Pemakanan Sunnah

Pemakanan Sunnah Amalan pemakanan warisan anbiya'

Pemakanan Sunnah merintis kesihatan alami

๐Ÿฅฅ Kisah 9 Pejuang Dalam Satu BotolBayangkan minyak kelapa dara premium bukan sekadar minyak. Bayangkan dia macam pas**an...
09/06/2026

๐Ÿฅฅ Kisah 9 Pejuang Dalam Satu Botol
Bayangkan minyak kelapa dara premium bukan sekadar minyak.

Bayangkan dia macam pas**an elit 9 orang dengan tugas masing-masing dan setiap ahli pas**an ada peranan berbeza bergantung kepada siapa yang perlukan bantuan,

samada bayi yang baru lahir, budak sekolah yang aktif, orang dewasa yang sibuk, atau datuk nenek yang sudah uzur.
Inilah cerita mereka.

๐Ÿ‘ถ Untuk Bayi .
"Ini Hampir Sama Seperti Susu Ibu"

Perkara paling menakjubkan tentang VCO?
Kandungan asid laurik-nya yang mencecah 50% dan satu-satunya sumber semula jadi lain yang ada pada kuant**i setinggi ini ialah susu ibu manusia.

Bila bayi minum susu ibu, monolaurin (hasil tukar asid laurik dalam badan) bertindak sebagai perisai pertama dan memusnahkan virus RSV, rotavirus, dan bakteria berbahaya sebelum ia sempat menyebabkan jangkitan.

Dalam masa yang sama, asid stearik dan asid palmitik berkerja membina myelin ,iaitu lapisan pelindung sistem saraf bayi yang sedang berkembang pesat. Asid linoleik p**a, walaupun hanya 1โ€“2%, adalah nutrisi wajib untuk perkembangan otak kerana badan bayi tidak mampu menghasilkannya sendiri.
Ringkasnya: bagi bayi, VCO adalah cermin kepada susu ibu dalam bentuk yang boleh disapu ke kulit atau diberikan dalam dos kecil.

๐Ÿง’ Untuk Kanak-kanak
"Imuniti Sepanjang Tahun, Otak Segar Setiap Hari"

Fasa kanak-kanak adalah fasa paling pesat dari segi pertumbuhan sel dan ini masa asid kaprilik dan asid kaprik paling diperlukan. Dua asid ini adalah antifungal semula jadi yang menghalang Candida daripada berleluasa dalam usus kanak-kanak yang masih membangun.
Asid oleik p**a sama seperti yang ada dalam minyak zaitun iaitu membantu badan kanak-kanak menyerap vitamin larut lemak dengan lebih berkesan: vitamin A untuk penglihatan, vitamin D untuk tulang, vitamin E untuk kulit. Bila penyerapan vitamin baik, imuniti turut naik.

Hasilnya? Kanak-kanak yang lebih jarang sakit, lebih fokus di sekolah, dan lebih bertenaga untuk bermain.

๐Ÿง‘ Untuk Dewasa
"Dari Jantung Hingga Hormon, Satu Minyak Jaga Semuanya"
Inilah peringkat di mana 9 asid lemak ini bekerja dalam pola yang paling kompleks.

Asid laurik tingkatkan HDL (kolesterol baik) tanpa menaikkan LDL secara signifikan. Asid oleik kurangkan keradangan kronik dan tingkatkan sensitiviti insulin dan ianya penting untuk orang yang risiko diabetes. MCT (medium-chain triglycerides) dari asid kaprilik, kaprik, dan laurik diserap terus ke hati dan ditukar jadi ketone โ€” menjadikan VCO pilihan nombor satu komuniti keto dan intermittent fasting kerana ia membekalkan tenaga tanpa spike gula darah.
Bagi wanita, asid linoleik membantu keseimbangan prostaglandin ,iaitu hormon yang mengawal kitaran haid dan keradangan. Bagi lelaki aktif, asid miristik membantu proses pembentukan semula protein otot.

๐Ÿ‘ด Untuk Warga Emas
"Bila Tubuh Dah Tak Sekuat Dulu, Ini Yang Bantu"

Inilah peringkat paling kritikal dan di sinilah VCO paling menonjol bezanya berbanding minyak lain.

Dengan usia, sistem pencernaan melemah. Hati tidak seefisien dulu.
Sistem imun perlahan. MCT dalam VCO tidak memerlukan hempedu untuk dicerna kerana ia diserap terus, menjadikannya sumber lemak paling mudah untuk warga emas yang mungkin ada masalah pundi hempedu atau fungsi hati yang berkurangan.

Yang paling menarik,
asid kaprilik dan kaprik ditukar kepada ketone di hati dan otak yang mula mengalami penurunan fungsi (seperti dalam Alzheimer peringkat awal) boleh menggunakan ketone sebagai bahan bakar alternatif bila sel saraf sudah tidak mampu memproses glukosa dengan cekap. Ini sedang dikaji dalam beberapa ujian klinikal sebagai intervensi sokongan untuk demensia.
Asid oleik p**a membantu kawalan gula darah dan ia relevan sangat bagi warga emas yang majoriti berisiko diabetes jenis 2.

๐Ÿ”‘ Satu Fakta Yang Buat Semua Ini Bermakna
Kesemua 9 asid lemak ini hanya boleh berfungsi pada tahap penuh jika minyak kelapa tidak melalui proses haba atau kimia.

Bila dipanaskan tinggi atau dirawat kimia, struktur asid lemak berubah menjadi monolaurin dan tidak terbentuk dengan sempurna, antioksidan musnah, dan rantaian MCFA pecah.

Itulah sebab satu-satunya cara untuk mendapat semua 9 asid lemak dalam keadaan aktif adalah minyak kelapa dara cold-pressed, tanpa pemprosesan iaitu tepat seperti yang anda ada dalam botol premium itu.

