APM Farmasi Sdn Bhd

APM Farmasi Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Farmasi Sdn Bhd, No 38-01, Jalan PERSIARAN BAYU DAMAI 2/2, TAMAN BAYU DAMAI, Pengerang.

Kami menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan gula, berat badan, tekanan darah & kolesterol, bekalan & kaunseling ubat-ubatan, penyewaan katil & alat oksigen, cod & pengeposan bekalan perubatan ke rumah anda

ADUHH.. SAKITNYA PERUT AKU! TERPALING SAKIT PADA BAHAGIAN KANAN ATAS PERUT! KENAPA DENGAN AKU NI…Batu hempedu (gallstone...
15/06/2026

ADUHH.. SAKITNYA PERUT AKU! TERPALING SAKIT PADA BAHAGIAN KANAN ATAS PERUT! KENAPA DENGAN AKU NI…

Batu hempedu (gallstone) ialah ketulan keras yang terbentuk di dalam pundi hempedu (gallbladder), biasanya daripada kolesterol atau pigmen hempedu yang mengeras. Pundi hempedu ialah organ kecil di bawah hati yang menyimpan hempedu untuk membantu penghadaman lemak.

GEJALA:
Ramai orang yang mempunyai batu hempedu tidak mengalami sebarang simptom. Jika batu menyekat saluran hempedu, gejala boleh termasuk:

* Sakit kuat di bahagian atas kanan perut atau tengah perut
* Sakit yang menjalar ke belakang atau bahu kanan
* Loya dan muntah
* Perut kembung atau tidak selesa selepas makan makanan berlemak
* Demam atau kulit/mata menjadi kuning (jaundis) jika berlaku jangkitan atau saluran tersumbat

FAKTOR RISIKO :
* Wanita
* Umur meningkat
* Berat badan berlebihan atau obesiti
* Penurunan berat badan yang terlalu cepat
* Kehamilan
* Sejarah keluarga dengan batu hempedu
* Diabetes

DIAGNOSIS :

1. Sejarah simptom :
Doktor akan bertanya tentang:
* Sakit di bahagian atas kanan perut atau tengah perut
* Sakit selepas makan makanan berlemak
* Loya atau muntah
* Demam
* Kulit atau mata kuning (jaundis)

2. Pemeriksaan fizikal :
Doktor akan memeriksa perut, terutama bahagian atas kanan. Kesakitan apabila kawasan ini ditekan boleh menunjukkan masalah pundi hempedu.

3. Ujian darah :
Ujian darah boleh membantu mengesan:
* Tanda jangkitan (sel darah putih meningkat)
* Fungsi hati yang tidak normal
* Penyumbatan saluran hempedu
* Keradangan pankreas

4. Ujian pengimejan :
Ultrasound abdomen ialah ujian utama dan paling biasa digunakan untuk mengesan batu hempedu.
Selain itu, doktor mungkin menggunakan:
* MRCP (sejenis MRI khas untuk melihat saluran hempedu)
* CT scan abdomen
* Imbasan HIDA (untuk menilai fungsi pundi hempedu)

RAWATAN:

1. Kawalan simptom

* Ubat tahan sakit atau ubat anti-radang yang ditetapkan doktor.
* Ubat anti-loya jika mengalami muntah atau loya.

2. Perubahan pemakanan

Walaupun tidak menghilangkan batu hempedu, ia boleh membantu mengurangkan serangan sakit:

* Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng.
* Pilih daging tanpa lemak.
* Tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
* Elakkan penurunan berat badan yang terlalu cepat.

3. Ubat pelarut batu

Ursodeoxycholic Acid boleh digunakan dalam kes terpilih, terutamanya untuk batu kolesterol yang kecil. Namun kadar kejayaan adalah terhad dan rawatan memerlukan masa yang lama.

