Kecantikan Wanita Melayu

Kecantikan Wanita Melayu RESELLER DI ZAFESHA NETWORK & MARKETING SDN BHD (SSM 1225442-U)

KEKAL CANTIK WALAU DI MUSIM MENCABAR INI DENGAN ZAFESHA SIMPLY

Jom bersama kita ubah diri kita  sebaik mungkin walaupun kita bukan nabi tapi kita semua umat nabi dan hamba Allah yang ...
19/10/2021

Jom bersama kita ubah diri kita sebaik mungkin walaupun kita bukan nabi tapi kita semua umat nabi dan hamba Allah yang Menyayangi & Merindui dia.....
Pendosa tetap ingin ke syurga🤲🏻

41 *AKHLAK RASULULLAH SAW YG PATUT KITA CUBA CONTOHI**
١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat .
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila s**a , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu .
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila s**a Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠ . Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir .
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua .
٣٤ . Dimanana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah .
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda .
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong , Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw ;
oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) .ماشاء الله تبارك الله .

اللهم صل على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Suami : Errkkkk alhamdulillah.. Kenyang.  Sedap sungguh u masak lauk ayam ni.. 2 pinggan nasik i tibai... Allahu.. Macam...
27/09/2021

Suami : Errkkkk alhamdulillah.. Kenyang. Sedap sungguh u masak lauk ayam ni.. 2 pinggan nasik i tibai... Allahu.. Macam mana nak diet niii

Saya : Alhamdulillah u s**a ( sengeh tak kira kena puji. 😁😁😁)

Suami : Boleh buat meniaga nii.. Makan dgn nasik tomato ka, nasi minyak ka.. Uiii mesti laku!! Kalau ada org mintak resepi ni u bagi dak?

Saya : Mesti la bagi.. Berkongsi ilmu yg baik ni saham akhirat tauu. Sat i nak share dgn kwn² di MAHN.. Mesti depa s**a 😁.

Resepi Ayam Masak Sambal Special nama d beri

Bahan² nya:

Seekor ayam yg bersaiz kecil ( nak goreng separuh masak pun boleh)
7sudu besar cabai blend / cili boh ( kalau tak mau pedas boleh kurangkan)
1 ketul kiub ayam
Kulit kayu manis
Daun kari 6 tangkai ( wajib ada)
Daun pandan d simpul
Susu cair 1/2 cawan
Cili sos 2 sudu besar
Gula

*4 batang serai
* 2 inci Lengkuas
* 2 inci Halia
* 2 bijik bwg besar
* 1/2 labu bwg putih
* 1 biji tomato

Blend semua bahan yg bertanda*

Tumiskan bahan yg d blend, bersama daun pandan, kulit kayu manis dan campurkan cili boh tadi. Masak sampai pecah minyak dan pekat pastu masukkan susu cair dan daun kari- kacau sebati perasakan dgn garam,gula,kiub ayam. Masukkan ayam tambah sedikit air utk d jadikan kuah. Masak sampai ayam empuk. Siapppppp. Mkn dgn pulut pun sedapppp. Selamat mencuba ya . Saya halal kan resepi ni kepada semua.🥰🥰🥰.

Assalamualaikum dan selamat pagi, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua pada hari ini InsyaAllah 😍
27/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua pada hari ini InsyaAllah 😍

Assalamualaikum dan selamat pagi semua💕Pagi hari adalah sebuah peringatan, agar kita selalu bersyukur dalam hidup.Marila...
24/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi semua💕

Pagi hari adalah sebuah peringatan, agar kita selalu bersyukur dalam hidup.

Marilah kita sentiasa bersyukur, walaupun sedang menghadapi ujian.

Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan oleh Allah swt. Amiin🤲🏻💙

Cuba teka ni apa? Okey takyah teka lelama hahaha jawapannya Cleansing Foam Zafesha.Perkara yang saya s**a kalau pakai Cl...
21/09/2021

Cuba teka ni apa? Okey takyah teka lelama hahaha jawapannya Cleansing Foam Zafesha.

Perkara yang saya s**a kalau pakai Cleansing Foam Zafesha ni, kotoran kat muka mudah tanggal. Tak payah nak beria² nak toyoh muka tu. Cuci biasa jer dah tanggal. Yang penting jimat dan senang bawak kemana² sahaja.