Nenek kita tidak tahu nama saintifiknya. Tapi nenek tahu hasilnya. Dan sekarang sains sudah sahkan apa yang nenek dah tahu beratus tahun lalu. ๐ŸŒด

Kredit : Rahimi Biorich

KUALA LUMPUR: Isu gula tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia bukan lagi sekadar nasihat biasa di klinik. Data NHMS 2023 ...
09/06/2026

KUALA LUMPUR: Isu gula tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia bukan lagi sekadar nasihat biasa di klinik. Data NHMS 2023 menunjukkan kira-kira 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dengan sebahagian besar masih tidak mengetahui status kesihatan mereka.

Di sebalik segelas teh tarik, air manis, kuih harian dan nasi yang diambil berulang kali, gula berlebihan yang tidak terkawal boleh mula mencederakan saluran darah secara perlahan-lahan.

Yang menakutkan tentang gula tinggi bukan sakitnya pada hari ini. Yang menakutkan ialah kerosakannya berlaku perlahan-lahan, senyap-senyap, sampai satu hari badan mula memberi tanda yang lebih berat.

Sebab itu bacaan gula bukan sekadar nombor. Ia adalah mesej daripada tubuh.

Bila gula terkawal, kita bukan sekadar menjaga darah. Kita sedang menjaga mata yang mahu terus melihat, kaki yang mahu terus melangkah, buah pinggang yang mahu terus bekerja, dan jantung yang mahu terus berdenyut untuk orang-orang yang kita sayang.

Jaga gula bukan sebab takut dimarahi doktor.

Jaga gula sebab tubuh ini satu-satunya rumah yang kita ada.
Kredit : PHM

Jom beralih ke Gula O! Klik link di komen.

Korang tahu tak, benda yang nenek kita selalu pakai untuk masak, sapu rambut, dan urut badan tu ,sekarang ni rupanya dah...
08/06/2026

Korang tahu tak, benda yang nenek kita selalu pakai untuk masak, sapu rambut, dan urut badan tu ,sekarang ni rupanya dah jadi produk paling viral di seluruh dunia? ๐Ÿ˜ฎ

Nama dia apa?
Minyak Kelapa Dara Premium atau dalam bahasa orang putih, Virgin Coconut Oil (VCO).

Dan aku nak cerita sikit pasal kenapa produk ni bukan sekadar trend, tapi betul-betul life-changing.Meletup! ๐Ÿฅฅโœจ
๐ŸŒด
Cerita Bermula Di Kampung Nenekโ€ฆ

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, nenek selalu ada botol kecil minyak kelapa kat dapur?

Bila kita kena gigit nyamuk je, sapu minyak.
Rambut kusut masai je, sapuminyak.
Kulit kering ,sapu minyak.

Macam-macam je nenek pakai benda sama tu. ๐Ÿ˜„

Masa tu kita ingat nenek ni "kolot" sikit. Tapi sekarang?
Para doktor, pakar nutrisi, dan jutaan orang dari Amerika sampai ke Jepun tengah bayar mahal-mahal untuk dapat benda yang sama!

Bezanya hari ini, minyak kelapa dara yang kita ada ni diproses secara COLD-PRESSED , tanpa haba, tanpa bahan kimia, tanpa bleaching.

Maksudnya apa? Semua kebaikan, semua nutrisi, semua antioxidant dalam kelapa tu dikekalkan 100%.

๐Ÿ’›
Kenapa PREMIUM Beza Daripada Biasa?
Nampak macam cliche kan soalan ni? haha

Tapi ada 4 SEBAB paling UTAMA

1) Dalam VCO Premium ni ada Lauric Acid Tinggi
Terkandung dalam VCO Premium ni sehingga 50% , jumlah yang sama seperti dalam susu ibu.

Korang indu ibu? Teguk je VCO Premium ni.

2) Tidak Diproses Dengan Haba
Cold-pressed kekalkan enzim & vitamin semula jadi

Nutrien original VCO ni dikekalkan untuk manfaat kita.

3) Bebas Bahan Kimia
Tiada bleaching, tiada deodorizing, tiada pengawet! Organik yang padu!

4) Bau Kelapa Asli
Aroma segar ,bau semulajadi.Ini tanda kualiti premium, bukan tiruan.Takda kat Pinduoduo.

Dari segi kegunaan p**a ,jangan cakap la!

Kita boleh telan terus sesudu pagi-pagi,

boleh masak,
boleh letak dalam kopi (keto coffee sedap gila!),
boleh moisturizer muka,
kondisioner rambut,
bahkan makeup remover.

Satu produk, sepuluh fungsi. ๐Ÿ™Œ
Tak cukup JIMAT ke?

๐Ÿ’ก Fun Fact Yang Ramai Tak Tahu
Medium-chain triglycerides (MCT) dalam minyak kelapa dara premium diserap terus oleh hati dan ditukar jadi TENAGA โ€” bukan disimpan sebagai lemak. Itulah sebab ia pop**ar sangat dalam komuniti keto, intermittent fasting, dan fitness! ๐Ÿ’ช

๐Ÿฅฅ Dah cuba minyak kelapa dara premium belum?

Komen bawah atau share kalau ada kawan yang patut tahu pasal ni!

Dapatkan SEKARANG, klik link di komen pertama.
Jangan tunggu lagi, testimoni merata dah ni yang dapat sembuh.







Kredit : Rahimi Biorich

๐Ÿช๐Ÿ„๐Ÿ‘ DAGING UNTA VS DAGING LEMBU VS DAGING BIRI-BIRIMana Satu Paling Sihat Untuk Jantung Kau? Jawapan Dia Mengejutkan Ram...
03/06/2026

๐Ÿช๐Ÿ„๐Ÿ‘ DAGING UNTA VS DAGING LEMBU VS DAGING BIRI-BIRI

Mana Satu Paling Sihat Untuk Jantung Kau? Jawapan Dia Mengejutkan Ramai!

Assalamualaikum semua!

Okay korang. Aku nak korang bayangkan senario ni.

Peti sejuk korang ada tiga jenis daging korban sekarang
๐Ÿช Daging unta yang kau dapat dari jiran yang balik Saudi
๐Ÿ„ Daging lembu yang jadi kewajiban tahunan
๐Ÿ‘ Daging biri-biri yang kau memang s**a masak rendang atau perap je

Soalan ringkas:
Kalau kau ada masalah jantung atau kolesterol tinggi, mana satu kau patut makan dulu?

