Ikhtiar Pengubatan Kerohanian

Call Directions Website Contact the business

Ikhtiar Pengubatan Kerohanian PEngamal SUmber ROHaniah
100% menggunakan kaedah DOA & UPAYAROHANI. Perkongsian kisah rawatan. Panggilan telefon/whatsapp/messenger
2. Tetapkan temujanji
5.

[ MAKLUMAN ]
-----------------
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข
-----------------

IKHTIAR PENGUBATAN KEROHANIAN

โ˜Ž๏ธ Tuan Shahdan / Based Putrajaya / Freelance

โ™จ๏ธ Perkhidmatan pengubatan alternatif bagi Pesakit yang memilih untuk berubat masalah gangguan jin dan sihir menggunakan KAEDAH DOA dan UPAYA ROHANI. Pesakit akan dibimbing untuk menilai sakit gangguan yang dialami dengan akal yang BEBAS khurafat dan syirik. Kaedah pengubatan yang santai, dekat dengan sunnah Rasullullah SAW dan tidak bersalahan dengan hukum syarak.

๐Ÿ“› Perhidmatan yang disediakan adalah khusus menangani masalah gangguan seperti :
โœ”๏ธ Gangguan Jin
โœ”๏ธ Sihir
โœ”๏ธ Zat Jahat
โœ”๏ธ Dinding Diri
โœ”๏ธ Pemulihan Premis

โฐ Langkah-langkah yang perlu dibuat :
1. Kenalkan diri Tuan/Puan dan dari mana
3. Nyatakan masalah/gangguan yang dihadapi
4. Diagnos dan khidmat nasihat (tangani minda khurafat)
6. Pengubatan
7. Pemulihan Premis mengikut jenis rumah/pejabat/kilang (sekiranya perlu)
8. Pengubatan ulangan bergantung kepada tahap kesihatan diri Pesakit

โš ๏ธ Reminder
sebarang cancellation perlu dibuat sehari sebelum๐Ÿ“Œ

Pesakit perlu memakai pelitup muka (face mask) ketika hadir dengan ditemani mahram, memastikan diri tiada gejala covid19 (demam on-off, batuk, selesama etc) ๐Ÿ“Œ

Pesakit diminta untuk datang tepat pada waktunya bagi mengelakkan slot temujanji seterusnya menunggu ๐Ÿ˜Š

Drive safe...See you โœŒ

๐Ÿ“ Ikhtiar Pengubatan Kerohanian / Blok B Fasa 18R13 Presint 18, 62150 Putrajaya

๐Ÿš— Landmark
Waze Petronas Presint 18, laluan belakang Petronas untuk ke parking basement lif blok B

๐˜พ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™†๐™ƒ๐™๐™„๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐™๐˜ฝ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™๐™Š๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™‰ โ€“ ๐™Š๐™‚๐™Š๐™ŽPesakit 1"Badan rasa semangat dan fikiran pun dah tak pening atau serabut. A...
04/09/2026

๐˜พ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™†๐™ƒ๐™๐™„๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐™๐˜ฝ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™๐™Š๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™‰ โ€“ ๐™Š๐™‚๐™Š๐™Ž

Pesakit 1
"Badan rasa semangat dan fikiran pun dah tak pening atau serabut. Ada perubahan yang baik.

Alhamdulillah perubahan yang
baik tu ada. Sakit sakit badan banyak yang beransur pulih..emosi pun banyak tenang dari sebelum ni..Alhamdulillah banyak perubahan dengan izin Allah.."

Pesakit 2
โ€œEmosi ada perubahan, gatal-gatal tiada.

Alhamdulillah ada perubahan selepas buat perubatanโ€

Pesakit 3
Emosi & Perasaan (Risau/ Trauma):
(Adakah perasaan sudah kembali
normal / makin berkurangan / atau masih kerap berdebar?)
Jawapan: normal

Perubahan Positif:
(Apa-apa kesan baik yang Cik
rasai dari segi fizikal atau emosi
setakat ini?)
Jawapan: kurang down

***

Sepanjang bulan Ogos, pesakit yang hadir untuk berikhtiar melalui kaedah kerohanian datang daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Ada yang berdepan dengan gangguan yang dipercayai berkaitan dengan cabaran dalam pekerjaan hakiki, khususnya mereka yang sentiasa berhadapan dengan individu yang mempunyai latar belakang amalan atau kepercayaan yang bercanggah dengan syariat.

