Klinik Ar Raudah Damai - Cawangan Senai

Directions Contact the business

Klinik Ar Raudah Damai - Cawangan Senai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Ar Raudah Damai - Cawangan Senai, Medical and health, No 19, Jalan Seni, Senai.

Perkhidmatan :

- ECG/Ultrasound
- Suntikan/Imunisasi
- Pemeriksaan darah/kencing
- Pemeriksaan Antenatal
- Pemeriksaan kesihatan
- Menjahit/mencuci luka
- Pembedahan Kecil

📞Telefon kami untuk maklumat lebih lanjut

Kesihatan anda tanggungjawab kami

Rawatan Penyakit Kronik di Klinik Ar Raudah Damai 🩺Penyakit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol dan asma memerluk...
05/10/2026

Rawatan Penyakit Kronik di Klinik Ar Raudah Damai 🩺

Penyakit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol dan asma memerlukan pemantauan serta rawatan yang berterusan.

Dapatkan rawatan bersama doktor kami dan pantau kesihatan anda secara berkala💚

📍 19, Jalan Seni, Kampung Baru Senai,
81400 Senai, Johor

📲 Whatsapp: www.wasap.my/60125240160/sayanaktanyadarifb&ig


Anak demam, batuk atau mengalami sesak nafas? 🤒Bronkopneumonia merupakan jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan...
28/09/2026

Anak demam, batuk atau mengalami sesak nafas? 🤒

Bronkopneumonia merupakan jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Jangan abaikan tanda-tanda jangkitan. Jika anak menunjukkan simptom yang membimbangkan, segera dapatkan pemeriksaan doktor🩺

📍 19, Jalan Seni, Kampung Baru Senai,
81400 Senai, Johor

📲 Whatsapp: www.wasap.my/60125240160/sayanaktanyadarifb&ig


Terima kasih kerana percaya dan memilih Klinik Ar Raudah Damai💚 Kami akan sentiasa berikan yang terbaik🤗
28/09/2026

Terima kasih kerana percaya dan memilih Klinik Ar Raudah Damai💚 Kami akan sentiasa berikan yang terbaik🤗


28/09/2026

Bisul makin besar, makin sakit dan dah nampak nanah? Jangan terus picit sendiri! 😣

Bisul atau abscess berlaku apabila nanah terkumpul di bawah kulit. Dalam sesetengah kes, antibiotik sahaja mungkin tidak mencukupi dan doktor mungkin perlu melakukan minor procedure untuk mengeluarkan nanah serta membersihkan kawasan jangkitan.

⚠️ Dapatkan pemeriksaan jika bisul:
• Semakin besar atau bengkak
• Sakit dan panas bila disentuh
• Mengeluarkan nanah
• Disertai demam
• Tidak semakin baik selepas beberapa hari

Jangan tunggu sampai sakit semakin teruk. Doktor perlu periksa keadaan bisul terlebih dahulu untuk menentukan rawatan yang sesuai.

📍 Datang ke Klinik Ar Raudah Damai untuk pemeriksaan.

Jika perlu minor surgery, doktor akan terangkan prosedur dan rawatan yang sesuai untuk anda.

23/09/2026

Luka kecil tak semestinya akan kekal kecil.

Kalau luka semakin merah, panas, sakit, bengkak atau mula keluar nanah, jangan abaikan. Ia mungkin tanda jangkitan yang memerlukan pemeriksaan doktor.

Lebih-lebih lagi jika anda menghidap diabetes atau luka lambat sembuh.

Jangan tunggu sampai keadaan bertambah teruk. Dapatkan pemeriksaan awal dan rawatan yang sesuai.

📍 Klinik Ar Raudah Damai

🩺 Pemeriksaan & wound care tersedia

Jika anda tak pasti keadaan luka anda, lebih baik periksa dengan doktor kami daripada tunggu.

21/09/2026

Nak kurus bukan sekadar tengok nombor atas penimbang. ⚖️

Berat badan yang sama tidak semestinya membawa risiko kesihatan yang sama. Sebab itu, sebelum fokus untuk turunkan berat, penting untuk melihat keadaan badan secara menyeluruh — BMI, ukur lilit pinggang, tekanan darah, gula, kolesterol, pemakanan, tidur dan aktiviti harian.

Kalau anda dah berkali-kali diet tetapi berat turun sekejap dan naik semula, mungkin sudah tiba masanya untuk faham punca dan buat perancangan yang lebih sesuai.