Kalau jawapan kau "semua sama je" atau "lembu la paling sihat" , jom kita semak semula. Sebab data sains yang ada cukup mengejutkan. ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ”ฌ SEBELUM KITA BANDINGKAN, FAHAM DULU INI

Sebelum kita masuk ke perlawanan tiga penjuru, ada beberapa perkara penting yang kita kena faham dulu tentang cara membandingkan daging:

๐Ÿ“Œ Nilai nutrien berubah bergantung kepada:
- Potongan daging (bahagian peha vs rusuk vs bahu)
- Cara masak (rebus vs goreng vs bakar)
- Umur haiwan (muda vs tua)
- Makanan haiwan (rumput vs bijirin)
- Cara penyembelihan dan penyimpanan

Jadi semua perbandingan di bawah adalah berdasarkan daging tanpa tulang, tanpa lemak tebal, dimasak tanpa minyak tambahan supaya perbandingan adil antara tiga jenis daging ini.

Sekarang โ€” jom masuk perlawanan! ๐ŸฅŠ

๐Ÿ† PERLAWANAN PERTAMA: PROTEIN
(Rujuk jadual KANDUNGAN PROTEIN (per 100g daging))

"Protein โ€” Bahan Bina Otot, Imuniti & Semua Kerja Badan"

๐Ÿฅ‡ Pemenang: LEMBU (sedikit menang dari biri-biri)

Daging lembu unggul sedikit dalam protein kasar tapi ini bukan cerita penuh.

Apa yang menarik: walaupun biri-biri ada protein lebih rendah sedikit, kualiti protein dia lebih tinggi.Kandungan asid amino esensial biri-biri lebih kaya terutama tryptophan (lebih 3x ganda daripada lembu!) yang penting untuk pengeluaran serotonin iaitu hormon mood dan tidur yang baik.

Unta p**a, walaupun kandungan protein lebih rendah dalam gram, profil asid amino tak esensialnya lebih lengkap berbanding lembu, biri-biri dan kambing .Ini berdasarkan kajian perbandingan dari Oxford Academic (2023).

Unta juga dilaporkan mengandungi lebih banyak Vitamin B12 berbanding biri-biri .Mudahnya 50g daging unta mengandungi 118% daripada keperluan harian B12 manusia!

๐Ÿ†PERLAWANAN KEDUA: KANDUNGAN LEMAK
(Rujuk jadual KANDUNGAN LEMAK TOTAL (per 100g)
dan
jadual LEMAK TEPU (Saturated Fat) per 100g)

"Lemak โ€” Kawan atau Musuh? Bergantung Kepada Jenisnya."

๐Ÿฅ‡ Pemenang: UNTA (jauh menang dalam kategori lemak)

Ini yang mengejutkan ramai orang.

Daging unta adalah paling rendah lemak dalam tiga-tiga jenis daging korban ini. Kandungan lemaknya hanya 2.6โ€“6g per 100g berbanding lembu (15.4g) dan biri-biri (21g).

Unta juga paling rendah lemak tepu yang dikaitkan dengan peningkatan LDL kolesterol.

Tapi tunggu ! Cerita lemak tak sesimple tu.

Walaupun biri-biri paling tinggi lemak total, ia juga paling kaya CLA (Conjugated Linoleic Acid) ,lemak semulajadi yang ada manfaat anti-radang dan membantu metabolisme. Kajian menunjukkan biri-biri mengandungi 4โ€“19mg CLA per gram lemak , jauh lebih tinggi berbanding lembu (1.2โ€“4.0mg) dan ayam (kurang 1.0mg).

Lembu p**a ada omega-3 dan omega-6 fatty acids yang biri-biri kurang. Ini penting untuk jantung dan otak.

Unta? Ia tinggi polyunsaturated fatty acids (PUFA) dan ada linoleic acid, iaitu lemak tak tepu yang melindungi terhadap kanser bila berinteraksi dengan lemak tak tepu lain.

๐Ÿ† PERLAWANAN KETIGA: KOLESTEROL
(Rujuk Jadual KANDUNGAN KOLESTEROL (mg per 100g daging) )

"Soalan Berjuta Ringgit โ€” Mana Satu Paling Selamat Untuk Jantung?"

๐Ÿฅ‡ Pemenang Mutlak: UNTA

Ini data yang paling konsisten dari pelbagai kajian antarabangsa:

Kandungan kolesterol daging unta dilaporkan pada 50 mg/100g , lebih rendah berbanding daging lembu (59 mg/100g), kambing (63 mg/100g), ayam (57 mg/100g), dan paling ketara berbanding daging biri-biri (71 mg/100g).

Kajian lain dari Springer Ethnic Foods (2021) melaporkan kolesterol unta pada 57.56 mg/100g berbanding daging lembu pada 74.5 mg/100g .Ini menunjukkan kolesterol daging unta yang lebih rendah secara konsisten berbanding sumber daging lain.

Dan dari perspektif lemak dalaman p**a, lemak intramuskular daging unta mengandungi 50 mg/100g kolesterol ,ianya lebih rendah berbanding lemak biri-biri dan lembu yang masing-masing mencecah 196 dan 206 mg/100g berat segar.

Biri-biri jelas paling tinggi kolesterol tapi ini bukan bermakna ia bahaya untuk semua orang.Ingat ye, kolesterol dari makanan tidak memberi kesan besar kepada kebanyakan orang kerana badan ada mekanisme penjajarannya sendiri. Tapi bagi yang ada risiko kardiovaskular, perbezaan ini relevan.

๐Ÿ“ŠCARTA BESAR: PERBANDINGAN LENGKAP TIGA DAGING
(Rujuk JADUAL PERBANDINGAN NUTRISI (per 100g)

โค๏ธKHUSUS UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Okay, ini bahagian yang paling ramai nak tahu. Jom kita pecahkan dengan jelas.

๐Ÿช DAGING UNTA โ€” Si Pendiam Yang Paling Selamat Untuk Jantung

Daging unta mengandungi kepekatan asid lemak tak tepu pelbagai dan vitamin C yang lebih tinggi berbanding daging merah yang biasa tersedia.

