Klinik Kesihatan Padang Sebang

  • Home
  • Klinik Kesihatan Padang Sebang

Klinik Kesihatan Padang Sebang Government clnic at alor gajah, melaka

Aktiviti fizikal di klinilk Klinik Kesihatan Padang Sebang
30/01/2026

Aktiviti fizikal di klinilk Klinik Kesihatan Padang Sebang

📢 Makluman Penting: Program Imunisasi MR-SIA 📢Program Measles Rubella Supplementary Immunisation Activity (MR-SIA) akan ...
28/07/2025

📢 Makluman Penting: Program Imunisasi MR-SIA 📢

Program Measles Rubella Supplementary Immunisation Activity (MR-SIA) akan bermula:
🗓️ 4 Ogos 2025 sehingga 30 Ogos 2025
📍 Di semua fasiliti kesihatan

👶 Sasaran:
kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 59 bulan iaitu mereka yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.

🎯 Tujuan program:
Untuk mengurangkan dan mencegah penularan penyakit Measles (Campak) dan Rubella dalam kalangan kanak-kanak.

✅ Cara mendapatkan suntikan tambahan:
a)Tempah slot melalui aplikasi MySejahtera
ATAU
b) Datang terus (walk-in) ke klinik kami.

💉 TIADA SEBARANG BAYARAN untuk program ini
‼️ PERCUMA sepenuhnya untuk semua kanak-kanak yang layak ‼️

Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi memastikan anak-anak terlindung daripada penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi.

Lindungi anak anda, lindungi komuniti.

Pejabat Kesihatan Daerah ALOR GAJAH


Yang menetap sekitar kawasan padang sebang
06-5547421
Yang menetap di kawasan pulau sebang
06-4414080

Boleh book melalui aplikasi mysejahtera ya...
16/07/2025

Boleh book melalui aplikasi mysejahtera ya...

13/09/2024

Admin pon kena ikut aerobik

07/09/2024

Selamat pagi warga Klinik Kesihatan Padang Sebang
Harini kita ada saringan kesihatan ya di Rumah Awam Pulau Sebang 3 ya...jangan lupa datang...

14/08/2024

Untuk makluman warga padang sebang dan sekitarnya..telefon kami ada mengalami masalah kerosakan buat sementara waktu...tetapi jangan khuatir ya semua...admin share ya nombor telefon klinik sementara...iaitu....

0143224136

Sesiapa yang ada keraguan boleh terus telefon nombor yang tertera ya😎😎😎😎😎

Send a message to learn more

Alang-alang admin da buka fb ni kan...mari sini admin nak beritahu warga semua yang hari AHAD ni ada  PROGRAM DOKTOR  PA...
14/08/2024

Alang-alang admin da buka fb ni kan...mari sini admin nak beritahu warga semua yang hari AHAD ni ada PROGRAM DOKTOR PAKAR PERUBATAN KELUARGA bersama masyarakat...di freeport A Famosa Outlet...Mana yang cuci mata tu dijemput singgah ya...mana tahu ada soalan yang terbuku di hati ke...kita boleh berbincang bersama...🥰

Assamualaikum semua warga penduduk padang sebang dan sekitarnya..maaf ya buat sementara waktu admin agak sibuk dengan pr...
14/08/2024

Assamualaikum semua warga penduduk padang sebang dan sekitarnya..maaf ya buat sementara waktu admin agak sibuk dengan proses renovation klinik...sampai admin pun tak sempat update facebook klinik maaf ya semua🙏🙏🙏

Jappppp belum habis tepek gambar lagi dari para misi kite
05/04/2024

Jappppp belum habis tepek gambar lagi dari para misi kite

05/04/2024

Maaf la min baru sempat nak buka phone..almaklumlah sibuk ini hari berkemas.....haaa ni ade ucapan dari warga kerja Klinik Kesihatan Padang Sebang khusus buat penduduk kg padang sebang...

Jatuh durian di dalam dusun...
Disusun elok di atas pedati...
Sepuluh jari cermat disusun...
Ampun dipinta dari hati...
...sekian dari admin🥰🥰🥰🥰🥰

Assalam dan salam sejahtera buat warga padang sebang dan sekitarnya...untuk makluman klinik akan menjalani proses penamb...
05/04/2024

Assalam dan salam sejahtera buat warga padang sebang dan sekitarnya...untuk makluman klinik akan menjalani proses penambahbaikan bermula 15 April ya semua..walaupun dalam keadaan agak sukar sedikit buat masa ni...admin percaya warga Klinik Kesihatan Padang Sebang akan cuba buat sehabis baik untuk klien2 kami

Address

Klinik Kesihatan Padang Sebang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Padang Sebang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business?

Share