10/06/2026
Hari ni sepatutnya ada prosedur membuang lipoma besar di bahu seorang pesakit muda berusia 23 tahun.
Namun semasa pemeriksaan sebelum prosedur, tekanan darah beliau didapati agak tinggi. Bila ditanya, rupanya ubat darah tinggi sudah tidak diambil selama lebih kurang seminggu.
Walaupun prosedur ini nampak ringkas, keselamatan pesakit tetap menjadi keutamaan. Tekanan darah yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko pelbagai komplikasi seperti pendarahan yang lebih banyak, tekanan darah meningkat lebih tinggi semasa prosedur dan risiko-risiko lain yang tidak kita inginkan.
Jadi malam ini, kita membuat keputusan untuk menangguhkan dahulu prosedur tersebut.
Tidak mengapa, adik. Kesihatan lebih penting daripada tergesa-gesa melakukan prosedur.
Makan ubat seperti yang disarankan, kawal tekanan darah dengan baik, dan InsyaAllah minggu hadapan kita jumpa semula. Bila tekanan darah sudah lebih terkawal, barulah prosedur dapat dilakukan dengan lebih selamat dan tenang.
Kadang-kadang, keputusan terbaik bukanlah untuk meneruskan prosedur, tetapi mengetahui bila masa yang sesuai untuk menangguhkannya demi keselamatan pesakit.
InsyaAllah.