04/02/2023
MIRACLES HAPPEN WHEN YOU BELIEVE✨
Assalamualaikum & happy weekend☺️
Percaya ataupun tidak, memberi peluang kepada diri sendiri untuk Percaya Pada Diri adalah RULE pertama nak berjaya.
Kalau kita sendiri pun ragu-ragu pada kemampuan diri, tiada siapa yang dapat PUSH diri sendiri. Buang mindset takut gagal, takut jatuh dan takutkan apa orang kata.
Orang berjaya, mereka tahu, sedar dan percaya bahawasanya setiap apa yang mereka fikir itu adalah DOA, imej yang ada dalam fikiran ibarat PROJECTOR yang mana imej yang terpancar pada layar putih itu lah takdir kehidupan mereka.
Jadinya mereka sentiasa berfikiran yang baik-baik kerana mereka sedar Allah bersama dengan setiap sangkaan mereka, dan Allah memakbulkan setiap yang ada di fikiran mereka.
Sentiasa betulkan niat, nak berjaya, mesti kuat semangat, kerana nak beri manfaat kepada lebih ramai orang di sekeliling kita, InshaAllah✨