Ada juga pesakit yang telah lama berdepan dengan masalah fizikal, bertahun lamanya diuji, dan pada masa yang sama merasakan wujudnya gangguan mistik. Dalam keadaan sebegini, bukan sahaja kesembuhan yang diharapkan, tetapi pesakit juga memerlukan sokongan, kata-kata semangat serta bimbingan agar dapat kembali membina keyakinan diri dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Selain itu, terdapat juga yang hadir untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian diri selepas berdepan dengan tuduhan serta salah faham sehingga dirinya dikaitkan sebagai punca kepada masalah hubungan yang berlaku.

Dalam situasi seperti ini, saya cuba membantu pesakit memahami keadaan yang sedang dihadapi, di samping memberikan bimbingan agar hati lebih tenang, menerima keadaan dengan reda dan tidak terus dibelenggu oleh perkara yang belum pasti.

Setiap pesakit mempunyai kisah dan latar belakang yang berbeza.

Ada yang dengan izin Allah merasakan perubahan yang baik selepas sesi rawatan pertama. Ada juga yang saya cadangkan untuk meneruskan sesi berikutnya atau melakukan pemulihan rumah berdasarkan penilaian terkini terhadap keadaan mereka.

Namun begitu, segala cadangan tersebut hanyalah pilihan. Tiada paksaan kepada mana-mana pesakit untuk meneruskannya. Apa yang saya lakukan hanyalah sebahagian daripada usaha yang kecil. Kesembuhan hakikatnya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan, mengangkat segala kesulitan dan menunjukkan sebanyak-banyak jalan menuju kebaikan serta kesembuhan atas setiap ujian yang sedang dihadapi.

โ€œBerubat itu ikhtiar, sembuh itu anugerah Allah.โ€

โœจ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ.

๐™„๐™†๐™ƒ๐™๐™„๐˜ผ๐™ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐™๐˜ฝ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™๐™Š๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™„๐˜ผ๐™‰


15/07/2026

๐˜ฟ๐™„ ๐™Ž๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™‡๐™„๐™† ๐˜ผ๐™Ž๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฝ

Bila raga direntap gundah, sihir dan iblis menumpang tari, tika langkah merangkak mencari penawar diri.
Berikhtiarlah pada yang ahli, pada tangan yang mengerti, bukan menadah harap pada yang kelam dan sembunyi.

Buka mata, nilailah kaedah serta caranya,
Biar terang bersuluh, jauh dari keraguan yang menyiksa.
Dengarkan bait bicaranya memecah sepi,
Yang meniti di bibir, mendahulukan Allah Tuhan Ilahi, disulam rindu pada Rasul, junjungan yang suci.

Di ruang rawat itu, aqidah dipasak kembali,
Syarak dipelihara laksana menatang kaca yang rapuh.
Bukan sekadar menepis jin dan bayang kejahatan, tetapi akal disuap cahaya, dada disiram kefahaman.

Namun ketahuilah, wahai hati yang sedang diuji, tangan yang merawat ini hanyalah hamba yang faqir.
Sekadar menyusun asbab, menghulur secebis ikhtiar, kerana hakikat kesembuhan itu... mutlak kerja Tuhan Yang Maha Besar.

Maka di hujung lelahmu mencari penawar, jangan kau letak takjubmu pada manusia yang serba kurang.
Yang harus dipandang, dipuja dan disandar harapan, hanyalah Tuhan... bukan sang perawat yang sekadar menumpang jalan.

Tuan Shahdan
Ikhtiar Pengubatan Kerohanian

09/06/2026

Ada orang kata IG ni tak payah beramal maknanya takde amalan, betul ke Ayah Su? Sebab lepas diijazahkan terus โ€˜gerakโ€™. Persoalannya macam mana boleh jadi macam tu?

