COSHaW UCS

COSHaW UCS Pusat Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (Center for Occupational Safety, Health and

Assalamualaikum wbt,YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan,JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN PENYAKIT PEKERJAAN (NODiP) BAGI 100,...
22/08/2023

Assalamualaikum wbt,

YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN PENYAKIT PEKERJAAN (NODiP) BAGI 100,000 PEKERJA DI SEKTOR KRITIKAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKKP dengan kerjasama UiTM akan mengadakan Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan, Latihan Pekerja yang bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran bagi pengenalpastian penyakit pekerjaan di tempat kerja. Program Latihan Pekerja ini adalah salah satu program yang diberikan secara percuma kepada pekerja industri yang telah berdaftar dibawah Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan Kebangsaan (NODiP). Butiran program diadakan seperti ketetapan berikut:

Penceramah: Dr. Anza Bt Elias
Topik: ‘Adakah Saya Penghidap Penyakit Pekerjaan?’
Tarikh:25/08/2023 (Jumaat)
Masa:10.00 pagi – 11.00 pagi
Platform WEBEX: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=mfd4121b47c03950c0a62fa7287294dbe

3. Sehubungan dengan itu, pekerja-pekerja dari industri adalah dijemput untuk meluangkan masa bagi menyertai Program Latihan Pekerja. Selain itu juga, penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua pekerja yang berminat. Sijil virtual kepada pekerja dan mata CEP (OYK) juga turut diberikan mengikut terma dan syarat . Penyertaan dari staf UiTM adalah terhad kepada 100 peserta terawal dan akan diberikan jam latihan.

4. Kehadiran YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh disahkan melalui pautan berikut bagi tujuan kehadiran ke program latihan ini di (https://forms.gle/gjwqjdjpy5kaQg9UA). Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Kumpulan NODiP di talian 014 2253674 (Waktu Pejabat).

5. Kehadiran YBrs Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi melancarkan perjalanan program ini. Kerjasama daripada YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan,JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN PENYAKIT PEKERJA...
11/08/2023

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN PENYAKIT PEKERJAAN (NODiP) BAGI 100,000 PEKERJA DI SEKTOR KRITIKAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKKP dengan kerjasama UiTM akan mengadakan Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan, Latihan Pekerja yang bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran bagi pengenalpastian penyakit pekerjaan di tempat kerja. Program Latihan Pekerja ini adalah salah satu program yang diberikan secara percuma kepada pekerja industri di Malaysia dan juga yang telah berdaftar dibawah Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan Kebangsaan (NODiP). Butiran program diadakan seperti ketetapan berikut:

Penceramah : Dr. Azmi Farhan Bin Daim

Topik : Identification, Management, Prevention of Carpal Tunnel Syndrome Among Workers

Tarikh: 15 Ogos 2023 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi

Platform WEBEX : https://uitm.webex.com/uitm/j.phpMTID=m6043d76e3234c40e865082bd65bee119

3. Sehubungan dengan itu, pekerja-pekerja dari industri adalah dijemput untuk meluangkan masa bagi menyertai Program Latihan Pekerja. Selain itu juga, penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua pekerja yang berminat. Sijil virtual kepada pekerja dan mata CEP (OYK) juga turut diberikan mengikut terma dan syarat . Penyertaan dari staf UiTM akan diberikan jam latihan.

4. Kehadiran YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh disahkan melalui pautan berikut bagi tujuan kehadiran ke program latihan ini di (https://forms.gle/5d4UMR4wiRqte7Co9). Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Kumpulan NODiP di talian 014 2253674 (Waktu Pejabat).

5. Kehadiran YBrs Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi melancarkan perjalanan program ini. Kerjasama daripada YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Y.Bhg Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR KESELAMATA...
03/08/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan

JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PUSAT KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN KESEJAHTERAAN (COSHaW) SIRI 3/23: PANDUAN PENJAGAAN KENDERAAN DAN KESELAMATAN PEMANDUAN DI JALAN RAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Pusat Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Kesejahteraan (COSHaW) akan mengadakan webinar seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 Ogos 2023 (Jumaat)

Masa: 9.30 Pagi – 11.30 Pagi

Platform: Webex Meeting tm/j.php?MTID=mcfc72127c6881eea04fa457bba480e15

3. Sehubungan itu, Y.Bhg Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai webinar tersebut pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada En. Muhd Zulhelmi Md Shakkeri (0194540185) atau Pn. Suliana Mat Saud (019-2629366).

Segala kerjasama dan perhatian Y.Bhg Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan, amatlah diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Kepada Yang Berkenaan, YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan, JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PEN...
25/07/2023

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kepada Yang Berkenaan,

YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM LATIHAN PENCEGAHAN PENYAKIT PEKERJAAN (NODiP) BAGI 100,000 PEKERJA DI SEKTOR KRITIKAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKKP dengan kerjasama UiTM akan mengadakan Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan, Latihan Pekerja yang bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran bagi pengenalpastian penyakit pekerjaan di tempat kerja. Program Latihan Pekerja ini adalah salah satu program yang diberikan secara percuma kepada pekerja industri yang telah berdaftar dibawah Program Pencegahan Penyakit Pekerjaan Kebangsaan (NODiP). Butiran program diadakan seperti ketetapan berikut:

Topik : Let's discuss about Occupational Stress or Job Stress

Tarikh :27 Julai 2023 (Khamis)

Masa :11.00 pagi sehingga 12.00 pagi

3. Sehubungan dengan itu, pekerja-pekerja dari industri adalah dijemput untuk meluangkan masa bagi menyertai Program Latihan Pekerja. Selain itu juga, penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua pekerja yang berminat. Penyertaan dari staf UiTM adalah terhad kepada 100 peserta terawal dan akan diberikan jam latihan.

