05/08/2026
🩸 Senggugut Teruk (Dysmenorrhea) Tiap Bulan? Fahami Punca & Rawat Cara TCM 🌿
Jangan anggap sakit period teruk tu biasa! Kalau sampai terpaksa ambil painkiller atau MC setiap bulan, tubuh anda sedang hantar isyarat klinikal.
🔍 Kenapa Boleh Sakit Ekstrem?
Prinsip TCM: "Aliran terhalang = Sakit".
Jika senggugut anda datang pakej dengan tangan/kaki sejuk dan rasa lega bila letak heat pad, puncanya adalah "Zhong Jiao Xu Han" (Rahim & Sistem Pencernaan Sejuk).
Bila rahim terlalu sejuk, ia tiada tenaga (Yang energy) untuk menolak darah keluar. Darah beku (Stasis) tersumbat, rahim mengecut lebih kuat, dan terjadilah kesakitan akut. 💥
💡 2 Intervensi Pantas di Rumah (Home Remedies)
☕️ 1. Teh Halia Gula Merah (Panaskan Rahim)
Fungsi: Halia menyingkirkan "Sejuk" (Cold), gula merah memecahkan darah beku.
Cara: Rebus 3-5 hiris halia segar + 2 ketul gula merah (5 minit). Minum 3 hari sebelum kitaran bermula atau ketika sedang sakit.
👆 2. Terapi Akupresur "Four Gates" (Tahan Sakit Alami)
Urut 2 titik ini secara membulat selama 1-3 minit (kiri & kanan) sehingga terasa lenguh/kebas untuk melancarkan peredaran saraf & peredaran darah:
He Gu (Tangan) ✋: Bahagian otot paling timbul antara ibu jari dan jari telunjuk.
Tai Chong (Kaki) 🦶: Lekukan antara tulang ibu jari kaki dan jari kaki kedua.
👩⚕️ Pesanan Pakar TCM
❌ Strictly NO Ice/Cold Drinks semasa kitaran haid. Pastikan perut sentiasa hangat.
⚠️ Jika kesakitan sangat kronik dan tiada perubahan, dapatkan diagnosis TCM segera. Ia mungkin simptom kepada isu reproduktif seperti Endometriosis atau PCOS. Rawatan Herba & Akupunktur diperlukan untuk memulihkan dari akar umbi (Root Cause).
Kesihatan wanita bermula dari rahim.
Sila SHARE & SAVE post ini untuk rujukan, atau tag rakan anda yang selalu merana setiap bulan! 💖