14/09/2026
Kenapa kami perlu tahu masalah sakit anda terlebih dahulu?
Kadang-kadang ada keadaan yang boleh diterangkan terus, tetapi ada juga kes yang memerlukan sedikit penerangan dan penilaian terlebih dahulu โ terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah sakit yang lebih spesifik.
Tidak semua pesakit mengetahui nama atau diagnosis sebenar masalah yang mereka alami. Ada yang hanya menggunakan istilah biasa atau istilah lama untuk menerangkan sakit mereka. Sedangkan dalam bidang perubatan, sesuatu simptom mungkin mempunyai istilah dan pengkhususan yang berbeza.
Sebagai contoh, apabila kita pergi ke klinik atau hospital, doktor juga akan bertanya tentang keadaan, lokasi sakit, simptom dan sejarah masalah terlebih dahulu. Selepas mendapat gambaran yang lebih jelas, barulah doktor boleh mengenal pasti kemungkinan punca dan mencadangkan rawatan atau ubat yang sesuai.
Begitu juga dengan kami.
Kami perlu memahami terlebih dahulu apa masalah yang anda alami, tahap kesakitan dan keadaan semasa sebelum mencadangkan jenis rawatan yang sesuai.
Ini kerana setiap kes adalah berbeza, dan begitu juga dengan rawatan serta kosnya.
Jadi, sekiranya anda kurang pasti dengan nama penyakit atau masalah yang dialami, tidak mengapa. Anda boleh ceritakan sahaja apa yang anda rasa dan alami. Jika perlu, kami akan bantu mendapatkan gambaran yang lebih jelas melalui penerangan atau konsultasi secara bersemuka.
Tujuan kami bukan sekadar memberikan harga, tetapi memastikan rawatan yang dicadangkan bersesuaian dengan keadaan anda.
> Beritahu kami masalah yang anda alami dahulu.
Selepas kami faham keadaan anda, barulah kami boleh cadangkan pilihan rawatan yang lebih sesuai.