14/05/2026
Ramai client dan pesakit-pesakit saya bertanya "akak mengurut ni ilmu keturunan ke..nenek atau mak tukang urut atau bidan ke?" Jawab saya jujur, ilmu yang saya ada sekarang adalah saya belajar dan berGuru.. bukan ilham dari mimpi atau dari keturunan saya yang turunkan ilmu ini..bukan juga ilmu saya ceduk pergi masuk kursus 3 4 hari terus bergelar perawat perbidanan. Dan sekarang saya masih berGuru dan terus belajar ilmu Perubatan Tradisional Melayu dan Perbidanan.
Ilmu Warisan Tok Syekh Buya Shamsudin. Ilmu bersanad. Ia adalah ilmu perubatan yang saya bawa sekarang ni.
Tuan Guru Syekh Buya Shamsudin Bin Hj Ismail bukan hanya pengamal perubatan Tradisional tetapi seorang Guru dalam Perbidanan Melayu. Beliau telah menurunkan ilmu Perbidanan Melayu kepada beberapa orang pengamal tradisional wanita sebelum ini antaranya, Khashidah bt Mohd Nordin, Norhayatie, Siti Mazidaton bt Sakiron dan juga saya Nurhashima bt Shafiee.
Beliau terlibat dalam Perubatan Melayu dan Perbidanan Melayu daripada umur 10 tahun melalui datuk dan nenek dari kedua-dua belah mak dan ayahnya dan juga dari ibunya sendiri. Jadi tidak hairanlah mengapa beliau boleh mengajar dan menurunkan ilmu Perbidanan Melayu kepada pengamal-pengamal wanita terkini.
Sepertimana jawapan saya kepada client dan pesakit² saya, secara peribadi saya tidak pernah belajar ilmu perubatan dan perbidanan Melayu, tetapi melalui pengajian dan pembelajaran dengan beliau, Alhamdulillah saya kini menjadi pengamal perubatan dan perbidanan melayu yang diiktiraf oleh KKM.
Oleh itu, mana² wanita yang berminat untuk mempelajari ilmu perubatan dan perbidanan Melayu amat dialu-alukan untuk datang berjumpa saya dan berbincang serta mendapatkan maklumat lanjut.
Hubungi saya: https://www.wasap.my/60197919668