Hang kalau bangun pagi pastu terus bangkit pi tandas, hang perlu buat ke dulu amalan gerak bangkit dan pi tu?

Tak.

Maknanya bukan ke situ sepatutnya hang tanya Ilmu Gerak ni.

Dah tu nak tanya apa?

Tanyalah lagu ni, pergerakan bangkit dan pi tandas tu mai dari mana? Haa, huraian tentang tu nantinya akan membuka faham llmu Gerak ni kat hang.

Mai dari mana?

Allah.

Huraikanlah Ayah Su.

Nak hurai apa lagi, hang pi ngaji Usuludin lah.

3 bulan kemudian.

Dah tau dah Ayah Su. Bila ternafi kam munfasil pada afโ€™al Allah bermakna quwwah dan tabiat makhluk tak memberi bekas.

Hang ngaji Usuludin (ilmu Tauhid) dengan sapa?

Dengan ustaz Wan kat masjid.

Cantikโ€ฆ cantik.

Jadinya macam mana orang yang sebelum ni tak reti bergayong boleh reti p**ak kalau sekadar dah tahu ilmu Tauhid?

Sebab hang tak tau macam mana nak pakai ilmu Tauhid yang ada kat dada hang tu.

Pakai?! Nak pakai ilmu Tauhid tu macam mana? Hurailah lagi Ayah Su.

Nak pakai dia mula-mula hang kena tau macam mana jalan nak mengamalkan ilmu Tauhid yang hang dah tau tu.

Macam mana cara nak mengamal? Tak dak dalam Usuludin.

Sungguhlah tak dak dalam Usuludin. Bab mengamal ni hang kena mengaji Usul Tahkik.

3 tahun kemudian.

Hang ada apa lagi nak tanya?

Tak dak apa dah Ayah Su. Semuanya jelas dah.

Sin, makrifah (Usul Tahkik) yang hang dah alami tu lebih besar berbanding Ilmu Gerak yang hang tanyakan dulu tu. Dia (Ilmu Gerak) jadi besar sebab kebesaran makrifah tu. Tanpa makrifah kelebihan hang hanya menumpang ijazah. Ilmu Gerak hanyalah secebis kecil manfaat duniawi yang tidak terpisah darinya.

Faham, Ayah Su.

Sambil menutup kenangan dulu dari renungan, Muhsin beransur-ansur bangun meninggalkan pusara Ayah Su. Nasihat Ayah Su masih kekal terpahat dihatinya sehingga kini.

โ€”โ€”โ€”-
Tajuk: Permainan Ilmu Gerak
Episod: Usul
Bahagian 1
TAS

[๐™๐™€๐™Ž๐™๐™„๐™ˆ๐™Š๐™‰๐™„: ๐™Ž๐˜ผ๐™†๐™„๐™ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐™‡๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐˜ฝ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰-๐˜ฝ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰ & ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™”๐˜ผ ๐™†๐˜ผ๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐™ˆ๐™€๐˜ฟ๐™„๐˜ผ๐™๐™Š๐™]Syukur Alhamdulillah. Hari ini saya ingin berkongsi sat...
04/06/2026

[๐™๐™€๐™Ž๐™๐™„๐™ˆ๐™Š๐™‰๐™„: ๐™Ž๐˜ผ๐™†๐™„๐™ ๐™†๐™€๐™‹๐˜ผ๐™‡๐˜ผ ๐˜ฝ๐™€๐™๐˜ฝ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰-๐˜ฝ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‰ & ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™”๐˜ผ ๐™†๐˜ผ๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐™ˆ๐™€๐˜ฟ๐™„๐˜ผ๐™๐™Š๐™]

Syukur Alhamdulillah. Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah rawatan yang penuh pengajaran untuk dijadikan iktibar kita bersama.

