Ifellah Therapy

Ifellah Therapy KAMI MENAWARKAN KHIDMAT URUTAN TRADISIONAL RUMAH KE RUMAH UNTUK WANITA SAHAJA. Terapi Kesihatan, Kesegaran dan Kesejahteraan untuk Wanita dan bayi sahaja.

Dah tanya khabar ibu ayah hari ini??
12/05/2026

Dah tanya khabar ibu ayah hari ini??

06/05/2026

Ibu kalau penat buat apa???

Jaga privasi seseorang dan minta keizinan empunya badan jika ingin sebarkan.
22/04/2026

Jaga privasi seseorang dan minta keizinan empunya badan jika ingin sebarkan.

Tular video rakaman pelanggan sedang membeli makanan. Ya, memang pelanggan itu dipuji cantik. Nampak macam pujian. Nampak macam perkara kecil.

Tapi bila wajah seseorang dirakam dan dimuat naik tanpa izin, itu bukan sekadar pujian lagi. Itu sudah membuka ruang kepada gangguan privasi yang mereka tidak pernah minta.

Ramai tak fikir sejauh itu. Dari satu video pendek, orang boleh ulang tengok muka pelanggan, simpan gambar, buat komen melampau, cari media sosial, teka tempat kerja, malah mula mengganggu dalam mesej peribadi.

Tapi bila wajah seseorang dirakam dan dimuat naik TANPA IZIN (Consent), itu bukan lagi sekadar pujian. Itu adalah GANGGUAN PRIVASI

Ramai peniaga tak terfikir sejauh itu. Dari satu video pendek berdurasi 15 saat, macam-macam bahaya boleh timbul:

🛑 Netizen boleh ulang tengok muka pelanggan dan simpan gambar (screenshot).

🛑 Orang mula cari akaun media sosial peribadi, teka tempat kerja, dan jejak lokasi pelanggan.

🛑 Mula mengganggu dengan komen lucah atau melampau.

Pelanggan datang ke kedai anda sebagai pelanggan yang membayar, BUKAN sebagai pelakon ekstra untuk kempen marketing anda

Mereka berhak beli makanan tanpa rasa diperhatikan, dirakam, dinilai, dan dipertontonkan kepada ribuan mata di internet.

Pesanan untuk peniaga

Tolong faham, tidak semua benda boleh dirakam. 'Views' dan 'Likes' memang boleh naik mendadak sekejap. Tapi KEPERCAYAAN pelanggan akan jatuh tersungkur.

Kalau nak sangat buat content, rakamlah makanan, tunjuk proses memasak, atau kebersihan kedai. Kalau nak rakam pelanggan juga, MINTA IZIN DENGAN JELAS.

Badan juga perlu... Baca di komen
22/04/2026

Badan juga perlu... Baca di komen

25/02/2026

Cuba jujur, siapa kat sini selalu menggeletar tangan atau terpaksa panggil orang lain bila nak buka penutup balang jem atau botol sos? Atau bila angkat barang plastik groceries sekejap je rasa lenguh nak terlepas?

Itu mungkin petanda otot makin lemah.

Jangan sedapkan hati cakap "Ala biasalah dah makin berumur". Lemah genggaman tangan ni sebenarnya adalah AMARAN AWAL dari badan yang jantung korang mungkin tengah bermasalah

Ramai ingat nak tahu jantung sihat ke tak kena buat ECG atau ujian kolesterol beratus ringgit je.

Tapi dalam dunia perubatan, ada satu ujian paling simple dipanggil ujian 'Grip Strength' (Kekuatan Genggaman).

Satu kajian saintifik berskala besar (PURE Study) melibatkan 140,000 orang dari 17 buah negara dah buktikan:

⚠️ Setiap penurunan 5kg kekuatan genggaman korang, risiko KEMATIAN AWAL meningkat 16%

⚠️ Risiko serangan jantung dan strok juga meningkat

Malah, ujian genggaman tangan ni didapati lebih tepat meramal risiko kematian berbanding bacaan tekanan darah tinggi!