4. Rawatan pembedahan

-Laparoscopic cholecystectomy
* Rawatan standard untuk batu hempedu yang menyebabkan simptom.
* Menggunakan beberapa luka kecil pada abdomen.
* Tempoh pemulihan biasanya lebih cepat berbanding pembedahan terbuka.

-Open cholecystectomy
* Dilakukan jika terdapat keradangan yang teruk, komplikasi, atau pembedahan laparoskopi tidak sesuai.
* Melibatkan luka yang lebih besar dan tempoh pemulihan yang lebih lama.

RAWATAN KOMPLIKASI:

Batu dalam saluran hempedu :-
Jika batu bergerak ke saluran hempedu utama, doktor mungkin melakukan:
ERCP untuk mengesan dan mengeluarkan batu.

Keradangan pundi hempedu :-
* Kemasukan ke hospital.
* Cecair melalui vena (IV drip).
* Antibiotik jika terdapat jangkitan.
* Pembedahan membuang pundi hempedu

KOMPLIKASI JIKA TIDAK DIRAWAT :
Batu hempedu yang bergejala boleh menyebabkan:
* Acute Cholecystitis (radang pundi hempedu)
* Choledocholithiasis (batu dalam saluran hempedu)
* Acute Pancreatitis (radang pankreas)
* Jaundis akibat saluran hempedu tersumbat

“KROOHHH, KROOHHH, KROHHHH…KUATNYA DIA BERDENGKUR !😣”Obstructive Sleep Apnea (OSA) ialah gangguan tidur yang menyebabkan...
09/06/2026

“KROOHHH, KROOHHH, KROHHHH…
KUATNYA DIA BERDENGKUR !😣”

Obstructive Sleep Apnea (OSA) ialah gangguan tidur yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat berulang kali semasa tidur, sehingga pernafasan berhenti atau menjadi cetek untuk seketika sebelum kembali normal. Akibatnya, kualiti tidur terganggu dan seseorang boleh berasa letih pada waktu siang

GEJALA BIASA :

* Berdengkur kuat.
* Episod berhenti bernafas semasa tidur.
* Tercungap-cungap atau terjaga akibat sesak nafas.
* Mengantuk atau keletihan pada siang hari.
* Sakit kepala pada waktu pagi.
* Sukar menumpukan perhatian.

FAKTOR RISIKO :

* Berat badan berlebihan atau obesiti.
* Ukur lilit leher yang besar.
* Lelaki (walaupun wanita juga boleh mengalaminya).
* Umur yang meningkat.
* Struktur saluran pernafasan yang sempit.
* Pengambilan alkohol atau ubat penenang sebelum tidur.

Mengapa penting?
OSA yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko:

* Hypertension
* Heart Disease
* Stroke
* Type 2 Diabetes
* Kemalangan akibat mengantuk.

RAWATAN :

1. Perubahan gaya hidup

Untuk OSA ringan atau sebagai tambahan kepada rawatan lain:

* Menurunkan berat badan jika berlebihan berat badan.
* Tidur mengiring berbanding terlentang.
* Mengelakkan alkohol dan ubat penenang sebelum tidur.
* Berhenti merokok jika merokok.

2. CPAP (rawatan utama untuk OSA sederhana hingga teruk)

Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) menghantar udara bertekanan melalui topeng semasa tidur untuk memastikan saluran pernafasan kekal terbuka.

* Sangat berkesan untuk mengurangkan dengkuran dan episod henti nafas.
* Boleh mengurangkan rasa mengantuk pada siang hari dan risiko komplikasi jantung.

3. Alat pergigian

Peranti khas yang dipakai ketika tidur untuk menggerakkan rahang bawah ke hadapan.

* Sesuai untuk OSA ringan hingga sederhana.
* Biasanya dipasang oleh doktor gigi yang terlatih dalam perubatan tidur.

