. Ada hari langit kembali cerah selepas hujan, tetapi keesokan paginya jerebu datang semula.
Nasihat utama KKM adalah supaya orang ramai mengelakkan aktiviti luar apabila IPU melebihi 100.
Sekiranya benar-benar perlu keluar, gunakan pelitup muka N95 yang dipakai dengan betul dan mempunyai kedapan yang baik.
Kenapa N95?
Kerana jerebu mengandungi partikel halus PM2.5 yang boleh memasuki jauh ke dalam paru-paru. Partikel ini boleh mencetuskan serangan asma, memburukkan penyakit pernafasan dan meningkatkan risiko masalah kardiovaskular.
Pelitup muka pembedahan tiga lapis p**a hanya memberikan perlindungan terhad terhadap partikel halus, khususnya kerana terdapat ruang udara di sekeliling muka.
Namun, penggunaan N95 bukan bermakna kita boleh bebas melakukan aktiviti luar ketika jerebu. Mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar masih merupakan langkah perlindungan paling utama.
Ibu bapa juga disarankan mengehadkan aktiviti luar anak-anak, khususnya ketika bacaan IPU tidak sihat. Warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit jantung dan paru-paru perlu lebih berhati-hati.
Jangan tunggu sehingga mula batuk, sakit dada atau sesak nafas baru hendak mengambil tindakan.
Jerebu bukan sekadar langit berkabus atau bau asap. Ia melibatkan udara yang kita sedut setiap hari.
Utamakan kesihatan diri dan keluarga.
Sumber: Kenyataan Media KKM, 15 Oktober 2026.

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI! 🩺✨Hari baru, kesihatan tetap keutamaan! 💕🏥 Klinik An-Nur Pekan beroperasi seperti biasa ...
16/10/2026

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI! 🩺✨

Hari baru, kesihatan tetap keutamaan! 💕

🏥 Klinik An-Nur Pekan beroperasi seperti biasa hari ini
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam

📍 Kami terletak bersebelahan TMG Ketapang.
Perlukan pemeriksaan atau rawatan? Jangan tunggu lama, kami sedia membantu anda dan keluarga. 🥰

📞 09-422 9319
📲 WhatsApp: 010-514 7917

💙 Klinik An-Nur Pekan

SEMALAM HUJAN LEBAT. PAGI INI JEREBU MASIH TEBAL. KENAPA?Pelik, bukan?Hujan turun mencurah-curah semalam. Kita sangka pa...
15/10/2026

SEMALAM HUJAN LEBAT. PAGI INI JEREBU MASIH TEBAL. KENAPA?
Pelik, bukan?
Hujan turun mencurah-curah semalam. Kita sangka pagi ini udara akan kembali segar.
Tetapi apabila buka tingkap, langit masih kelabu. Bangunan jauh masih kabur. Bau asap pun mungkin masih terasa.
Bukankah hujan sepatutnya membersihkan udara?
Ya, tetapi ada beberapa perkara yang ramai tidak tahu.
1. Hujan membasuh udara, bukan menghentikan sumber asap.
Hujan memang membantu menyingkirkan sebahagian partikel pencemar. Tetapi jika kebakaran atau sumber pencemaran masih aktif, asap baharu boleh terus dibawa masuk oleh angin.
2. Selepas hujan, kelembapan udara meningkat.
Sesetengah partikel halus menyerap wap air lalu membesar. Ini menyebabkan lebih banyak cahaya diserakkan dan pandangan menjadi semakin kabur.
Sebab itu jerebu boleh kelihatan lebih tebal walaupun sebahagian pencemar telah dibersihkan oleh hujan.
3. Awal pagi, pencemaran lebih mudah terperangkap.
Pada waktu malam dan awal pagi, udara lazimnya lebih stabil. Dalam keadaan tertentu, pencemar sukar tersebar ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi.
Apabila matahari semakin panas dan percampuran udara meningkat, keadaan mungkin bertambah baik.
4. Hujan di tempat kita tidak bermakna hujan di tempat lain.
Hujan mungkin lebat di kawasan rumah, tetapi asap dari kawasan lain masih boleh bergerak masuk beratus-ratus kilometer mengikut arah angin.
Inilah sebabnya episod jerebu boleh berlarutan walaupun hujan turun.
Jadi, adakah udara sudah selamat selepas hujan?
Belum tentu.
Jangan menilai kualiti udara hanya berdasarkan keadaan langit atau bau asap. Semak bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan kurangkan aktiviti luar apabila bacaan tidak sihat.
Hujan boleh membersihkan udara untuk sementara. Tetapi selagi sumber pencemaran belum dikawal, masalah jerebu belum selesai.
Public Health Malaysia

Address

14, Lorong Ketapang 2, Kampung Ketapang
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik An-Nur Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik An-Nur Pekan:

Shortcuts

Share