28/05/2026
Sinar Aidiladha - Berkongsi Rezeki, Menyantun Kasih
Gema takbir kian terasa, membawa kita kembali kepada erti pengorbanan yang sebenar. Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi sebuah madrasah untuk kita belajar tentang keikhlasan dan berkongsi keberkatan dengan mereka yang memerlukan.
Tahun ini, marilah kita jadikan setiap helaian rezeki yang kita peroleh sebagai jambatan untuk menyantuni kasih sesama insan. Kerana dalam setiap rezeki kita, pasti ada hak orang lain yang perlu kita tunaikan.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati-Nya.