Klinik Nadi Iman Medical Kinrara 5

Klinik Nadi Iman Medical Kinrara 5 Kami terletak bertentangan dengan LRT BK5
(1)

Klinik Nadi Iman Medical di Bandar Kinrara 5 Puchong Selangor adalah Klinik yang menawarkan harga scan kehamilan/2d dan scan peranakan mampu milik dan perubatan AM dewasa dan kanak-kanak.

18/03/2026
Pemeriksaan Kesihatan Haji 2026 Kini Dibuka di Klinik Kami! Anda atau ibu ayah bakal menunaikan Haji pada tahun 2026?Pas...
07/11/2025

Pemeriksaan Kesihatan Haji 2026 Kini Dibuka di Klinik Kami!

Anda atau ibu ayah bakal menunaikan Haji pada tahun 2026?
Pastikan kesihatan diperiksa awal sebelum tarikh hantar borang dan temujanji dengan Tabung Haji.

📌 Di klinik kami, pemeriksaan Haji merangkumi:
✔ Pemeriksaan kesihatan lengkap mengikut format Tabung Haji
✔ Pemeriksaan tekanan darah, BMI dan sejarah penyakit
✔ Ujian darah & air kencing (jika diperlukan)
✔ X-ray (rujuk ke hospital/pusat panel)
✔ Pengisian borang & surat akuan doktor
✔ ECG ( check jantung )

📅 Bila waktu terbaik untuk mula check-up?
✅ Sebaik sahaja terima surat tawaran haji
✅ Jangan tunggu saat akhir untuk elakkan kesesakan & risiko tidak sempat lengkapkan dokumen

💡 Tip penting untuk bakal jemaah:
* Bawa surat tawaran haji & rekod perubatan lama
* Senaraikan ubat-ubatan yang sedang diambil
* Berpuasa sekiranya perlu ambil darah

📍 Temujanji dibuka setiap hari - walk-in & appointment diterima.
📞 Untuk tempahan slot, hubungi kami di 03-5882 1378

Semoga urusan ibadah Haji anda dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik sepanjang perjalanan. 🤲

“Doktor… demam ni dah seminggu, tapi makin teruk p**a. Bila buat pemeriksaan rupanya positif Influenza”Sekarang ini rama...
13/07/2025

“Doktor… demam ni dah seminggu, tapi makin teruk p**a. Bila buat pemeriksaan rupanya positif Influenza”
Sekarang ini ramai datang ke klinik dengan simptom:
✅ Demam on-off
✅ Badan menggigil & sakit kepala
✅ Batuk berpanjangan
✅ Badan rasa lemah sangat
✅ Sakit tekak, suara hilang
Ramai sangka demam biasa…
Tapi bila kami jalankan ujian, rupa-rupanya POSITIF INFLUENZA.
Lebih menakutkan bila ada yang datang lambat. Dah ada tanda jangkitan sekunder yang boleh jadi serius! 😰
Influenza bukan sekadar “flu biasa”
Virus ini boleh melemahkan sistem imun.
Kalau lambat rawat, boleh sebabkan pneumonia, jangkitan paru-paru & komplikasi lain terutamanya untuk ibu hamil, anak kecil & warga emas.
💔 Kami tahu ramai yang tunggu “baik sendiri” dulu…
Tapi jangan ambil mudah.
Lebih cepat tahu, lebih cepat rawat & lebih selamat untuk anda & keluarga.
👩‍⚕️ Pakej Saringan Influenza di Klinik Nadi Iman Medical Bandar Kinrara 5:
✅ Ujian Influenza A & B
✅ Pemeriksaan penuh doktor
✅ Pemeriksaan darah (CBC) untuk kesan jangkitan sekunder
Keputusan segera — rawatan antiviral boleh mula terus jika diperlukan.
Jangan tunggu demam melarat.
Datang segera — jaga kesihatan diri & lindungi keluarga anda.
Walk-in terus di Klinik Nadi Iman Medical Bandar Kinrara 5 hari ini.

Apa yang ibu rasa dan apa yang berlaku pada baby dalam perut tak sama.Ada kes di klinik kami ibu rasa sihat je dan dia d...
30/06/2025

Apa yang ibu rasa dan apa yang berlaku pada baby dalam perut tak sama.
Ada kes di klinik kami ibu rasa sihat je dan dia datang ke klinik untuk buat pemeriksaan berkala.
Rupa-rupanya baby dalam perut dalam keadaan tak baik.
Sebab tu ibu mengandung digalakkan untuk buat baby scan pada setiap trimester.
Kenapa kena scan setiap trimester. Secara umumnya adalah untuk pastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik, sihat dan selamat.
Jadi baby scan pada setiap trimester adalah digalakkan.
Trimester 1 - Scan awal kehamilan. Ini adalah untuk sahkan kehamilan, pengiraan jangkaan kelahiran dan kedudukan bayi dalam rahim.
Trimester 2 - Scan struktur dan jantina. Tengok organ, tulang, jantina bayi.
Trimester 3 - Scan tumbesaran. Pastikan bayi membesar dengan normal dan cukup air ketuban.
Anda nak kami bantu dengan baby scan beserta konsultasi secara PERCUMA?
Doktor kami semuanya doktor perempuan dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia perubatan.
Promosi khas untuk bulan Julai sahaja. Datang scan di klinik kami dengan harga cuma RM50.
Apa yang anda akan dapat?
✅ 2 keping gambar scan 2d
✅Penjelasan yang detail
✅Boleh bawa pasangan dan anak-anak
Apa yg bole tgk dari scan 2d:
- tumbesaran bayi
- ⁠bole tgk anomaly bayi sekiranya ada (perkara yg tidak normal)
- ⁠degupan jantung bayi
- ⁠pergerakan bayi
- ⁠air ketuban
- ⁠jantina bayi
- ⁠kedudukan bayi
- ⁠kedudukan uri placenta
- ⁠berat bayi
- ⁠keadaan jantung bayi
Klik link sekarang dan Whatsapp untuk tempah sesi anda.

