30/08/2026
𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐢𝐩𝐮𝐭 (𝐇𝐒𝐒) 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 🇲🇾🇲🇾
Bermula 23 Julai 2026, kenderaan Hospital Sungai Siput dalam bentuk Bas, Kereta dan kenderaan Jabatan, telah menjelajah merata di tanahair tercinta. Ia membawa bukan sahaja bendera negara Malaysia dengan bangganya, ia membawa anak-anak Malaysia yang bekerja Di Hospital Sungai Siput dengan pengorbanan darah dan peluh setiap hari.
- Pengangkutan pesakit dengan pemantauan dan penjagaan piawai menjadi aspirasi kita supaya keselamatan ANDA dijaga.
- Audit pelbagai program dibuat bersama untuk menjaga kepentingan kualiti perawatan pesakit ANDA.
- Program kesihatan bersama komuniti dibuat supaya kesedaran penyakit tidak berjangkit seperti angin ahmar dengan tindakan kecemasan disebar; risiko penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol, kanser dan tekanan mental disaring; imunisasi untuk penyakit berjangkit dan kepentingan pendidikan khas sekolah di komuniti dibuat peringatan supaya Kesihatan ANDA dijaga bersama.
- Kesihatan fizikal dan mental staf kesihatan serta kesedaran staf terhadap kerja berpasukan erat dipupuk perlahan dengan pelbagai aktiviti. Terapan Nilai kenegaraan Malaysia Madani penting dalam membina negara Malaysia yang majmuk dan muhibbah. Agar Staf Kesihatan yang sihat aktif ceria menjaga ANDA.
Lalu satu bulan jelajah merdeka untuk lahirkan Malaysia Sejahtera Di Sungai Siput.
Seluruh warga Hospital Sungai Siput mengucapkan
“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69!
"𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢"