23/07/2026
Pada 22 Julai 2026, pasukan eBrelle berpeluang memperkenalkan eBrelle Laptop for the Blind kepada warga St. John’s Institution Kuala Lumpur.
Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk melihat sendiri bagaimana teknologi eBrelle membantu individu buta dan kurang penglihatan membaca, menulis, belajar serta mengakses bahan digital dengan lebih mudah dan berdikari.
Terima kasih kepada pihak St. John’s Institution Kuala Lumpur atas sambutan dan peluang yang diberikan. Semoga usaha ini menjadi satu lagi langkah ke arah pendidikan yang lebih inklusif dan aksesibel untuk semua.