21/09/2026
Alhamdulillah, antara keputusan yang rasa paling berbaloi dibuat kebelakangan ni… pasang aircond Coway ni. 😌
Masa mula-mula nak pasang aircond, memang banyak juga benda nak fikir.
Harga, penggunaan elektrik, maintenance dan paling penting keadaan udara dalam rumah. Tambah p**a sekarang musim jerebu macam ni, rasa lagi penting bila aircond yang dipasang bukan sekadar sejukkan rumah, tapi ada sistem penapisan udara juga.
Satu lagi yang saya rasa lega, bayaran tu dah termasuk servis berkala. Jadi tak perlu lagi nak ingat bila kena servis, nak cari technician siapa, nak booking dan sebagainya. Sampai masa, team datang buat servis. Senang cerita, duduk rumah je dan tunggu giliran. 😂
Kalau aircond sebelum ni, kadang-kadang boleh terlepas sampai setahun lebih tak servis. Bukan tak tahu kena servis, tapi biasalah… sibuk, terlupa, tangguh dulu sampai akhirnya terus terlupa. 😅
Yang paling saya perasan selepas tukar ke Coway ni, penggunaan elektrik pun nampak lebih terkawal. Bil elektrik makin turun berbanding sebelum ni. Mungkin banyak faktor, tapi penggunaan aircond memang antara benda yang saya perhatikan.
Jadi bila fikir balik, memang rasa pilihan masa nak pasang aircond dulu tu tepat. Bukan semata-mata sebab nak sejuk, tapi sekali dengan penjagaan dan penapisan udara. Lagi-lagi dalam keadaan jerebu sekarang.
Kadang-kadang benda yang nampak macam "mahal sikit" pada awalnya, bila kira balik dari segi penggunaan, maintenance dan kemudahan… baru nampak nilainya.
Alhamdulillah. Setakat ni memang puas hati dengan pilihan ni. ❤️