4. Kehadiran YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh disahkan melalui pautan berikut bagi tujuan kehadiran ke program latihan ini di (https://forms.gle/Knm2M6rpFFLDeFaV8). Sebarang pertanyaan berkaitan, pihak YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan Kumpulan NODiP di talian 014 2253674 (Waktu Pejabat).

5. Kehadiran YBrs Dr./Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi melancarkan perjalanan program ini. Kerjasama daripada YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

13/07/2023

🫁🫁Middle East Respiratory Syndrome (MERS) merupakan penyakit saluran pernafasan yang kebanyakannya dilaporkan di negara-negara Timur Tengah. Kes MERS yang dikenal pasti di luar Timur Tengah adalah mereka yang asalnya mendapat jangkitan di Timur Tengah dan kemudian mengembara keluar atau pulang ke kawasan lain

📌Jemaah Haji yang pulang dari Tanah Suci dinasihati agar memantau diri sendiri untuk gejala-gejala MERS dan segera mendapatkan rawatan jika menunjukkan gejala. MERS-CoV biasanya menyebabkan radang paru-paru dan boleh menyebabkan keadaan lain yang lebih serius, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.

SIRI TIPS KKP 10/23: SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN, TIPS MENCEGAH PENYAKIT DEMAM DENGGIAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,...
15/06/2023

SIRI TIPS KKP 10/23: SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN, TIPS MENCEGAH PENYAKIT DEMAM DENGGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Dato'/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan

Hari Denggi ASEAN disambut pada 15 Jun 2023 adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang ancaman demam denggi. Tema sambutan pada tahun ini adalah Ke Arah Sifar Kematian Denggi. Denggi merupakan sebuah ancaman global dan setempat dalam bidang kesihatan.

Poster berikut merupakan tips bagi mencegah daripada terkena penyakit demam denggi untuk rujukan dan panduan kepada semua warga. Semoga bermanfaat.

Sekian Terima Kasih

12/06/2023

Bagi Generasi Penamat yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan, kesalahan mereka tidak dikira sebagai satu kesalahan jenayah.

Sebaliknya, mereka akan dikenakan perintah khidmat masyarakat bagi tujuan pendidikan agar golongan ini mempunyai kesedaran untuk meninggalkan tabiat merokok termasuk rokok elektronik.

Oleh itu, orang awam tidak perlu bimbang terhadap yang dikuatkuasakan bagi melahirkan generasi muda bebas tanpa amalan merokok demi kesejahteraan bersama.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia telah disambut pada 28 April 2023 y...
12/06/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia telah disambut pada 28 April 2023 yang lalu. Tema sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia pada tahun ini ialah "Persekitaran Kerja Yang Selamat dan Sihat Merupakan Hak Asasi".

Pihak COSHaW ingin mengucapkan Selamat Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2023 kepada seluruh warga kerja UiTM.

Poster berikut merupakan tips bagi persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dijadikan panduan dan rujukan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia telah disambut pada 31 Mei 2023 yang lalu. Tem...
12/06/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia telah disambut pada 31 Mei 2023 yang lalu. Tema sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini ialah "Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan".

Pihak COSHaW ingin mengucapkan Selamat Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023 kepada seluruh warga kerja UiTM.

Poster berikut merupakan tips untuk berhenti daripada merokok untuk dijadikan panduan dan rujukan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 7 Jun sebagai Hari Kese...
12/06/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 7 Jun sebagai Hari Keselamatan Makanan Sedunia iaitu dengan tema “Safer Food, Better Health” (Makanan Selamat, Kesihatan Terjaga).

Oleh itu, sebagai pengguna bijak, sentiasa amalkan :

LIMA kunci keselamatan makanan berikut:

Jaga kebersihan
Asingkan makanan mentah dan sudah dimasak
Masak makanan dengan sempurna
Simpan makanan pada suhu selamat
Guna air dan bahan mentah yang bersih dan selamat

Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia
“Keselamatan Makanan, Tanggungjawab Bersama.”

TIPS KESELAMATAN PEJALAN KAKI: PERBEZAAN WARNA LINTASAN PEJALAN KAKI
10/03/2023

TIPS KESELAMATAN PEJALAN KAKI: PERBEZAAN WARNA LINTASAN PEJALAN KAKI

Selamat Menyambut Hari Pendengaran Sedunia Ikhlas daripada:Team COSHaW UCS
10/03/2023

Selamat Menyambut Hari Pendengaran Sedunia

Ikhlas daripada:
Team COSHaW UCS

Address

Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COSHaW UCS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share