Daging unta jauh lebih rendah lemak berbanding lembu dan biri-biri, terutama lemak tepu .Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan lemak tanpa mengorbankan protein.

Lebih menarik lagi ialah kandungan lemak yang lebih rendah pada daging unta membantu mengurangkan risiko atherosclerosis dan penyakit kardiovaskular.

Dan daripada sudut mineral , daging unta kaya dengan mineral penting dan mengandungi kandungan kalium tertinggi berbanding daging lain, diikuti fosforus, natrium, dan kalsium.Semuanya penting untuk fungsi jantung yang baik.

Pendek kata: Untuk pesakit jantung atau mereka yang ada risiko kardiovaskular , daging unta adalah pilihan paling selamat dalam kategori daging korban.

๐Ÿ„ DAGING LEMBU โ€” Keseimbangan Yang Baik, Tapi Perlu Hati-Hati

Lembu ada protein paling tinggi dan seimbang dalam omega-3 dan omega-6. Tapi daging lembu mengandungi asid lemak omega-3 (DHA, DPA, EPA, ALA) dan omega-6 yang biri-biri kurang dan ianya memberi manfaat untuk jantung bila dimakan dalam kuant**i yang sesuai.

Masalah utama lembu adalah "marbling", lemak intramuskular yang kita nampak dalam kepingan daging tu. Potongan tinggi marbling macam rusuk dan iga ada lebih banyak lemak tepu yang boleh naikkan LDL.

Pilihan bijak: Pilih potongan tanpa lemak seperti batang pinang, peha, atau bahu. Elak rusuk dan iga kalau kolesterol dah tinggi.

๐Ÿ‘ DAGING BIRI-BIRI โ€” Paling Kompleks, Paling Berkhasiat Dalam Cara Tersendiri

Biri-biri adalah yang paling tinggi lemak dan kolesterol tapi jangan dismiss dia terus.

Daging biri-biri lebih kaya CLA berbanding kebanyakan daging lain, mengandungi kira-kira 4โ€“19 mg CLA per gram kandungan lemak, berbanding lembu (1.2โ€“4.0 mg) dan ayam (kurang 1.0 mg).

CLA telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan termasuk pengurangan j***m lemak badan, dan kajian awal pada haiwan menunjukkan potensinya dalam melawan kanser.

Dan dari sudut mineral: biri-biri mengandungi kira-kira dua kali lebih banyak CLA berbanding lembu dan juga merupakan sumber mineral yang lebih baik seperti kalsium dan zat besi malah mengandungi kira-kira 2 kali lebih banyak omega-3 berbanding lembu.

Biri-biri yang diternakkan secara pastoral kaya dengan CLA dan profil asid lemak dengan lemak tak tepu yang lebih tinggi , terutama kalau diragut dengan rumput .Asbab ini mampu menyumbang asid lemak omega-3 yang bermanfaat. Faktor-faktor ini mencadangkan bahawa pengambilan biri-biri tanpa lemak yang sihat boleh memberi manfaat kepada jantung.

Pendek kata: Biri-biri ada khasiat tersendiri yang tidak ada pada lembu dan unta, tapi perlu makan potongan tanpa lemak dan dalam kuant**i terkawal.

๐ŸŽฏPANDUAN SIAPA PATUT MAKAN APA
(Rujuk jadual Pemilihan daging korban berdasarkan keadaan kesihatan)

๐Ÿณ CARA MASAK YANG BETUL UNTUK SETIAP DAGING

Cara masak mempengaruhi nilai nutrien dan keselamatan daging lebih daripada yang korang sangka!

๐Ÿช DAGING UNTA โ€” Cara Terbaik

Daging unta lebih keras teksturnya terutama kalau haiwan tua. Cara masak yang sesuai:

โœ… Rebus perlahan (slow cook) โ€” 2โ€“3 jam dengan halia, bawang, kayu manis
โœ… Masak bertekanan (pressure cooker) โ€” jimat masa, empukkan daging
โœ… Sup dan kari โ€” kuah pekat dengan rempah anti-radang
โœ… Stew gaya Arab โ€” bersama kurma dan kacang
โš ๏ธ Elak goreng dalam minyak banyak โ€” rugikan kelebihan rendah lemaknya!
โŒ Jangan makan separuh masak โ€” masak betul-betul hingga t**i

๐Ÿ„ DAGING LEMBU โ€” Cara Terbaik

โœ… Bakar dalam oven dengan rempah herba tanpa minyak
โœ… Stir-fry suhu tinggi โ€” cepat, kurang minyak
โœ… Sup tulang โ€” rebus lama untuk kolagen dan mineral
โœ… Grill/panggang โ€” lemak berlebihan jatuh, tinggal protein
โš ๏ธ Rendang โ€” sedap tapi santan tambah lemak tepu. Kurangkan santan.
โŒ Elak goreng banyak minyak setiap hari

๐Ÿ‘ DAGING BIRI-BIRI โ€” Cara Terbaik

โœ… Trim lemak nampak sebelum masak โ€” kurangkan lemak tepu secara drastik
โœ… Panggang oven dengan rosemary dan bawang putih โ€” klasik dan sihat
โœ… Masak kurma ringan โ€” kurangkan minyak, tambah rempah
โœ… Kebab bakar โ€” guna bahagian tanpa lemak, marinate dengan yogurt
โš ๏ธ Bau khas biri-biri โ€” rendam dalam air halia + cuka sebelum masak
โŒ Elak masak dengan banyak lemak tambahan โ€” dah ada lemak sendiri

๐Ÿ’กFAKTA MENGEJUTKAN YANG RAMAI TAK TAHU

Jom habiskan dengan beberapa fakta yang mungkin balik-balikkan anggapan korang! ๐Ÿคฏ

๐Ÿ’ก FAKTA 1: Daging unta lebih kaya Vitamin C berbanding daging merah lain

Ya, betul tu. Vitamin C dalam daging? Daging unta ada dan lebih tinggi berbanding lembu dan biri-biri. Ini yang menjadikan daging unta istimewa dalam kategori daging merah.