๐Ÿ“Œ ๐™†๐™ง๐™ค๐™ฃ๐™ค๐™ก๐™ค๐™œ๐™ž & ๐™Ž๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ฉ๐™ค๐™ข
Seorang pesakit datang menemui saya selepas menderita sakit kepala hampir setiap hari selama berbulan-bulan. Beliau datang ditemani ibunya. Namun setibanya di tempat rawatan, saya mendapati sang ibu sebenarnya menunjukkan simptom gangguan jin yang jauh lebih ketara, manakala simptom pada pesakit p**a sekadar 10% sahaja. Mengikut kronologi, si ibu baru sahaja diganggu sekitar 2 bulan, manakala si anak p**a sudah menanggungnya jauh lebih lama dari itu.

๐Ÿ” ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™– ๐™Ž๐™š๐™—๐™š๐™ฃ๐™–๐™ง ๐™๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–๐™ฌ๐™–๐™—
Bagi mencari punca, saya melakukan sesi soal jawab yang teliti. Akhirnya, pesakit tercerita kisah tubuhnya pernah dijadikan sebagai 'Mediator' (jin dimasukkan ke dalam badan) oleh seorang perawat bertujuan mengubati ahli keluarga yang sakit walhal sebelum ini beliau sihat dan bukanlah pesakit gangguan jin. Pesakit mengesahkan, episod sakit kepala kronik itu mula menyerang sejurus selepas peristiwa hitam tersebut berlaku.

Kaedah mediator ialah satu kaedah rawatan gangguan jin di mana pengamal perubatan menggunakan tubuh badan orang ketiga (mediator/perantara) sebagai wadah untuk memasukkan jin yang mengganggu pesakit.
Secara ringkasnya, jin yang berada di dalam badan pesakit "dipindahkan" atau dipanggil masuk ke dalam tubuh mediator untuk berkomunikasi, disoal siasat, atau dihancurkan oleh perawat. Pesakit utama biasanya akan sedar atau berehat, sementara mediator p**a yang akan mengalami keadaan tidak sedar diri atau dirasuk.

โš ๏ธ ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™ฎ๐™– ๐™†๐™–๐™š๐™™๐™–๐™ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™ž๐™–๐™ฉ๐™ค๐™ง & ๐™†๐™š๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™…๐™ž๐™ฌ๐™–
Saya terus memberi nasihat bahawa Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan telah mewartakan kaedah rawatan menggunakan mediator adalah HARAM.

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/742-al-kafi-648-perawat-menurun-dalam-rawatan

Bukan sahaja fizikal terjejas, emosi pesakit juga rosak kerana memendam pelbagai persoalan ("Adakah jin betul-betul dah keluar?", "Bagaimana kalau jin masuk balik?"). Kerana kasihan, selain menjalankan kaedah rawatan kerohanian, saya mengambil masa menjawab segala kekusutan mindanya secara tuntas sehingga air mukanya kembali lega dan tenang.

โœจ ๐™†๐™š๐™จ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™๐™–๐™ฃ ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™‰๐™ฎ๐™–๐™ฉ๐™–
Dengan izin Allah, di akhir rawatan, sakit kepala yang ditanggung pesakit terus hilang secara tiba-tiba.

Menerusi maklum balas gembira selepas 10 hari yang saya terima:
Pesakit (Adik): Sakit kepala dah pulih sepenuhnya. Tiada lagi serangan sakit kepala yang teruk seperti dulu.
Ibu Pesakit: Tiada lagi wujud simptom gangguan jin.

MasyaAllah, kita hanya berikhtiar dengan jalan yang diredoiNya, Allah jua yang menyembuhkan. Terima kasih atas maklum balas ikhlas ini.

Surah Asy-Syu'ara' (26:80):

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุฑูุถู’ุชู ููŽู‡ููˆูŽ ูŠูŽุดู’ูููŠู†ู ูจู 

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

239

๐™Ž๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ ๐˜ฝ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™…๐™ž๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™œ๐™ž, ๐™๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ก๐™ž ๐™†๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™„๐™ก๐™–๐™๐™žDalam banyak sesi rawatan yang saya kendalikan, ad...
23/05/2026

๐™Ž๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ ๐˜ฝ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™…๐™ž๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™œ๐™ž, ๐™๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™†๐™š๐™ง๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ก๐™ž ๐™†๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™„๐™ก๐™–๐™๐™ž

Dalam banyak sesi rawatan yang saya kendalikan, ada satu perkara yang sering merisaukan saya apabila seseorang pesakit terlalu fokus kepada sisi mistik semata-mata.

