Pusat Maklumat Pemakanan Sandakan

Directions

Pusat Maklumat Pemakanan Sandakan Pusat sehenti info pemakanan * Rundingcara pemakanan * Perkhidmatan pemakanan interagensi

Pengagihan kalori mengikut waktu makan sangat perlu untuk memastikan kita mendapat tenaga dan nutrien lain yang mencukup...
17/08/2026

Pengagihan kalori mengikut waktu makan sangat perlu untuk memastikan kita mendapat tenaga dan nutrien lain yang mencukupi untuk keperluan harian. Pengambilan kalori berlebihan atau kurang boleh menyebabkan malpemakanan dan kekurangan zat penting untuk kefungsian tubuh badan kita. Masa makan juga penting agar pengambilan makanan dapat disesuaikan dengan aktiviti fizikal. Makan lewat malam boleh meningkatkan pengump**an lemak tubuh.

Jom! Belajar untuk makan mengikut keperluan kalori anda dan tetapkan masa makan anda agar pengambilan nutrien penting tubuh tidak terabai!

PINGGAN SIHAT MALAYSIAAdakah anda sukar untuk mengawal saiz hidangan  ketika makan? Sudah tiba masanya anda beralih kepa...
17/08/2026

PINGGAN SIHAT MALAYSIA

Adakah anda sukar untuk mengawal saiz hidangan ketika makan? Sudah tiba masanya anda beralih kepada kaedah Suku-suku Separuh. Bawa idea Pinggan Sihat Malaysia ketika makan di mana-mana sahaja anda berada.

Isikn 1/4 daripada pinggan anda dengan makanan dari sumber protein, samada protein haiwan atau tumbuhan.

Di samping itu, 1/4 lagi dari sunber karbohidrat yang mana terdiri daripada kump**an bijirin dan produk bijirin. Jangan lupa pilih bijirin penuh ya!

Separuh pinggan p**a isikan dengan makanan dari sumber serat, iaitu buah-buahn dan sayur-sayuran.

Lengkapkan hidangan dengan memilih air kosong!

Jom! Makan sihat! Amalkan Suku-suku Separuh!

Jom! Amalkan 3 Prinsip Pemilihan Hidangan Sihat ini: Seimbang (Balanced), Sederhana (Moderate) dan Pelbagai (Variety).Pi...
17/08/2026

Jom! Amalkan 3 Prinsip Pemilihan Hidangan Sihat ini: Seimbang (Balanced), Sederhana (Moderate) dan Pelbagai (Variety).

Pilihlah makanan yang seimbang berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ada 5 kump**an makanan dalam Piramid Makanan Malaysia 2020. Penuhi keperluan tenaga kita mengikut penggunaan tenaga dalam aktiviti harian. Selain daripada itu, gunakan juga kaedah Suku-Suku Separuh ketika makan agar porsi makanan lebih terkawal.

Bersederhanalah dalam mengambil kuantiti makanan. Sesuaikan dengan keperluan nutrien harian kita. Hadkan juga pengambilan makanan yang memudaratkan kesihatan seperti makanan tinggi gula, garam, lemak dan minyak.

Akhir sekali, pelbagaikan gantian pilihan makanan dalam kump**an makanan. Di samping itu, gunakan pelbagai kaedah penyediaan makanan agar makanan tersebut lebih menarik dari segi warna, rasa dan jenis makanan.

Jom! Ubah cara memilih makanan kita hari ini! Mulakan dengan Seimbang, Sederhana dan Pelbagai 👍

Penyediaan makanan sihat bermula dari pemilihan bahan mentah yang berkualiti. Sumber bahan mentah yang berkualiti, bersi...
17/08/2026

Penyediaan makanan sihat bermula dari pemilihan bahan mentah yang berkualiti. Sumber bahan mentah yang berkualiti, bersih dan selamat perlu dititikberatkan supaya makanan yang dihidangkan bebas daripada bendasing yang memudaratkan kesihatan selain menjamin pengekalan nutrien untuk keperluan tubuh badan kita.

Di sebalik TEPUNG GANDUM DIFORTIFIKASI...
17/08/2026

Di sebalik TEPUNG GANDUM DIFORTIFIKASI...