๐Ÿ’ก FAKTA 2: Lemak biri-biri MENURUN bila binatang makin tua

Terbalik dengan yang kita sangka. Berbanding unta yang lemaknya mungkin meningkat dengan usia, lemak intramuskular unta sebenarnya ada kajian yang menunjukkan ia berbeza dengan haiwan lain. Tapi yang paling menarik,unta muda lebih lembut dan lebih rendah kolesterol berbanding unta tua yang dah susah diproses.

๐Ÿ’ก FAKTA 3: Biri-biri ada lebih banyak zat besi daripada lembu

Daging merah dari biri-biri atau lembu boleh mengandungi sehingga 10 kali lebih banyak zat besi berbanding daging ayam, dan biri-biri sering mengatasi lembu dalam kandungan zat besi heme yang mudah diserap badan.

Ini bermakna untuk ibu hamil atau yang ada anemia ,biri-biri sebenarnya boleh jadi pilihan terbaik walaupun ia lebih tinggi lemak.

๐Ÿ’ก FAKTA 4: Daging unta HALAL untuk dikonsumsi mengikut fatwa majoriti ulama

Ada yang keliru tentang hukum memakan daging unta. Majoriti ulama termasuk Mazhab Syafi'i, Maliki, dan Hanbali membenarkan memakan daging unta dan ia adalah haiwan yang sah untuk dijadikan korban mengikut pendapat majoriti ulama. Daging unta adalah makanan yang disebutkan dalam sejarah Islam dan dimakan oleh Nabi SAW. ๐Ÿ•Œ

๐Ÿ’ก FAKTA 5: Cara simpan daging korban SANGAT mempengaruhi nilai nutrisinya

Daging yang disimpan betul dalam peti beku (sehingga -18ยฐC) dan dibungkus ketat akan mengekalkan hampir semua nilai nutrisinya untuk 6โ€“12 bulan. Tapi daging yang dibiarkan dalam ais biasa atau dibeku-cairkan berulang kali akan kehilangan kualiti dengan cepat dan boleh jadi tempat pembiakan bakteria.

Label tarikh. Bungkus ketat. Asingkan ikut jenis. Jangan beku-cair berulang kali.

PEMENANG KESELURUHAN DAN KESIMPULAN JUJUR
(Rujuk jadual KEPUTUSAN AKHIR PERLAWANAN TIGA PENJURU)

Akhir kata ,ketiga-tiga daging ini adalah pemberian daripada ibadah yang mulia. Masing-masing ada tempatnya dalam diet yang seimbang.

Daging unta menang dari segi profil kesihatan kardiovaskular dan ini mungkin bukan kebetulan, sebab unta adalah haiwan yang Allah ciptakan istimewa untuk manusia di kawasan yang paling mencabar di muka bumi ini. Setiap penciptaan Allah ada hikmahnya.

"Apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?"
(Surah Al-Ghasyiyah: 17) ๐Ÿ•Œ

Tapi ingat ,tiada satu pun daging yang boleh jadi ubat kalau cara hidup kita masih rosak.Bersenam, tidur cukup, minum air banyak, kurangkan gula dan karbohidrat berproses ,semua ni lebih penting dari sekadar pilih jenis daging yang betul.

Makan dengan sedar. Makan dengan syukur. Sihat sepanjang hayat. ๐Ÿ’š

Kalau artikel ni bermanfaat , SHARE kepada keluarga yang tengah memproses stok daging korban! ๐Ÿ™

Ada soalan atau pengalaman korang sendiri dengan daging unta? Drop dalam komen ,aku nak dengar! ๐Ÿ‘‡

Sihat Sepanjang Hayat ๐Ÿ’š๐ŸŒฟ

Rujukan: Oxford Academic Animal Frontiers 2023 | PMC/NCBI 2022 | Springer Ethnic Foods 2021 | FoodStruct Nutrition Database | USDA FoodData Central | Nutrition Advance 2025



Kredit : Rahimi Biorich

๐Ÿšจ KENAPA DOKTOR TAK PERNAH BERITAHU KITA PASAL LEMAK DAGING KORBAN YANG INI?Ala..benda yang kau selalu potong tepi dan b...
01/06/2026

๐Ÿšจ KENAPA DOKTOR TAK PERNAH BERITAHU KITA PASAL LEMAK DAGING KORBAN YANG INI?

Ala..benda yang kau selalu potong tepi dan buang tu... ada cerita besar yang tersembunyi di sebaliknya. ๐Ÿ‘‡

Bismillah. Assalamualaikum semua. ๐ŸŒ™

Okay, aku nak korang jujur dengan diri sendiri dulu.
Korang nampak kan daging tu ada lapisan atau ketul lemak putih yang tebal. Korang buat apa dengan dia?

A) Buang terus ๐Ÿ—‘๏ธ
B) Masak sekali tapi rasa bersalah
C) Simpan dalam peti tapi tak tahu nak buat apa
D) Masak dan makan tanpa fikir panjang ๐Ÿ˜‚

Kebanyakan kita akan jawab A atau B betul tak?
Sebab dari kecik kita diajar,
Lemal = gemuk.
Lemak = jahat.
Lemak = kolesterol.
Lemak = jantung tersumbat.

Tapi aku nak tanya satu soalan balik:

Kalau lemak haiwan tu memang jahat , kenapa agaknya nenek moyang kita sihat dan panjang umur sedangkan mereka masak dengan lemak haiwan sepanjang hayat mereka?

Jom kita buka cerita ni dengan betul. Bukan nak kata lemak tu bagus semua. Bukan juga nak kata doktor semua salah. Tapi ada sisi2 yang kita tak pernah dengar dan
itu yang kita nak bincangkan hari ni.

๐Ÿ”ŽADA BERAPA JENIS LEMAK DALAM DAGING KORBAN KITA?

Ramai sangka semua lemak dalam daging tu sama. Tapi hakikatnya, ada dua jenis lemak yang sangat berbeza dalam haiwan korban kita.

๐Ÿฅฉ JENIS 1: LEMAK SUBKUTAN (Subcutaneous Fat)
Ini adalah lemak yang melekat tepi-tepi daging , yang boleh nampak dari luar. Warnanya putih atau kekuningan. Bila korang potong kepingan daging lembu, biri-biri, atau unta jelas nampak lapisan luar itulah lemak subkutan.