Kenapa Tangan Boleh Gambarkan Jantung?
Kekuatan tangan bukan sekadar pasal otot tapak tangan. Ia adalah 'cermin' kepada tahap kesihatan metabolik, j***m otot keseluruhan badan, dan betapa cepat biologi badan korang sedang menua (biological aging)

Bila genggaman korang lemah, itu petanda badan
❌ Sangat kurang aktif (Sedentari).
❌ Otot makin susut (Sarcopenia).
❌ Sistem kardiovaskular (jantung dan pam darah) sangat lemah.

Macam Mana Nak Tingkatkan Genggaman?

Tak semestinya kena pergi gim angkat besi bertan-tan. Boleh mula dengan:
✅ Latihan angkat dumbbell ringan kat rumah.
✅ Buat Plank atau Push-up* (guna lutut pun takpe).
✅ Bawa barang berat sikit (macam 'Farmer's Walk').
✅ Rajin-rajinkan diri buat senaman bebanan 3-4 kali seminggu.

Satu genggaman tangan mungkin nampak remeh, tapi ia tak pernah menipu. Cuba tanya diri sendiri: Semakin kita berusia, badan kita makin kuat... atau makin lembik?

Manfaat Bulan Mulia ini sebaik-baiknya.
25/02/2026

Manfaat Bulan Mulia ini sebaik-baiknya.

Ini adalah najis
25/11/2025

Ini adalah najis

Di media sosial sekarang, ada orang sapu darah haid sendiri di muka dan panggil ia rawatan kecantikan. Ada yang kata darah haid penuh stem cell dan protein yang boleh baiki kulit. Kedengaran macam sains moden, padahal kebanyakannya hanya dialog kreator konten yang cuba cari tontonan dan like. Trend ini sudah viral di TikTok dan Instagram dengan nama menstrual masking. 

Apa sebenarnya dalam darah haid. Ia bukan air ajaib. Ia campuran darah, tisu dinding rahim, lendir f***j dan pelbagai bakteria serta kulat. Bila cecair ini lalu melalui f***j, ia boleh bawa kuman seperti Staphylococcus aureus dan mikroorganisma lain. Kalau disapu pada kulit yang ada jerawat, luka kecil atau kulit yang baru discub, risiko jangkitan dan radang kulit meningkat, termasuk potensi jangkitan yang lebih serius pada individu tertentu. 

Ya, ada kajian tentang stem cell dari darah haid tetapi ia dilakukan dalam makmal yang steril, darah diproses, ditapis dan digunakan dalam konteks perubatan, bukan disenduk dari menstrual cup dan disapu terus di p**i. Ini sangat berbeza dengan prosedur perubatan seperti vampire facial yang guna plasma darah yang telah diproses secara bersih oleh profesional kesihatan. Pakar kulit sudah jelaskan tiada bukti klinikal yang menunjukkan sapu darah haid mentah di muka boleh cerahkan kulit, hilangkan jerawat atau lambatkan penuaan, sedangkan risiko jangkitan jauh lebih tinggi berbanding manfaat. 

Kulit bukan tempat untuk eksperimen kandungan badan sendiri semata mata kerana mahu tular. Kalau benar sayang kulit dan hormat tubuh sendiri, pilih produk yang berdaftar, ikut nasihat doktor dan elakkan trend ekstrem yang lahir daripada content, bukan daripada bukti sains. Sebelum ikut cabaran pelik di media sosial, tanya satu soalan mudah. Adakah ini betul betul selamat atau hanya cara baru orang lain buat duit dengan gadaikan kesihatan orang ramai.

25/11/2025
Kadang-kadang, bukan kita yang lemah…Tapi kita dikelilingi oleh tenaga negatif yang perlahan-lahan mencuri ketenangan ki...
23/10/2025

Kadang-kadang, bukan kita yang lemah…
Tapi kita dikelilingi oleh tenaga negatif yang perlahan-lahan mencuri ketenangan kita.
💫 Jauhkan diri dari orang yang s**a menjatuhkan, supaya hati kita terus kuat dan bahagia.

10/10/2025

Di saat dunia penuh hiruk-pikuk, jadilah insan yang menebar ehsan, walau sekadar dengan doa dan senyuman.☺️

10/01/2025

Address

(HomeSpa) 2, Jalan Kasturi 4C Bukit Beruntung
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ifellah Therapy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ifellah Therapy:

Share

Category