Disebalik TEPUNG GANDUM DIFORTIFIKASI❗❓

Tepung gandum difortifikasi bermaksud tepung gandum yang telah diperkaya atau ditambah dengan nutrien seperti zat besi, asid folik, niasin dan lain-lain. Bagi membolehkan tepung gandum ini dilabel sebagai tepung gandum difortifikasi, nutrien yang ditambah perlulah mengikut paras yang ditetapkan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Baru-baru ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) telah memaklumkan tepung gandum pek 1kg di bawah Program Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am (PSTG) telah difortifikasikan dengan ZAT BESI dan ASID FOLIK. Paras ZAT BESI (60mg) dan ASID FOLIK (2.6mg) yang ditambah di dalam program ini adalah mengikut paras yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan tahap pengambilan zat besi dan asid folik dalam kalangan pop**asi dan seterusnya mencegah masalah anemia (kurang darah) dan kecacatan kekal dalam kalangan bayi seperti Neural Tube Defect (NTD).

Tahukah anda❓
1 daripada 5 (21.3%) rakyat Malaysia mengalami masalah anemia (kurang darah) dan secara khususnya 3 daripada 10 (30.0%) wanita usia reproduktif (15-49 tahun) mengalami masalah anemia (NHMS, 2019).

Manakala prevalen kejadian NTD dalam kalangan 1,000 bayi baru lahir adalah 0.42 kali berdasarkan data National Neonatal Registry (2013). Ini bermakna seorang bayi akan dilahirkan dengan masalah NTD bagi 2,381 kelahiran hidup.

Pengambilan tepung gandum yang difortifikasi dapat membantu meningkatkan status pemakanan dan kesihatan di samping pengambilan makanan yang seimbang dan pelbagai. Saranan pengambilan tepung gandum difortifikasi adalah sama berdasarkan kump**an nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian dalam Piramid Makanan Malaysia 2020.










Logo Pilihan Lebih Sihat atau Healthy Choice Logo (HCL) memberikan panduan kepada pengguna untuk memilih produk makanan ...
17/08/2026

Logo Pilihan Lebih Sihat atau Healthy Choice Logo (HCL) memberikan panduan kepada pengguna untuk memilih produk makanan atau minuman dengan lebih bijak.

Produk makanan dan minuman yang tertera logo HCL pada bahagian hadapan panel makanan menunjukkan produk tersebut mengandungi
✅️ Rendah Gula
✅️ Rendah Garam
✅️ Rendah Lemak
✅️ Rendah Kalori
✅️ Lebih Tinggi Serat

Dapatkan info lanjut mengenai produk dengan pengiktirafan HCL melalui https:myhcl.moh.gov.my/index.php/site/home

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Tahukah anda susu ibu meningkatkan kecerdikan intelek dalam kalangan bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif? Kandun...
17/08/2026

Tahukah anda susu ibu meningkatkan kecerdikan intelek dalam kalangan bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif? Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah lebih tinggi dalam susu pra-matang. Ia turut memberi efek yang positif kepada kesihatan mata.

Oleh itu, berilah susu ibu secara eksklusif, atau sepenuhnya, kepada bayi anda, dari lahir hingga enam bulan dan teruskan sehingga berumur dua tahun di samping memulakan makanan pelengkap pada umur enam bulan.

Gaya hidup, masalah kesihatan dan amalan pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan ibu kekal sihat sepanjang ...
13/08/2026

Gaya hidup, masalah kesihatan dan amalan pemakanan memainkan peranan penting dalam memastikan ibu kekal sihat sepanjang tempoh kehamilan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan fisiologi semasa hamil, masalah seperti anemia masih boleh berlaku sekiranya amalan pemakanan tidak dijaga dengan baik.
Jom baca info menarik mengenai anemia ibu hamil dan cara mencegahnya. Semoga bu-ibu yang sedang hamil mahupun merancang untuk hamil dapat manfaat daripada info yang diberikan ini.

Kekal Sihat Semasa Hamil! Jom BEBAS Anemia!



Tahukah anda?Berikut adalah senarai kategori makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah. Adakah sekolah ...
28/07/2026

Tahukah anda?

Berikut adalah senarai kategori makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah. Adakah sekolah anak anda ada menjual makanan dan minuman yang dilarang?

Jom pastikan kantin di sekolah anak-anak kita hanya menyediakan atau manjual makanan dan minuman yang sihat dan seimbang untuk kesihatan.



Address

Pusat Maklumat Pemakanan Sandakan, Klinik Kesihatan Sandakan
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share