Ini yang selalu kita buang atau trim sebelum masak.

๐Ÿซ€ JENIS 2: LEMAK VISCERAL / LEMAK ORGAN (Visceral Fat / Suet)
Ini yang lebih menarik dan lebih kaya nutrien ,inilah lemak yang mengelilingi organ dalaman haiwan seperti buah pinggang, jantung, dan usus besar.Macam lemak visceral kat perut kita. Adeh~

Ia kelihatan seperti gumpalan lemak keras putih bersih yang menyelubungi organ.

Dalam bahasa tradisional kita, ia sering dipanggil "lemak dalam" atau "lemak perut".

Di Barat, lemak organ ini dipanggil SUET (bunyi dia..Su-wet~)
dan ia dianggap sebagai bahan mentah paling premium untuk membuat tallow.

Tallow yang dibuat dari lemak organ (suet) = kualiti tertinggi, paling tulen, paling kaya nutrien.

Inilah yang kebanyakan orang buang begitu saja bila mengurung daging korban. Dan inilah yang dijual mahal di luar negara sebagai superfood dan skincare premium. ๐Ÿ˜ฑ.
Nampak kan, sama la jugak bila ada yang buang "belulang" atau dikenali sebagai kulit lembu korban tu.Adeh..premium tu!

๐ŸงฌAPA SEBENARNYA KANDUNGAN LEMAK KORBAN INI?

Okay jom tengok dari segi sains.

Macam yang kami kongsi sebelum ni, tallow mengandungi anggaran
45โ€“55% lemak tepu,
40โ€“50% lemak tak tepu tunggal,
dan 3โ€“7% lemak tak tepu pelbagai.

Maknanya apa?
lebih separuh daripada tallow sebenarnya bukan lemak tepu!
Ada bahagian besar yang sama jenis dengan lemak dalam minyak zaitun!Macam pernah baca sebelum ni kan? Ni yang yang kami nak bagitau sekali lagi.

Tapi itu bukan semua. Lemak organ dari haiwan korban juga mengandungi:

๐Ÿ’Š Vitamin A, D, E & K , Vitamin yang Tersembunyi dalam Lemak

Selain lemak, tallow mengandungi vitamin larut lemak yang penting untuk pelbagai fungsi badan, termasuk sokongan imun, kesihatan tulang, fungsi sel, dan kesihatan kulit.

Ini bermakna bila kita membuang lemak organ haiwan korban,kita sebenarnya membuang stor vitamin yang berharga.

Vitamin-vitamin ini bukan calang-calang:
- ๐Ÿ‘๏ธ **Vitamin A** โ†’ Penglihatan, kulit sihat, imuniti kuat
- โ˜€๏ธ **Vitamin D** โ†’ Tulang, mood, hormon
- ๐Ÿ›ก๏ธ **Vitamin E** โ†’ Antioksidan, perlindungan sel
- ๐Ÿฆด **Vitamin K** โ†’ Pembekuan darah, kesihatan tulang

Dan yang penting apa? Semua ini adalah vitamin larut lemak , bermakna ia PERLU dimakan bersama lemak untuk diserap badan. Tanpa lemak, vitamin-vitamin ini tak mampu diserap dengan baik walau dari mana sumber sekalipun! Kool kan?

๐Ÿ”ฌ CLA โ€” Si Asid Lemak Yang Ramai Tak Kenal

CLA ,Conjugated Linoleic Acid adalah sebatian semulajadi dalam lemak haiwan ruminan.

Daging biri-biri adalah antara yang paling kaya dengan CLA berbanding daging biasa lain, mengandungi kira-kira 4โ€“19 mg CLA bagi setiap gram kandungan lemak.
Daging lembu p**a mengandungi 1.2โ€“4.0 mg, manakala daging babi dan ayam mengandungi kurang daripada 1.0 mg.

Apa yang CLA buat untuk badan?

CLA telah terbukti membantu proses pembakaran lemak dan meningkatkan j***m otot tanpa lemak, malah kajian pada haiwan turut menunjukkan potensinya sebagai agen penentang kanser pada manusia.

CLA mempunyai manfaat anti-radang yang membantu mengunci lembapan dan mengurangkan pengoksidaan bersama vitamin larut lemak dalam tallow, ia berpotensi meningkatkan keanjalan kulit dan penampilan sihat apabila digunakan secara topikal.

Pendek kata sebenarnya CLA dalam lemak biri-biri dan lembu korban kita adalah salah satu bahan semulajadi paling berkuasa yang wujud dalam makanan.

๐Ÿง  Oleic Acid Yang Sama Dengan Minyak Zaitun!

Ini fakta yang paling ramai terlepas pandang.

Hampir separuh kandungan tallow adalah oleic acid, asid lemak yang sama yang menjadikan minyak zaitun begitu pop**ar sebagai minyak sihat!

Oleic acid dikaitkan dengan kesihatan kardiovaskular, fungsi otak yang lebih baik, dan pengurangan keradangan kronik.

Jadi bila seseorang kata "tallow itu lemak tepu berbahaya" mereka telah abaikan hakikat bahawa hampir setengah kandungannya adalah lemak tak tepu sihat, sama seperti minyak zaitun yang semua orang puja tu.

๐Ÿคฟ MASUK KE BAHAGIAN YANG DOKTOR JARANG CERITA

Okay. Ini bahagian yang paling menarik.

๐Ÿ›๏ธ Kisah Yang Bermula Tahun 1950-an

Kisah mengapa kita takut lemak haiwan bermula dengan seorang saintis bernama Ancel Keys pada tahun 1950-an.

Beliau menjalankan kajian yang dikenali sebagai "Seven Countries Study".Kajian yang mengkaji hubungan antara lemak dalam diet dengan penyakit jantung. Kajiannya mendapati negara yang makan lebih banyak lemak mempunyai lebih banyak kes penyakit jantung.

Kesimp**annya apa?
Lemak tepu = musuh jantung.Jelas..