Fikiran mereka dipenuhi persoalan:
โ€œJin apa yang ganggu aku?โ€
โ€œSiapa yang hantar?โ€
โ€œIni saka, sihir atau santau?โ€
โ€œHantu Raya, Polong atau Pocong?โ€

Sedikit demi sedikit, rasa takut itu mula menguasai diri.

Setiap bunyi di rumah mula dikaitkan dengan gangguan. Setiap bayang dianggap petanda.
Hati menjadi gelisah, fikiran bercelaru, emosi p**a semakin lemah.

Akhirnya, kita hidup dalam ketakutan yang dicipta oleh fikiran sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Apabila Allah mengizinkan kita diuji dengan gangguan, ketahuilah bahawa ujian itu bukan untuk menjauhkan kita daripada-Nyaโ€ฆ tetapi untuk membawa kita kembali dekat kepada-Nya.

Jangan terlalu sibuk memikirkan jin sehingga terlupa kepada Tuhan yang menciptakan jin.

Hakikatnya, jin hanyalah makhluk yang lemah.
Mereka tidak mampu memberi mudarat walau sebesar zarah kecuali dengan izin Allah.

Semakin kita melayan ketakutan, semakin hati menjadi lemah. Tetapi semakin kita bergantung kepada Allah, semakin kuat jiwa kita.

Fokuslah kepada Penyembuh, bukan terlalu tenggelam memikirkan penyakit.

Ingatlahโ€ฆ
Rasulullah SAW juga diuji dengan pelbagai kesusahan, dihina, disakiti dan ditentang. Namun Baginda tidak pernah putus berharap kepada Allah.

Maka ujian yang kita lalui hari ini sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan perjuangan Baginda.

Kadang-kadang, kesembuhan itu bukan bermula apabila gangguan hilangโ€ฆ

Tetapi apabila hati mula tenang.
Apabila jiwa mula kembali mengenal tuhan.
Apabila solat mula dijaga.
Apabila doa mula sungguh-sungguh.
Apabila air mata taubat mula jatuh kerana-Nya.

Di situlah bermulanya penyembuhan yang sebenar.

Rawatan kerohanian ini bukan sekadar ikhtiar menangani gangguan, tetapi jalan untuk membawa hati kembali bertauhid, kembali bergantung dan berharap hanya kepada Allah.

Nasihat ikhlas saya,

โ€œJangan jadikan jin sebagai โ€˜bintang utamaโ€™ dalam hidup kita. Jadikan Allah sebesar-besar pergantungan dalam hati kita. Kerana apabila hati kembali kepada Allah, di situlah datangnya ketenangan dan kekuatan yang sebenar.โ€

Semoga setiap ujian menjadi asbab kita lebih dekat kepada-Nya untuk mengenali-Nya.

[๐™๐™€๐™Ž๐™๐™„๐™ˆ๐™Š๐™‰๐™„ ๐™๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰: ๐™†๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ ๐™ˆ๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ ๐™• ๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™‹๐™Š๐™๐™ ๐˜ฟ๐™„๐˜พ๐™†๐™Ž๐™Š๐™‰]"Alhamdulillah, minda lebih terbuka... Segalanya balik kepada Allah. ...
13/05/2026

[๐™๐™€๐™Ž๐™๐™„๐™ˆ๐™Š๐™‰๐™„ ๐™๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰: ๐™†๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ ๐™ˆ๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ ๐™• ๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™‹๐™Š๐™๐™ ๐˜ฟ๐™„๐˜พ๐™†๐™Ž๐™Š๐™‰]

"Alhamdulillah, minda lebih terbuka... Segalanya balik kepada Allah. Tanpa izin-Nya semua ini tidak akan berlaku."

