14/02/2022
SYABAS TDC HOLDINGS SDN BHD !
Alhamdulillah !
Pada 8 Februari 2022 bersamaan 7 Rejab 1443, telah berlangsung majlis tandatangan perjanjian pembaharuan pematuhan syariah antara TDC Holdings Sdn Bhd dan Lariba Consulting.
Setelah melalui proses audit tahunan syariah oleh Lariba Consulting pada bulan Januari 2022, TDC Holdings Sdn Bhd telah memenuhi kriteria untuk diperbaharui pematuhan syariah mereka.
Pematuhan syariah ini meliputi pelan pemasaran dan operasi syarikat, termasuk kontrak, pembiayaan, pelaburan, sumber manusia serta pemantauan pengedar dan master dealer (stokis).
Syabas diucapkan kepada barisan pengurusan TDC Holdings Sdn Bhd, terutama sekali CEOnya, En Mohd Hafizuddin Hiew Bin Abdullah, kerana bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk patuh syariah sepenuhnya.
Semoga usaha mereka untuk patuh syariah akan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Insya Allah....😁
Video upacara tandatangan https://fb.watch/b4ItAZkMjQ/
Laman web rasmi TDC Holdings Sdn Bhd https://www.tdchb.com
Laman web rasmi Lariba Consulting https://www.lariba.my