Kajian ini menjadi asas kepada garis panduan pemakanan dunia selama lebih 70 tahun. Industri makanan mula menggantikan lemak haiwan dengan minyak biji-bijian. Margerin menggantikan mentega. Maka automatik tallow hilang dari dapur.

Tapi apa yang ramai tidak tahu , kajian Ancel Keys kemudiannya dipertikaikan teruk oleh saintis lain. Ada kajian lain dari 22 negara yang data-datanya tidak dimasukkan oleh Keys kerana tidak menyokong teorinya.

๐Ÿ“ฐ Apa Yang Sedang Berlaku Sekarang? (2026)

Ini baru betul-betul mengejutkan.

Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr., sedang mempromosikan produk tenusu berlemak penuh, daging merah, dan tallow lembu menjelang penggubalan garis panduan diet 2025โ€“2030 Amerika yang digunakan untuk membentuk polisi makanan di peringkat nasional.

Bukti paling kukuh yang dijumpai oleh jawatankuasa penasihat garis panduan diet 2025 ketika itu berkaitan lemak tepu ialah bahawa menggantikan mentega, tallow lembu, dan lard dengan minyak sayuran memberi manfaat kepada paras kolesterol LDL namun perkara ini telah diketahui sejak 75 tahun lalu dan masih menjadi perdebatan aktif.

Maksudnya apa?
Walaupun pakar-pakar terkemuka di peringkat antarabangsa masih berdebat pasal ni sekarang, kita di sini dah lama kena cerita satu sisi sahaja.

๐Ÿงช Jadi, Adakah Kolesterol Dalam Tallow Bahaya?

Ini soalan berjuta ringgit. Dan jawapannya ia bergantung kepada siapa kau dan macam mana kau makan.

Kolesterol adalah sterol yang terdapat dalam kebanyakan produk haiwan namun kolesterol dalam diet tidak memberi kesan signifikan kepada paras kolesterol dalam darah bagi kebanyakan orang.

Tunggu. Ini penting sangat. Baca balik.

"Tidak memberi kesan signifikan kepada kebanyakan orang." Betul tu.

Badan kita ada mekanisme yang dipanggil homeostasis kolesterol, bila kita makan lebih banyak kolesterol dari makanan, hati kita secara automatik akan kurangkan pengeluaran kolesterol sendiri. Ia ada sistem "auto-adjust" yang agak mengagumkan!

NAMUN ini tidak bermakna kita boleh makan ses**a hati. Kerana bagi golongan tertentu:

Kajian saintifik menunjukkan bahawa memakan makanan tinggi lemak tepu seperti tallow lembu dan produk haiwan lain meningkatkan paras kolesterol LDL yang "jahat", yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung.

Inilah ketegangan antara dua pihak sains yang masih berlangsung hingga hari ini. Bukan hitam putih.

๐Ÿ’€ BAHAYA SEBENAR YANG PERLU KITA AMBIL SERIUS

Lepas semua cerita pro tadi , jom kita jujur tentang risiko yang sahih dan berasaskan sains kukuh.

โ— RISIKO 1: LDL Kolesterol Boleh Naik

Ini fakta yang konsisten dalam kajian:

Ramai orang perlu mengehadkan pengambilan lemak tepu untuk mengawal LDL , pilih minyak tak tepu lebih kerap dan gunakan tallow dengan berhati-hati, sesuai dengan saranan American Heart Association.

Bagi yang ada riwayat keluarga sakit jantung, paras LDL sudah tinggi, atau ada penyakit kardiovaskular sedia ada, ini bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.

โ— RISIKO 2: Lemak Visceral Dalam Badan BERBEZA Dengan Lemak Visceral Dalam Makanan

Ini penting untuk faham sebab ada kekeliruan yang selalu berlaku.

Lemak visceral DALAM BADAN KITA (lemak yang terkumpul sekeliling organ dalaman kita sendiri) adalah marker penyakit kronik yang berbahaya dan dikaitkan dengan diabetes, jantung, kanser.

Lemak visceral dalam DAGING HAIWAN p**a adalah jenis lemak yang kita MAKAN bukan yang terkumpul dalam badan.

Jangan keliru antara dua perkara ini. Makan lemak haiwan tidak akan secara langsung menjadi lemak visceral dalam badan kita. Yang buat lemak visceral terkumpul dalam badan adalah kelebihan kalori secara keseluruhan + gaya hidup tidak aktif + pengambilan gula dan karbohidrat berlebihan.

โ— RISIKO 3: Kalori Padat โ€” Mudah Terlebih Makan

Satu sudu makan tallow mengandungi kira-kira 115 kalori yang mana hampir kesemuanya dari lemak.

Dalam konteks pasca raya korban di mana kita sudah makan daging banyak-banyak, kalori tambahan dari lemak yang tidak dipantau boleh terkumpul tanpa sedar.

โ— RISIKO 4: Kualiti Bergantung Pada Haiwan Dari Mana

Ini penting. Tidak semua tallow sama.

CLA terdapat dalam jumlah yang lebih tinggi dalam organ lembu yang diberi makan rumput dan dikaitkan dengan komposisi badan yang lebih baik serta pengurangan keradangan.

Haiwan yang diberi makan bijirin (grain-fed) menghasilkan tallow dengan profil nutrien yang berbeza berbanding haiwan yang ragut rumput (grass-fed). Di Malaysia, majoriti haiwan ternakan adalah grain-fed atau semi-grass-fed jadi nilai CLA mungkin lebih rendah berbanding kajian dari luar negara.

๐ŸŽ“ ORGAN MEAT: BONUS BERHARGA YANG DATANG SEKALI DENGAN DAGING KORBAN

Kalau korang dapat hati, buah pinggang, atau lidah sebagai bahagian daging korban jangan pandang rendah.

Hati lembu adalah antara daging yang paling kaya nutrien mengandungi 380% keperluan harian vitamin A dalam satu hidangan. Ia menyokong tahap tenaga, imuniti, dan fungsi otak, serta kaya dengan protein lengkap, zat besi, dan vitamin penting.

Daging organ penuh dengan zat besi, protein, vitamin, dan mineral walaupun ia boleh tinggi kolesterol dan lemak tepu.