4. Pembedahan

Boleh dipertimbangkan jika terdapat masalah anatomi tertentu atau jika CPAP tidak sesuai.
Contohnya:

* Pembuangan tisu berlebihan di tekak.
* Pembetulan masalah hidung atau septum hidung.
* Pembedahan rahang dalam kes tertentu.

5. Rawatan punca yang menyumbang

Contohnya:
* Rawatan alahan hidung.
* Pembesaran tonsil (terutamanya pada kanak-kanak).
* Masalah struktur saluran pernafasan.

DIAGNOSIS SEBELUM RAWATAN :

Sebelum memulakan rawatan, doktor biasanya akan mengesahkan OSA melalui ujian tidur seperti Polysomnography / Sleep Study

Polysomnography ialah ujian tidur yang digunakan untuk mendiagnosis gangguan tidur seperti Obstructive Sleep Apnea.

Semasa ujian ini, beberapa parameter badan dipantau ketika anda tidur, termasuk:

* Aktiviti otak (EEG)
* Pergerakan mata
* Degupan jantung
* Tahap oksigen dalam darah
* Aliran udara melalui hidung dan mulut
* Pergerakan dada dan perut semasa bernafas
* Pergerakan kaki

Bagaimana ujian dilakukan?

* Biasanya anda tidur semalaman di makmal tidur atau pusat tidur.
* Sensor kecil dilekatkan pada kepala, dada, dan bahagian badan tertentu.
* Ujian ini tidak menyakitkan.

Apa yang doktor cari?
Doktor akan melihat:

* Berapa kali pernafasan terhenti atau berkurang semasa tidur.
* Tahap oksigen darah.
* Kualiti dan corak tidur.

“DOKTOR, SAKIT BELAKANG SAYA MENJALAR DARI PINGGANG KE PUNGGUNG DAN TURUN SEPANJANG KAKI. RASA MACAM TERBAKAR, MENCUCUK,...
05/06/2026

“DOKTOR, SAKIT BELAKANG SAYA MENJALAR DARI PINGGANG KE PUNGGUNG DAN TURUN SEPANJANG KAKI. RASA MACAM TERBAKAR, MENCUCUK, MACAM TERKENA RENJATAN ELEKTRIK!”

Sciatica (Sakit Saraf Sciatik) ialah satu gejala, bukan penyakit. Ia berlaku apabila saraf sciatik—saraf terbesar dalam badan yang bermula dari bahagian bawah tulang belakang, melalui punggung, dan turun ke kaki—mengalami tekanan, keradangan atau kecederaan.

Bagaimana rasa sakit sciatica?

Pesakit biasanya mengalami:

* Sakit pada bahagian bawah belakang (pinggang)
* Sakit menjalar dari punggung ke paha, betis, atau kaki
* Rasa kebas atau semut-semut pada kaki
* Sensasi seperti terbakar atau renjatan elektrik
* Kelemahan otot kaki
* Kesukaran berjalan atau berdiri lama

Kebiasaannya hanya sebelah kaki yang terlibat, walaupun kedua-dua belah boleh terjejas dalam kes tertentu.

Punca Sciatica :

1. Cakera Tergelincir (Slipped Disc)
Punca paling biasa. Cakera di antara tulang belakang menonjol dan menekan saraf sciatik.

2. Spinal Stenosis
Penyempitan saluran tulang belakang yang memberi tekanan kepada saraf.

3. Degenerasi Tulang Belakang
Perubahan akibat penuaan yang menyebabkan tekanan pada saraf.

4. Sindrom Piriformis
Otot piriformis di bahagian punggung menjadi tegang dan menekan saraf sciatik.

5. Kecederaan
Kemalangan, jatuh, atau mengangkat beban berat dengan cara yang salah.

6. Kehamilan
Perubahan berat badan dan tekanan pada tulang belakang boleh menyebabkan gejala sciatica.

Faktor Risiko :

* Umur 30–60 tahun
* Obesiti
* Duduk terlalu lama
* Kerja yang melibatkan mengangkat barang berat
* Kurang bersenam
* Diabetes
* Merokok

Gejala serius (Perlu rawatan segera) :

🚨 Hilang kawalan kencing atau najis
🚨 Kebas di kawasan kemaluan atau punggung
🚨 Kelemahan kaki yang semakin teruk
🚨 Tidak boleh berjalan dengan normal

Gejala ini boleh menandakan keadaan kecemasan seperti Cauda Equina Syndrome.

