Penjagaan Luka, Centis

Penjagaan Luka, Centis Ruang edukasi penjagaan kulit & penyembuhan. Dari luka ke masalah kulit lain. CENTIS
Krim berasaskan pegaga

❤️ "Kulit Kita Sebenarnya Lebih Hebat Daripada Yang Kita Sangka"Setiap kali kita terluka, berjuta-juta sel dalam badan m...
16/06/2026

❤️ "Kulit Kita Sebenarnya Lebih Hebat Daripada Yang Kita Sangka"

Setiap kali kita terluka, berjuta-juta sel dalam badan mula bekerja.

Ada yang membentuk saluran darah baru. Ada yang menghasilkan kolagen. Ada yang membersihkan tisu rosak.

Tanpa kita sedar, badan sedang melakukan "projek pembinaan" yang sangat kompleks hanya untuk menutup satu luka kecil.

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada luka, sampai terlupa betapa luar biasanya kemampuan badan untuk sembuh.

🔍 "Boleh Teka Luka Mana Yang Akan Tinggalkan Parut?"Jawapannya: Tak semestinya luka yang paling besar.Kadang-kadang luka...
15/06/2026

🔍 "Boleh Teka Luka Mana Yang Akan Tinggalkan Parut?"

Jawapannya: Tak semestinya luka yang paling besar.

Kadang-kadang luka kecil yang mengalami keradangan berpanjangan boleh meninggalkan parut yang lebih ketara berbanding luka besar yang sembuh dengan baik.

Sebab tu dalam wound care, matlamat bukan hanya tutup luka tetapi memastikan proses penyembuhan berlaku dengan optimum.

🌙 "Badan Sembuhkan Luka Ketika Anda Tidur"Ini fakta yang ramai tak tahu.Semasa tidur, badan menghasilkan lebih banyak ho...
14/06/2026

🌙 "Badan Sembuhkan Luka Ketika Anda Tidur"

Ini fakta yang ramai tak tahu.

Semasa tidur, badan menghasilkan lebih banyak hormon yang membantu proses pembaikan tisu dan regenerasi kulit.

Mungkin sebab tu orang yang kurang tidur sering mengalami penyembuhan luka yang lebih perlahan berbanding mereka yang mendapat rehat mencukupi.

Jadi kalau nak kulit sembuh dengan baik, mungkin ubat pertama yang anda perlukan malam ni ialah tidur awal. 😆

😱 "Ini Sebab Kenapa Luka Lama Boleh Jadi Semakin Besar"Ramai fikir luka yang tak sembuh akan kekal saiz yang sama.Sebena...
13/06/2026

😱 "Ini Sebab Kenapa Luka Lama Boleh Jadi Semakin Besar"

Ramai fikir luka yang tak sembuh akan kekal saiz yang sama.

Sebenarnya tidak.

Apabila proses keradangan berlarutan terlalu lama, tisu sihat di sekeliling luka juga boleh mula terjejas. Sebab itu ada luka yang asalnya kecil tetapi selepas beberapa minggu menjadi semakin besar.

Luka yang tidak menunjukkan perubahan positif selepas beberapa minggu memang patut diberi perhatian.

🤔 "Kenapa Luka Dekat Kaki Selalu Lambat Sembuh Berbanding Tangan?"Cuba fikir.Kalau terluka dekat tangan, biasanya cepat ...
12/06/2026

🤔 "Kenapa Luka Dekat Kaki Selalu Lambat Sembuh Berbanding Tangan?"

Cuba fikir.

Kalau terluka dekat tangan, biasanya cepat baik.

Tapi kalau luka dekat buku lali, tumit atau kaki, proses penyembuhan selalunya lebih perlahan. Salah satu sebabnya ialah kawasan ini menerima tekanan berulang setiap kali kita berdiri atau berjalan.

Sebab tu lokasi luka sebenarnya memainkan peranan besar dalam proses penyembuhan.

😳 "Luka Yang Gatal Sebenarnya Petanda Baik?"Ramai panik bila luka mula rasa gatal.Hakikatnya, kegatalan ringan ketika lu...
11/06/2026

😳 "Luka Yang Gatal Sebenarnya Petanda Baik?"

Ramai panik bila luka mula rasa gatal.

Hakikatnya, kegatalan ringan ketika luka sedang sembuh biasanya berlaku kerana kulit sedang membentuk tisu baru dan saraf mula aktif semula.

Tapi kalau gatal melampau, merah teruk atau semakin sakit, itu cerita lain. Badan kita sebenarnya selalu memberi signal tentang apa yang sedang berlaku pada kulit.

Pernah tak anda alami luka yang gatal sangat sampai tak tahan nak garu?

🚨 "Kenapa Orang Tua Selalu Ambil Masa Lebih Lama Untuk Sembuh?"Masa kecil dulu, jatuh basikal hari ni, minggu depan dah ...
10/06/2026

🚨 "Kenapa Orang Tua Selalu Ambil Masa Lebih Lama Untuk Sembuh?"

Masa kecil dulu, jatuh basikal hari ni, minggu depan dah sambung main.

Tapi bila umur makin meningkat, luka yang sama boleh ambil masa berlipat kali ganda untuk sembuh. Bukan sebab badan "manja", tetapi penghasilan kolagen, saluran darah baru dan proses pembaharuan sel semakin perlahan.

Sebab tu bila mak ayah atau datuk nenek ada luka, jangan tunggu sampai nampak teruk baru nak ambil berat. Kadang-kadang yang perlukan perhatian bukan luka besar, tapi luka yang tak berubah-ubah selama berminggu-minggu.

Macam mana centis bertindak dalam masa 7 hari?
09/06/2026

Macam mana centis bertindak dalam masa 7 hari?

Pegaga Bukan Untuk Ulam Je 🌿😆Bila sebut pegaga, mesti terbayang ulam dekat kampung kan?Tapi sebenarnya Centella asiatica...
27/05/2026

Pegaga Bukan Untuk Ulam Je 🌿😆

Bila sebut pegaga, mesti terbayang ulam dekat kampung kan?
Tapi sebenarnya Centella asiatica (pegaga) dah lama digunakan dalam skincare & wound care sebab active compounds dia banyak dikaji dalam skin healing dan inflammation support.

Antara komponen penting dia ialah asiaticoside & madecassoside — ingredients yang sering dikaitkan dengan collagen synthesis, angiogenesis dan skin repair. Sebab tu banyak scar gel, calming cream & wound products gunakan pegaga sebagai hero ingredient. ✨

Kadang skincare terbaik bukan yang paling viral…
Tapi yang ada science, consistency & purpose behind it 💚

Burn Kena Biar Kering? Actually… 👀🔥Dulu orang s**a cakap luka burn kena bagi kering cepat.Tapi sekarang ramai healthcare...
26/05/2026

Burn Kena Biar Kering? Actually… 👀🔥

Dulu orang s**a cakap luka burn kena bagi kering cepat.
Tapi sekarang ramai healthcare professionals prefer moist wound healing environment sebab terlalu kering boleh buat kulit lebih susah regenerate dan lebih uncomfortable.

Burn skin perlukan hydration, protection dan healing support supaya new skin boleh form properly. Sebab tu selepas rawatan awal yang betul, pemilihan wound care juga penting untuk bantu minimize irritation & scarring.

Most importantly — jangan simply letak benda pelik dekat burn 😭
Toothpaste, kicap, kopi… pls no. Kulit tengah trauma, bukan tengah marinate ayam.

Address

10, Jalan Nagasari E36/E, Desa Latania
Port Klang
40470

Telephone

+60333111763

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjagaan Luka, Centis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penjagaan Luka, Centis:

Share