Organ lembu mengandungi vitamin penting dalam jumlah banyak dalam bentuk yang mudah diserap badan, memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi badan, daripada menyokong kesihatan mata dan fungsi imun hingga menggalakkan kulit dan rambut yang sihat.

Senarai organ yang bernilai tinggi dari daging korban:

๐Ÿซ€ Hati (Liver) Raja nutrisi. Vitamin A, B12, zat besi, folat. Jangan buang!
๐Ÿซ˜ Buah Pinggang (Kidney).Tinggi selenium, zink, dan vitamin B12
โค๏ธ Jantung (Heart). Kaya CoQ10 & antioksidan yang baik untuk jantung dan tenaga sel
๐Ÿ‘… Lidah (Tongue) .Tinggi lemak sihat, kolagen semulajadi, dan zink

๐Ÿณ PANDUAN PRAKTIS GUNA LEMAK KORBAN DI RUMAH

Okay, dah faham sains kan, jom tukar kepada tindakan praktikal!

๐Ÿฅฃ CARA BUAT TALLOW DARI LEMAK KORBAN (Versi "straight forward")

1. Asingkan lemak putih keras dari daging terutama bahagian lemak organ/suet yang berbentuk gumpalan
2. Potong kecil-kecil (lebih kecil = lebih cepat cair)
3. Masukkan dalam periuk tebal atau slow cooker dengan api paling perlahan
4. Kacau perlahan selama 1.5โ€“2 jam sehingga lemak cair sepenuhnya dan tinggalkan ketulan coklat (cracklings)
5. Tapis dengan kain penapis atau saringan halus ke dalam balang kaca
6. Biarkan sejuk dan nanti ia akan mengeras menjadi pepejal putih atau kekuningan cantik
7. Akhir sekali ,bolehlah label & simpan dalam peti sejuk.Insya-Allah tahan berbulan-bulan!

โœ… CARA GUNA TALLOW YANG BIJAK

๐Ÿ”ฅ Untuk menumis dan goreng suhu tinggi, sebagai gantian minyak masak biasa. Ia lebih stabil dan tidak mudah rosak dengan haba.

๐Ÿ– Sapu pada daging sebelum bakar dalam oven dan ia akan hasilkan daging lebih juicy dan rangup di luar.

๐Ÿฅ” Goreng kentang atau keledek dalam tallow .Yakinlah kentang akan lebih sedap, lebih rangup, aroma lemak semulajadi yang wangi.Slurp~

๐Ÿž Gantikan mentega untuk tumis atau panggang roti ,mesti terkejut dengan rasa lebih ummpph!.

๐Ÿ’† Skincare semulajadi , sapu je nipis-nipis pada kulit kering, siku, tumit, atau bibir sebelum tidur. Serius cuba dulu baru komen!

๐Ÿšซ TAPI...TAPI..
ELAK GUNA TALLOW JIKA...

โŒ Korang ada kolesterol LDL tinggi yang tidak terkawal
โŒ Ada sejarah penyakit jantung atau strok
โŒ Dalam tempoh rawatan kardiovaskular
โŒ Ada kencing manis dengan komplikasi kardiovaskular

Untuk golongan ini bukan bermakna TIDAK BOLEH LANGSUNG, tapi perlu bincang dengan doktor atau pakar diet sebelum ubah cara masak.

Setelah semua ni, aku nak korang faham satu perkara penting:

Ada saintis yang kata tallow lebih baik daripada minyak biji-bijian diproses. Ada yang kata lemak tepu tetap bahaya. Ada kajian yang sokong satu pihak. Ada kajian lain yang sokong pihak bertentangan.

Yang pasti apa?

โœ… Lemak haiwan dari daging korban bukan racun kosong, ia ada nutrien sebenar
โœ… Ia sesuai dalam kuant**i sederhana bagi orang yang sihat dan aktif
โœ… Ia lebih stabil untuk masak haba tinggi berbanding banyak minyak lain
โš ๏ธ Ia perlu dibatasi bagi yang ada risiko kardiovaskular
โš ๏ธ Ia bukan excuse untuk makan tanpa kawalan sebab kalori tetap dikira

Dan yang paling penting apa?

Jangan buang lemak korban tu begitu saja sebelum faham apa yang ada dalam tangan korang.Sama ada nak masak, nak buat tallow, atau nak kongsi dengan jiran yang faham nilainya ,cuba manfaatkan dengan bijak.

Setiap bahagian haiwan yang disembelih atas nama Allah ada nilainya. Itu bukan kebetulan.

Kita hidup di zaman maklumat banjir. Tapi kadang-kadang maklumat yang paling bernilai adalah yang paling lama kita abaikan.

Lemak putih tebal dari haiwan korban tu yang kita buang tanpa fikir, yang kita potong dan campak ke dalam tong sampah mungkin adalah salah satu hadiah pemakanan paling lengkap yang Allah t**ipkan dalam haiwan ciptaan-Nya.

Nenek moyang kita tak ada nutritionist. Tak ada kelas diet. Tak ada google. Tapi mereka masak dengan lemak ini, makan organ ini, dan ramai dalam kalangan mereka hidup sihat dan panjang umur.

Adakah kita, dengan segala ilmu moden kita, lebih bijak daripada mereka?

Atau kita sekadar lebih sibuk mengikut trend,FOMO teruk sambil abaikan kearifan asas yang lama ada?

Fikir-fikirkan. ๐Ÿค”

Kalau penulisan ni buka minda korang ,sudi2 kan SHARE supaya orang lain pun faham. ๐Ÿ™

Drop soalan atau pengalaman korang dalam komen. Aku akan cuba jawab semampu mungkin. ๐Ÿ’ฌ

Dan kepada yang ada masalah kesihatan kronik, sentiasa rujuk doktor atau diet**ian korang dulu sebelum buat sebarang perubahan diet. Artikel ini adalah perkongsian maklumat, bukan nasihat perubatan. โš•๏ธ

Sihat Sepanjang Hayat ๐Ÿ’š๐ŸŒฟ

*

kredit : Rahimi Biorich

Address

Petaling Jaya
43701

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemakanan Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pemakanan Sunnah:

Shortcuts

Share