Diagnosis:

Doktor mungkin melakukan:
* Pemeriksaan fizikal
* Ujian kekuatan dan refleks kaki
* Imbasan MRI
* CT Scan
* X-ray (untuk menilai struktur tulang)
* Ujian saraf (EMG) jika perlu

Rawatan :
-Rawatan Bukan Pembedahan

Ubat :
* Ubat tahan sakit
* Ubat anti-radang
* Ubat untuk sakit saraf jika diperlukan

Fisioterapi :
Fisioterapi membantu:
* Mengurangkan tekanan pada saraf
* Menguatkan otot belakang dan abdomen
* Memperbaiki postur badan
* Meningkatkan fleksibiliti

Senaman :
Contoh:
* Regangan hamstring
* Regangan piriformis
* Pelvic tilt
* Walking exercise

-Rawatan Pembedahan

Pembedahan mungkin diperlukan jika:
* Sakit berlarutan lebih 6–12 minggu
* Terdapat kelemahan otot yang ketara
* Hilang kawalan kencing atau najis
* Rawatan konservatif tidak berkesan

Cara Mengurangkan Sakit di Rumah:

Dalam 48 jam pertama
* Tuam ais 15–20 minit setiap sesi
* Elakkan mengangkat barang berat

Selepas 48 jam
* Tuam panas
* Berjalan perlahan setiap hari
* Elakkan duduk terlalu lama
* Gunakan tilam yang menyokong tulang belakang

Bolehkah Sciatica Sembuh?

Ya. Kebanyakan kes (sekitar 80–90%) bertambah baik dalam beberapa minggu hingga beberapa bulan dengan rawatan konservatif seperti ubat, senaman, dan fisioterapi.

“KELETAK!…KELETAK!…ADUH KENAPA BUNYI LUTUT MACAM NI?..SAKIT SANGAT PULAK TU 😣”Osteoarthritis (OA) atau radang sendi lutu...
31/05/2026

“KELETAK!…KELETAK!…ADUH KENAPA BUNYI LUTUT MACAM NI?..SAKIT SANGAT PULAK TU 😣”

Osteoarthritis (OA) atau radang sendi lutut ialah keadaan di mana rawan (cartilage) yang melapik hujung tulang dalam sendi lutut semakin menipis dan rosak. Apabila lapisan ini haus, tulang boleh bergesel antara satu sama lain, menyebabkan sakit dan kekakuan. 🦵

Osteoarthritis pada lutut biasanya menyebabkan:
* Sakit lutut ketika berjalan, naik turun tangga, atau berdiri lama
* Lutut terasa kaku, terutama selepas bangun tidur atau selepas duduk lama
* Bunyi “klik” atau “keretak” ketika menggerakkan lutut
* Bengkak pada sendi lutut
* Pergerakan lutut menjadi terhad

Faktor risiko :
* Umur yang meningkat
* Berat badan berlebihan atau obesiti
* Kecederaan lutut yang lama
* Kerja atau aktiviti yang memberi tekanan berulang pada lutut
* Sejarah keluarga yang mempunyai osteoarthritis

Cara mengurangkan gejala :
* Kurangkan berat badan jika berlebihan
* Lakukan senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau berbasikal
* Kuatkan otot paha dengan latihan fisioterapi
* Gunakan alat sokongan lutut jika disyorkan
* Ubat tahan sakit atau ubat antiradang mungkin membantu jika sesuai dan disyorkan oleh doktor

Senaman yang biasanya membantu :
* Berjalan kaki secara sederhana.
* Berbasikal statik.
* Berenang atau senaman dalam air.
* Latihan menguatkan otot paha (quadriceps).