Bukan sekadar nak kurus.
Tetapi nak badan yang lebih sihat dan berat yang boleh dikekalkan. ❤️

Nak mula dengan langkah yang lebih terancang?
Datang buat assessment di Klinik Ar Raudah Damai. Doktor akan menilai keadaan anda terlebih dahulu sebelum menentukan langkah yang sesuai.

📲 Hubungi Klinik Ar Raudah Damai untuk maklumat lanjut.

💡MITOS VS FAKTA💡❌ MITOS: Kalau tak nampak jerebu, udara mesti selamat✅ FAKTA: Tak nampak bukan bermakna tiada pencemaran...
17/09/2026

💡MITOS VS FAKTA💡

❌ MITOS: Kalau tak nampak jerebu, udara mesti selamat

✅ FAKTA: Tak nampak bukan bermakna tiada pencemaran

Zarah halus seperti PM2.5 terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Ia boleh berada di udara tanpa kita sedari dan masuk jauh ke dalam paru-paru apabila disedut.

Jaga kesihatan pernafasan anda. Jangan tunggu udara nampak berasap baru ambil tindakan.

📍 19, Jalan Seni, Kampung Baru Senai,
81400 Senai, Johor

📲 Whatsapp: www.wasap.my/60125240160/sayanaktanyadarifb&ig


🌫️ Jerebu: Anak Lebih Mudah Terjejas?Tahukah anda, kanak-kanak lebih sensitif terhadap kesan jerebu kerana saluran perna...
16/09/2026

🌫️ Jerebu: Anak Lebih Mudah Terjejas?

Tahukah anda, kanak-kanak lebih sensitif terhadap kesan jerebu kerana saluran pernafasan mereka masih berkembang. 🤧

Pendedahan kepada udara tercemar boleh menyebabkan:
❌ Batuk & sesak nafas
❌ Serangan asma
❌ Bronkitis atau pneumonia

💡 Lindungi anak ketika jerebu: kurangkan aktiviti luar dan pastikan mereka mendapat pemeriksaan jika mengalami masalah pernafasan.

Jika anak mula batuk, sesak nafas atau sukar bernafas, jangan tunggu terlalu lama. Dapatkan pemeriksaan doktor. 🩺

📍 19, Jalan Seni, Kampung Baru Senai,
81400 Senai, Johor

📲 Whatsapp: www.wasap.my/60125240160/sayanaktanyadarifb&ig


😷 Jerebu Jejas Paru-Paru❗️Pendedahan kepada udara tercemar dan partikel halus boleh menyebabkan:⚠️ Keradangan tisu paru-...
14/09/2026

😷 Jerebu Jejas Paru-Paru❗️

Pendedahan kepada udara tercemar dan partikel halus boleh menyebabkan:
⚠️ Keradangan tisu paru-paru
⚠️ Kerosakan tisu paru-paru
⚠️ Penurunan fungsi paru-paru
⚠️ Peningkatan risiko penyakit paru-paru kronik

Jika anda mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada atau ketidakselesaan ketika bernafas, jangan abaikan.

Jaga kesihatan paru-paru anda, terutama ketika musim jerebu 💙

📍 19, Jalan Seni, Kampung Baru Senai,
81400 Senai, Johor

📲 Whatsapp: www.wasap.my/60125240160/sayanaktanyadarifb&ig


Jerebu datang lagi❓ 😷🌫️Kualiti udara yang teruk boleh menyebabkan kita terdedah kepada partikel halus di udara. Lindungi...
11/09/2026

Jerebu datang lagi❓ 😷🌫️

Kualiti udara yang teruk boleh menyebabkan kita terdedah kepada partikel halus di udara. Lindungi diri dengan menggunakan pelitup muka yang sesuai, terutamanya ketika berada di luar rumah.

😷 N95 – lebih rapat pada muka dan membantu menapis partikel halus.
😷 3-ply mask – boleh membantu mengurangkan pendedahan kepada habuk dan titisan, tetapi kurang sesuai untuk menapis partikel halus seperti respirator.

Jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar dan pastikan anda memakai pelitup muka dengan betul ketika musim jerebu💙

📍 19, Jalan Seni, Kampung Baru Senai,
81400 Senai, Johor

📲 Whatsapp: www.wasap.my/60125240160/sayanaktanyadarifb&ig


Address

No 19, Jalan Seni
Senai
81400

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Ar Raudah Damai - Cawangan Senai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Ar Raudah Damai - Cawangan Senai:

Shortcuts

Share