09/04/2025
Salu dengar ayat " Aku tak maafkan, ko merangkak la jumpa aku kt padang mahsyar "
atau " Aku tak halalkan , ko cari la aku kat padang mahsyar "
Allah,Sombongnya ayat tu. Kita kat padang mahsyar je dah 50,000 tahun. Ingat ye syurga bukan untuk orang sombong. Iblis di campak keluar dari syurga sebab sombong.
Katalah tinggal 1 langkah nak masuk syurga. Tapi di halang alasan ada orang nak jumpa .
Sedih tak? keciwa tak?
Belajar maafkan dari dunia ,supaya kita takde apa apa kaitan dengan org lain yang menyebabkan lambat masuk syurga.
Berdamai dengan takdir. Semua yang berlaku atas diri kita semua, Allah swt tau dan Allah izin berlaku. Sama ada baik ,buruk, sakit perit, derita,sengsara.
Ujian tu Allah swt nak cuci dosa lampau kita ,dosa yang kita dah lupa. Tapi tak minta ampun dengan Allah swt lagi. Allah swt bantu cuci dosa kita dengan ujian.
Tak lama pun menderita paling pun 60 tahun,atau 120 tahun kita hidup kat dunia ni. Lepas tu bebas dah.
Allah swt sendiri sebut dunia ini tempat ujian. Ujian kecil ujian besar ,setiap dari kita hamba Allah akan di uji.
Terima takdir Allah swt. Berdamai dengan diri.
Tips yang salu amalkan bila berhadapan situasi ujian ,
ye sakit, ye sedih, tapi sedar aku redha ya Allah atas ujian ini. semoga asbab ujian ini aku lagi dekat denganMu,lagi mencintaiMu ya Allah.
Ya Allah maafkan si pulan zahir batin, naikkan darjatnya, mudahkan urusannya dunia akhirat, rahmati hidupnya,tunaikan segala hajatnya,limpahkan rezeki yang melimpah ruah berkat dunia akhirat untuknya serta kau matikan dia dalam khusnul khatimah.aamiin.aku hadiahkan fatihah ini kepadannya.Al fatihah.
Doa banyak kali. Bila teringat sakit ujian tu ,terus doa dan hadiah fatihah. Kalu contoh 10 kali teringt kesakitan ujian tu dalam sehari doa dan hadiah di kirim 10 kali. Sampai kita bila teringt dah tak rasa sakit ujian tu. Tak kira berapa lama kita perlukan masa 1 bulan, 6bulan,3 tahun yang penting sampai kita redha atas ujian Allah swt.
Alhamdulilah, memang dah amalkan. Magicnya Allah swt balas dengan pelbagai rezeki dari pelbagai arah yang tak sangka. Allah swt bantu selesaikan semua urusan dan banyak lagi.
Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (13)]
Bukti cinta kita pada saudara kita hadiah fatihah dan doa yang baik2.
Muslihah Mahani
Memaafkan dan mendoakan.
Semoga kita semua rakan fb , umat islam redha setiap ujian yang Allah kirimkan kepada kita semua . Mendoakan kebaikan untuk orang yang telah sakiti kita serta ujian yang hadir dapat naikkan darjat dan Allah swt redha kepada kita semua didunia dan akhirat.Semoga Allah swt ganjarkan husnul khatimah untuk kita semua umat islam.aamiin.
゚viralシfypシ゚