Ada ke kat sini isteri yang dah cuba banyak cara tapi masih belum ada rezeki zuriat?Dah lama TTC? Dah cuba macam-macam p...
30/06/2025

Ada ke kat sini isteri yang dah cuba banyak cara tapi masih belum ada rezeki zuriat?
Dah lama TTC? Dah cuba macam-macam petua tapi masih lagi belum ada rezeki?
Mungkin rahim anda yang bermasalah.
Apa kemungkinan masalah rahim yang akan menyebabkan seorang perempuan susah dapatkan zuriat?
Fibroid Rahim (Uterine Fibroids)
Ketumbuhan bukan kanser dalam rahim.
1.
Jika saiz besar atau berada di lokasi tertentu, boleh:
Menyukarkan perlekatan janin
Mengganggu tumbesaran janin
Menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang
2. Cyst Ovari / Endometrioma
Ketumbuhan berisi cecair pada ovari.
Jika endometrioma (berkaitan endometriosis), ia boleh:
Ganggu ovulasi (pengeluaran telur)
Hasilkan hormon yang tidak seimbang
3. Polip Rahim (Endometrial Polyps)
Ketumbuhan kecil dalam lapisan rahim.
Boleh menghalang penempelan janin (implantation).
Boleh sebabkan haid tak teratur atau pendarahan antara haid.
4. Rahim Bentuk Tidak Normal (Congenital Uterine Abnormalities)
Contoh: rahim berbentuk dua tanduk (bicornuate), rahim septum (bersekat).
Janin sukar melekat atau kehamilan tidak stabil.
5. Endometriosis
Tisu rahim tumbuh di luar rahim.
Boleh sebabkan sakit senggugut yang teruk & ganggu kesuburan.
Scan boleh bantu kesan endometrioma (cyst endometriosis).
6. Adenomyosis
Tisu lapisan dalam rahim tumbuh dalam dinding rahim.
Boleh sebabkan pendarahan berat dan sakit teruk, ganggu persekitaran rahim untuk hamil.
7. Penebalan Lining Rahim (Endometrial Hyperplasia)
Lining terlalu tebal kerana hormon tak seimbang.
Sukar untuk janin menempel, dan risiko kepada barah jika tidak dirawat.
Nak kami bantu buat pemeriksaan rahim anda dan dapatkan konsultasi dari perempuan yang berpengalaman lebih 10 tahun didalam bidang?
Promosi khas untuk bulan ini sahaja:
Scan rahim dan dapatkan konsultasi secara PERCUMA.
Apa yang anda akan dapat?
✅ 2 keping gambar diberikan
✅ Penjelasan yang detail
Slot dan tawaran adalah terhad. Klik Whatsapp sekarang untuk tempah sesi anda.

“Doktor, saya rasa cepat letih, selalu haus, dan berat badan makin turun… Tapi saya tak diet pun.”Itu antara keluhan bia...
17/05/2025

“Doktor, saya rasa cepat letih, selalu haus, dan berat badan makin turun… Tapi saya tak diet pun.”
Itu antara keluhan biasa yang kami terima di klinik. Ramai tak sedar itu sebenarnya tanda-tanda awal kencing manis.

Jangan tunggu sampai luka lambat sembuh atau penglihatan mula kabur.
Kencing manis ni ‘silent killer’ — datang senyap, bila sedar kadang-kadang dah kronik.

Antara tanda-tanda awal kencing manis yang anda perlu awasi:
• Cepat letih walaupun cukup tidur
• Kerap buang air kecil, terutamanya waktu malam
• Cepat lapar walaupun baru makan
• Haus berlebihan
• Berat badan turun tanpa sebab jelas
• Luka lambat sembuh
• Sering kebas tangan atau kaki

Kalau anda ada 2 atau lebih simptom di atas, jangan abaikan.

Datang buat pemeriksaan darah di Klinik Nadi Iman Medical
Kami bantu kesan awal, beri nasihat, dan rawatan yang sesuai untuk cegah dari melarat.

Call : 03-5882 1378
Whatapps : 016-3339405
Waze klinik : nadi iman medical puchong

Follow kami di
Facebook : Klinik Nadi Iman Medical Kinrara 5
Instagram : nadiimankinrara
Tiktok : nadiimankinrara

Untuk tahu banyak lagi info kesihatan yang bermanfaat

Jaga kesihatan anda, cegah sebelum parah


Demam berlarutan? Jangan tunggu, buat ujian influenza hari ini!”Jika anda alami demam tinggi, batuk kering, keletihan me...
17/05/2025

Demam berlarutan? Jangan tunggu, buat ujian influenza hari ini!”

Jika anda alami demam tinggi, batuk kering, keletihan melampau atau sakit badan — itu bukan sekadar demam biasa.
Ia mungkin Influenza, jangkitan virus yang mudah berjangkit & boleh jadi serius.

Jangan biar ahli keluarga lain dijangkiti.
Dapatkan kepastian dengan ujian influenza cepat & tepat!

Walk-in terus ke Klinik Nadi Iman Medical Kinrara Puchong

Waze klinik : nadi iman medical puchong

Rawat sebelum terlambat!


Address

No 5-0 Jalan BK 5A/3A Bandar Kinrara
Puchong
47180

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60358821378

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Nadi Iman Medical Kinrara 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Nadi Iman Medical Kinrara 5:

Share