Hari ini saya ingin berkongsi kisah rawatan seorang pesakit dari Port Dickson iaitu Mama Z, yang datang bertemu saya dengan keluhan sakit fizikal yang berpanjangan.

โš ๏ธ ๐™Ž๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ฉ๐™ค๐™ข & ๐˜ฟ๐™ž๐™–๐™œ๐™ฃ๐™ค๐™จ ๐˜ผ๐™ฌ๐™–๐™ก
Beliau mengadu mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian belakang badan hingga membawa ke bahagian siku tangan sebelah kiri. Namun, melalui sesi diagnos awal menggunakan Borang Diagnos, petanda menunjukkan terdapat unsur gangguan jin pada diri beliau.

โš”๏ธ ๐™„๐™ ๐™๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ง ๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ง๐™ค๐™๐™–๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ฃ
Dalam sesi rawatan tersebut, fokus utama saya adalah untuk menghalau jin yang mengganggu dengan cara menyakiti jin tersebut serta memusnahkan zat jahat. Setelah selesai, dengan izin Allah, diri pesakit di โ€˜dindingโ€™ sebagai langkah perlindungan secara adatnya.

๐Ÿ” ๐™‹๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™– ๐™‚๐™–๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช๐™–๐™ฃ & ๐™Ž๐™–๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐™๐™ž๐™ฏ๐™ž๐™ ๐™–๐™ก
Satu perkara menarik yang saya temui semasa rawatan berhadapan ialah sakit pada bahagian belakang badan hingga ke tangan kiri itu sebenarnya cenderung kepada masalah fizikal dan tidak berkaitan langsung dengan gangguan jin. Dapatan saya ini selari (sync) dengan maklum balas terkini daripada pesakit sendiri. Justeru, saya telah menyarankan beliau untuk meneruskan ikhtiar melalui rawatan alternatif fizikal seperti bekam atau urutan tradisional bagi mengatasi masalah tersebut.

๐Ÿ“ˆ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ค๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™Ž๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ 2 ๐™ˆ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™ช
Syukur Alhamdulillah, maklum balas terkini menunjukkan rawatan menangani gangguan jin tempoh hari membuahkan hasil:
โ€ข โœ… Tiada lagi wujud simptom gangguan jin.
โ€ข โœ… Emosi lebih stabil dan tenang.
โ€ข โœ… Minda lebih terbuka dan positif.
โ€ข โœ… Badan terasa ringan selepas mengamalkan mandian air doa dan air minuman yang dibekalkan.

Segala kesembuhan itu datangnya hanya daripada Allah SWT, kita sebagai hamba hanyalah berikhtiar dengan kaedah yang diredhai-Nya. Terima kasih Mama Z atas kepercayaan yang diberikan. Semoga puan terus dikurniakan kesihatan yang afiyat dan kesembuhan yang sempurna, amin.

***

โœจ Al-Ikhlas 112:2

ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูฑู„ุตู‘ูŽู…ูŽุฏู

Allah tempat meminta segala sesuatu.

238

๐˜ผ๐™‡-๐™†๐˜ผ๐™๐™„  #648: ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™ "๐™ˆ๐™€๐™‰๐™๐™๐™๐™‰" ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰Soalan: Apakah hukum berubat dengan seseorang dengan kaedah โ€œmenurunโ€?Jawa...
03/05/2026

๐˜ผ๐™‡-๐™†๐˜ผ๐™๐™„ #648: ๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™ "๐™ˆ๐™€๐™‰๐™๐™๐™๐™‰" ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐™๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰

Soalan: Apakah hukum berubat dengan seseorang dengan kaedah โ€œmenurunโ€?

Jawapan:

Menurun adalah satu keadaan di mana seseorang itu dikuasai oleh jin atau jin-jin yang meresap dalam jasad, menyebabkan individu berkenaan tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri. Upacara-upacara dan tindak-tanduk yang dilakukan setelah itu bergantung kepada tujuan menurun itu dilakukan.