Dah kerja ni semua nak kena senang dan cepat 🤪🤪 Kalau boleh nak pakai satu benda je 🤭🤭

Berminat nak order cleansing Foam? Jom wasap saya sekarang 👉🏻👉🏻 www.wasap.my/601133561422/NAKCLEANSINGFOAM


Assalamualaikum selamat pagi semua. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada harini. InsyaAllah aamiin 🤲😍
21/09/2021

Assalamualaikum selamat pagi semua. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada harini. InsyaAllah aamiin 🤲😍


Dalam kehidupan,terkadang kau sukses,terkadang kau belajar,bukannya terus gagal.Buat sampai habis,sampai jadi!Kalau oran...
19/09/2021

Dalam kehidupan,terkadang kau sukses,
terkadang kau belajar,bukannya terus gagal.
Buat sampai habis,sampai jadi!
Kalau orang lain boleh buat,mengapa tidak kita?
Assalamualaikum & pagii semuaa 🌼🌼


===UPDATE PAGE===Assalamualaikum selamat pagi Salam pagi Jumaat yg terindah lagi barakah Nina doakan semoga kita semua s...
17/09/2021

===UPDATE PAGE===

Assalamualaikum selamat pagi
Salam pagi Jumaat yg terindah lagi barakah

Nina doakan semoga kita semua sentiasa dlm lindungan yg maha Esa dan semoga doa² kita semua diperkenankan dan mendapat keberkatan darinya 🥰

InshaAllah. Aamiin³ Ya Rabbal Alamin🤲

Alhamdulillah kerana kita masih dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan harmoni di negara tercinta, Malays...
15/09/2021

Alhamdulillah kerana kita masih dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan harmoni di negara tercinta, Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021,

Semoga negara kita akan bebas daripada virus C19 ni. Aminnn.

Stay safe semua and happy holiday ❤️

Salam, Alhamdulillah syukur. 🤲🏽Done postage *15 SEPTEMBER 2021 (RABU)*. Terima kasih akak2 semua 🌹😘Stay safe semua. 💪
15/09/2021

Salam, Alhamdulillah syukur. 🤲🏽

Done postage *15 SEPTEMBER 2021 (RABU)*. Terima kasih akak2 semua 🌹😘

Stay safe semua. 💪

Cintailah setiap pekerjaan yang kita lakukan terutama sekali untuk mencapai kejayaan dunia akhirat ❤️ Assalamualaikum da...
15/09/2021

Cintailah setiap pekerjaan yang kita lakukan terutama sekali untuk mencapai kejayaan dunia akhirat ❤️

Assalamualaikum dan selamat pagi semua 🔥🥰




❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️Hai happy weekend akak2 semua😘, mesti tengh fikir kan nak hidang ape untuk makn petang untuk Anak2.. C...
13/09/2021

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Hai happy weekend akak2 semua😘, mesti tengh fikir kan nak hidang ape untuk makn petang untuk Anak2.. Cuba resepi ni kompem Anak2 s**a.. 😍

*🌹RESEPI WAFFLE🌹*

Bahan-bahan:
☑Tepung gandum (3 cawan)
☑ Campurkan tepung jagung (sesudu besar)- optional. Saya tak letak pun
☑ Air (2 1/2 cawan) - air sejuk peti ais ( saya kadang² pakai air paip biasa je)
☑ Minyak masak/jagung (1 cawan)
☑ Telur (2 biji)gred A
☑ Esen vanila
☑ Susu tepung (2 sudu besar)( saya tak letak pun)
☑Gula (3 sudu besar)
☑ Garam (1 sudu kecil)
☑ Serbuk penaik (2 sudu kecil) - boleh dilebihkan
☑ Baking soda (soda penaik) (1 sudu kecil)

➡Cara buat- kau tuang je belaka dalam besen, pastu pukul dengan whisk atau hand mixer sampai sebati.

* Adunan akan nampak cair. Jangan risau. Dalam video nampak pekat sebab saya dah simpan dalam peti semalaman.

Kalau simpan semalaman dalam peti, rasa waffle lagi sedap.

* Jangan sapu minyak dekat waffle maker. Terus masukkan adunan. Kalau minyakkan, akan jadi bertompok-tompok corak waffle. Adunan saya buat ni dah banyak minyak. Selama saya buat, tak sapu minyak pun pada bekas waffle, dan tak melekat. Tapi , kalau waffle anda memang jenis melekat sangat², sapu lah juga sikit.

Tips nak bagi waffle garing,kalau mesin tu ada setting dark/high, setting kepada high/ dark. Lepas tu, pastikan waffle iron tu betul² panas , I mean like, betul² panas. Biar berasaplah. Bila dah berasap, baru tuang. Dapat lah yang garing. Bila iron tu dah betul² panas,batter akan cepat mengembang,jadi akan dapat bentuk waffle yang penuh dan garing.

Selamat Mencuba 😍

Address

Segamat
85000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kecantikan Wanita Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share