17/10/2025
Ramai orang yang baru mula menyimpan emas tertanya-tanya, “Mana lebih baik, dinar atau goldbar?”
Jawapannya bergantung pada tujuan kita menyimpan. Tapi jika nak dibandingkan dari sudut kelebihan tertentu, dinar emas memang ada beberapa keistimewaan tersendiri yang menjadikannya lebih menarik berbanding goldbar.
Berikut 4 sebab utama kenapa simpan dinar lebih baik berbanding goldbar dalam beberapa keadaan:
1. Dinar ada nilai sejarah dan simbol Islam yang kuat
Dinar bukan sekadar emas fizikal, tapi ia membawa makna dan nilai spiritual.
Sejak zaman Rasulullah SAW, dinar digunakan sebagai mata wang perdagangan yang adil dan stabil, bebas daripada riba dan turun naik nilai mata wang kertas.
2. Dinar mudah dijual dan dikenali luas
Reka bentuk dan berat dinar (biasanya 4.25g bagi 1 dinar) menjadikannya standard antarabangsa yang mudah dikenali dan diterima ramai.
Bila nak jual semula, urusannya selalunya lebih mudah sebab ramai yang tahu berat dan ketulenan dinar.
3. Nilai kecil, mudah untuk transaksi
Satu dinar bersamaan lebih kurang 4.25g. Jumlah yang kecil tapi bernilai tinggi.
Ini menjadikan dinar mudah digunakan untuk urus niaga kecil atau sebagai hadiah bernilai, berbanding goldbar yang biasanya lebih besar (5g, 10g, 50g, 100g dan ke atas).
4. Simbol warisan dan aset boleh diwarisi
Dinar sering dianggap lambang maruah dan warisan keluarga, terutama dalam budaya Islam.
Ramai yang menjadikan dinar sebagai pemberian berharga kepada anak-anak atau sebagai mahar perkahwinan, sebab nilainya kekal dan berkatnya tinggi.
Kepada anda yang nak buat pembelian goldbar dan dinar. Boleh terus wasap.my/60132118465/gbgold