Contoh latihan mudah:
1. Duduk di kerusi.
2. Luruskan satu kaki sehingga selari dengan lantai.
3. Tahan 5–10 saat.
4. Turunkan perlahan-lahan.
5. Ulang 10 kali bagi setiap kaki.

Makanan dan gaya hidup :
Tiada makanan yang boleh menyembuhkan osteoarthritis, tetapi pemakanan sihat boleh membantu:

* Ikan berlemak seperti salmon dan sardin.
* Sayur-sayuran hijau.
* Buah-buahan.
* Kurangkan makanan tinggi gula dan makanan ultra-proses.
* Kekalkan berat badan yang sihat untuk mengurangkan tekanan pada lutut.

“Mungkin tidak boleh kembali seperti asal, tetapi kesakitan boleh dikawal, pergerakan boleh dipertingkatkan, dan kualiti hidup boleh dipulihkan."

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG.Berikut merupakan waktu operasi klinik dan farmasi kami pada 1 jun 2026 :
31/05/2026

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG.
Berikut merupakan waktu operasi klinik dan farmasi kami pada 1 jun 2026 :

31/05/2026
“KENAPA JANTUNG AKU BERDEBAR KUAT SANGAT NI..""TIDUR CUKUP TAPI BADAN TETAP PENAT""EMOSI PUN MAKIN TAK STABIL.."Ramai in...
28/05/2026

“KENAPA JANTUNG AKU BERDEBAR KUAT SANGAT NI.."
"TIDUR CUKUP TAPI BADAN TETAP PENAT"
"EMOSI PUN MAKIN TAK STABIL.."
Ramai ingat stress biasa.
Tapi sebenarnya thyroid boleh jadi punca 🦋

Thyroid (kelenjar tiroid) ialah kelenjar kecil berbentuk rama-rama di bahagian depan leher. Ia menghasilkan hormon yang mengawal banyak fungsi badan.

Fungsi utama thyroid
Hormon tiroid membantu mengawal:

* kadar metabolisme (cara badan guna tenaga)
* suhu badan
* degupan jantung
* tenaga dan keletihan
* berat badan
* pertumbuhan rambut dan kulit
* mood dan fokus

Hormon utama:
* T4 (thyroxine)
* T3 (triiodothyronine)

Bila thyroid bermasalah :

1. Hypothyroidism (tiroid kurang aktif)
Badan hasilkan hormon terlalu sedikit.

Gejala biasa:
* cepat penat
* berat badan naik
* rasa sejuk
* sembelit
* kulit kering
* rambut gugur
* kemurungan / slow
* Haid banyak atau tak teratur

2. Hyperthyroidism (tiroid terlalu aktif)
Hormon terlalu banyak.

Gejala:
* jantung laju
* berat turun
* berpeluh
* gelisah
* tangan menggeletar
* susah tidur
* Haid tak teratur matau sedikit
* Cirit - birit

Bila perlu jumpa doktor

Kalau ada:

* bengkak/leher membesar
* susah menelan
* suara serak lama
* jantung terlalu laju
* turun/naik berat tanpa sebab
* terlalu penat berpanjangan

Doktor biasanya akan buat ujian darah:

* ujian darah TSH
* Free T4 / T3
* kadang ultrasound thyroid

Rawatan Hypothyroid :

1. Ubat hormon thyroid
2.Gaya hidup sihat

Rawatan Hyperthyroid :

1. Ubat antithyroid
-Ubat ini mengurangkan penghasilan hromon thyroid
2. Beta blocker
- Membantu simptom seperti:
* jantung berdebar
* tangan menggeletar
* anxiety
3. Radioactive iodine
- Iodin radioaktif diminum untuk mengecilkan/memusnahkan sebahagian kelenjar thyroid.
4. Pembedahan thyroid
- Buang sebahagian atau seluruh thyroid.
5.Gaya hidup sihat