Menurun ini dapat difahami dalam tiga bentuk; tahdir al-arwah (menghadirkan roh-roh) ataupun tanasukh al-arwah (persalinan roh/reinkarnasi) dan istinzal al-arwah. Kebiasaannya ia merujuk kepada kaedah yang sama. Bomoh atau pawang yang sedang melakukan rawatan akan โ€œberubahโ€ menjadi โ€œindividu lainโ€ dengan suara dan perwatakan yang berbeza. Ada yang memperkenalkan diri sebagai Bonda, Raja Bunian, pahlawan tertentu atau wali-wali dan nabi-nabi tertentu.

Memetik fatwa oleh Syeikh Mutawalli al-Syaโ€™rawi berhubung amalan tahdir al-arwah, beliau menyatakan bahawa ianya tidak mempunyai asas daripada al-Qurโ€™an dan al-Sunna serta satu pembohongan semata-mata. (al-Fatawa, m. 19)

Firman Allah SWT,

ูˆูŽู‚ูŽูŠู‘ูŽุถู’ู†ูŽุง ู„ูŽู‡ูู…ู’ ู‚ูุฑูŽู†ูŽุงุกูŽ ููŽุฒูŽูŠู‘ูŽู†ููˆุง ู„ูŽู‡ูู…ู’ ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฃูŽูŠู’ุฏููŠู‡ูู…ู’ ูˆูŽู…ูŽุง ุฎูŽู„ู’ููŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽุญูŽู‚ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู„ู ูููŠ ุฃูู…ูŽู…ู ู‚ูŽุฏู’ ุฎูŽู„ูŽุชู’ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ูู‡ูู…ู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูู†ู‘ู ูˆูŽุงู„ู’ุฅูู†ู’ุณู ุฅูู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูƒูŽุงู†ููˆุง ุฎูŽุงุณูุฑููŠู†ูŽ

Maksudnya: Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).

(Surah Fussilat: 25)

Melibatkan bantuan daripada jin adalah salah satu bentuk syirik kepada Allah SWT. Walaupun ianya mungkin boleh berhasil (dengan izin Allah jua), amalan tersebut tetap bersalahan dengan syarak, berdasarkan ayat al-Qur'an di atas. Jin dan syaitan akan sedaya upaya menyesatkan manusia dengan pelbagai cara apatah lagi yang kelihatannya baik dan tidak bertentangan dengan Islam.

Kesimp**an

Firman Allah SWT,

ูˆูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูุฌูŽุงู„ูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฅูู†ู’ุณู ูŠูŽุนููˆุฐููˆู†ูŽ ุจูุฑูุฌูŽุงู„ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฌูู†ู‘ู ููŽุฒูŽุงุฏููˆู‡ูู…ู’ ุฑูŽู‡ูŽู‚ู‹ุง

`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

(Sura al-Jin: 6)

Kami berpandangan bahawa pengamalan menurun adalah syirik dan haram dilakukan. Bagi yang pernah terlibat, hendaklah bertaubat kepada Allah SWT. Mesyuarat Panel Kajian Aqidah ke-25/2003 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil keputusan bahawa pengamalan tahdhir arwah adalah haram. Kami menyeru umat Islam supaya meninggalkan amalan-amalan yang membawa kepada syirik dan khurafat dan mempercayainya. Usaha dan ikhtiar yang ingin dilakukan untuk merawat apa jua masalah, hendaklah menepati kehendak syarak.

Menurun adalah satu keadaan di mana seseorang itu dikuasai oleh jin atau jin-jin yang meresap dalam jasad, menyebabkan individu berkenaan tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri. Upacara-upacara dan tindak-tanduk yang dilakukan setelah itu bergantung kepada tujuan menurun itu dilakukan.

02/05/2026

InsyaAllah rawatan hari ini :
1. Pesakit di Lenggeng, Negeri Sembilan
2. Pesakit dari Port Dickson, Negeri Sembilan

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
1 Syawal 1447H / 21 Mac 2026

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026M

Address

Jalan P18B
Putrajaya
62150

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60149320633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhtiar Pengubatan Kerohanian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ikhtiar Pengubatan Kerohanian:

Shortcuts

Share