Di sebalik takbir yang bergema,tersimpan makna reda dan pengorbanan.Aidiladha mengajar kita bahawa cinta yang sebenar bu...
26/05/2026

Di sebalik takbir yang bergema,
tersimpan makna reda dan pengorbanan.
Aidiladha mengajar kita bahawa cinta yang sebenar bukan hanya pada memiliki, tetapi pada keikhlasan melepaskan demi sesuatu yang lebih diredai Allah.

Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan , sama ada dalam diam, dalam air mata, mahupun dalam doa yang tidak pernah putus itu menjadi jalan kepada keberkatan hidup dan ketenangan hati.

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA!Berikut merupakan waktu operasi farmasi kami :
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA!
Berikut merupakan waktu operasi farmasi kami :

“EH JANGAN TERKEJUT TENGOK MATA AKU, TENGAH KENA KONJUNKTIVITIS 😣”Konjunktivitis (mata merah/sakit mata) boleh berlaku k...
22/05/2026

“EH JANGAN TERKEJUT TENGOK MATA AKU, TENGAH KENA KONJUNKTIVITIS 😣”

Konjunktivitis (mata merah/sakit mata) boleh berlaku kerana beberapa punca utama:

* Jangkitan virus — paling biasa, mudah berjangkit. Selalunya mata merah, berair, dan pedih. 🦠

* Jangkitan bakteria — biasanya keluar tahi mata lebih pekat/kekuningan. 🧫

* Alahan (allergy) — disebabkan habuk, debunga, bulu haiwan, asap dan sebagainya. Mata selalu gatal dan berair.

* Iritasi — terkena asap, bahan kimia, habuk, klorin kolam, atau penggunaan contact lens terlalu lama. 💨 ☠️

* Jangkitan melalui sentuhan — kongsi tuala, bantal, makeup mata, atau sentuh mata dengan tangan kotor.

Tanda-tanda biasa konjunktivitis (mata merah/sakit mata) ialah: 👀

- [ ] ✅Mata merah atau urat mata nampak jelas
- [ ] ✅Mata berair
- [ ] ✅Rasa pedih, panas, atau gatal
- [ ] ✅Rasa macam ada pasir/debu dalam mata
- [ ] ✅Keluar tahi mata
* jernih/berair → biasa virus atau alahan
* kuning/hijau pekat → biasa bakteria
- [ ] ✅Kelopak mata melekat bila bangun tidur
- [ ] ✅Sensitif terhadap cahaya
- [ ] ✅Penglihatan jadi sedikit kabur sebab air mata/tahi mata
- [ ] ✅Mata bengkak sedikit

Kadang-kadang bermula sebelah mata dulu, kemudian merebak ke sebelah lagi.

Kalau ada tanda seperti:
* sakit mata teruk,
* penglihatan makin kabur,
* bengkak melampau,
* atau demam tinggi, 🤒

Sebaiknya jumpa doktor cepat sebab mungkin bukan konjunktivitis biasa.

🧼 Penjagaan asas di rumah :
* Basuh tangan kerap 🤲
* Elak sentuh mata 👁️
* Jangan kongsi barang peribadi 🚫
* Jaga kebersihan contact lens
* Kurangkan habuk & asap 🌫️
* Bersihkan tangan & muka selalu
* Jauhkan diri dari orang yang tengah sakit mata kalau boleh
* Rehat & jaga imun badan 💪

Address

No 38-01, Jalan PERSIARAN BAYU DAMAI 2/2, TAMAN BAYU DAMAI
Pengerang
816200

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 09:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 20:00
Sunday 09:00 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Farmasi Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to APM Farmasi Sdn Bhd:

Share