Alexa Villa Senior Care Centre

Call Directions Website Contact the business

Alexa Villa Senior Care Centre Alexa Villa Senior Care Centre is a Muslim friendly elderly home care and retirement centre

25/09/2026

Bila opah masuk dapur, mesti ada yang sedap! πŸ˜‹

Hari ni opah kita tunjuk skill buat popia goreng. Dari gulung satu-satu sampai masuk kuali, semuanya dibuat dengan penuh semangat. ❀️

Aktiviti memasak macam ni bukan sekadar isi masa lapang β€” ia juga bagi peluang opah untuk terus aktif, buat aktiviti yang familiar dan paling penting, rasa seronok bersama-sama.

Siapa rindu popia goreng air tangan opah? πŸ₯°

🏑 Alexa Villa Senior Care Centre
Continuous Compassionate Care

πŸ“² Untuk pertanyaan lanjut mengenai penjagaan warga emas, WhatsApp kami:
https://wa.link/alexamedical

Mak ayah mula kerap lupa? Jangan anggap ia perkara biasa kerana usia.Alzheimer bukan sekadar terlupa nama atau tersalah ...
21/09/2026

Mak ayah mula kerap lupa? Jangan anggap ia perkara biasa kerana usia.

Alzheimer bukan sekadar terlupa nama atau tersalah letak barang. Ia boleh mempengaruhi komunikasi, tingkah laku dan kemampuan seseorang untuk mengurus kehidupan harian.

Jika mak atau ayah mempunyai Alzheimer, antara perkara yang keluarga boleh lakukan:

🩺 Dapatkan pemeriksaan doktor & penilaian pakar
πŸ’Š Pastikan pengambilan ubat dipantau
πŸ• Wujudkan rutin harian yang konsisten
🏠 Pastikan persekitaran rumah lebih selamat
πŸ’¬ Berkomunikasi dengan tenang dan ringkas
🚢 Galakkan aktiviti fizikal, sosial & rohani mengikut kemampuan
πŸ₯— Pantau makan, minum dan kebersihan diri
🀝 Kongsi tanggungjawab penjagaan bersama ahli keluarga

Yang paling penting, jangan marah apabila mereka terlupa atau mengulang perkara yang sama. Mereka mungkin lupa banyak perkara, tetapi mereka tetap memerlukan rasa selamat, dihormati dan disayangi. 🀍

Jika penjagaan mak ayah semakin mencabar, tidak salah untuk mendapatkan bantuan dan merancang penjagaan jangka panjang.

πŸ’™ Alexa Villa Senior Care Centre
Continuous Compassionate Care

πŸ“² Untuk pertanyaan berkaitan penjagaan warga emas:
018-661 4856
https://wa.link/alexamedical

πŸ•Œ Wan & Atok Poie Masojid πŸ’™Alhamdulillah, selesai sudah Trip Wan & Atok ke Masjid Sri Sendayan. 🀍Satu pagi yang penuh de...
17/09/2026

πŸ•Œ Wan & Atok Poie Masojid πŸ’™

Alhamdulillah, selesai sudah Trip Wan & Atok ke Masjid Sri Sendayan. 🀍

Satu pagi yang penuh dengan senyuman, perkongsian dan kenangan indah buat Wan & Atok kita. Daripada lawatan sekitar masjid, tazkirah β€œCinta Rasul, Cinta Masjid”, aktiviti santai sehinggalah sesi bersama-sama β€” semuanya menjadi memori yang cukup bermakna.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua waris yang sudi meluangkan masa hadir dan memberikan sokongan kepada Wan & Atok. Kehadiran anda menjadikan hari ini lebih istimewa. ❀️

Tidak dilupakan seluruh staf AVSCC yang bertungkus-lumus membuat persediaan, mengiringi dan memastikan keselesaan serta keselamatan Wan & Atok sepanjang program.

Terima kasih juga kepada para tetamu jemputan dan semua yang hadir memeriahkan program ini. Sokongan dan masa yang diberikan amat kami hargai.

Semoga setiap langkah kita ke rumah Allah ini membawa keberkatan dan menjadi kenangan manis yang akan terus dikenang. 🀲🏻

Di Alexa Villa Senior Care Centre, penjagaan bukan hanya tentang memenuhi keperluan harian β€” tetapi juga tentang kesihatan, maruah, kesejahteraan rohani dan mencipta pengalaman bermakna di usia emas.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga AVSCC. πŸ’™

05/09/2026

β€œKalau anak-anak ada urusan, bolehlah hantar mak duduk sini sementara…” πŸ’™

Kadang-kadang anak perlu outstation, bekerja di luar kawasan atau melancong ke luar negara, tetapi dalam masa yang sama risau nak tinggalkan mak atau ayah bersendirian di rumah.

Di Alexa Villa Senior Care Centre, warga emas juga boleh tinggal secara transit/sementara mengikut keperluan keluarga.

Sepanjang berada di sini, mereka ada teman, ada yang membantu keperluan harian dan dapat menjalani rutin dalam persekitaran yang selesa serta terjaga.

Dengar sendiri apa kata nenek tentang pengalaman beliau stay di Alexa Villa. πŸ₯°

Jadi anak-anak boleh uruskan perjalanan dengan lebih tenang, sementara mak atau ayah pun ada tempat untuk berehat dan ditemani.

πŸ“ Alexa Villa Senior Care Centre
πŸ’™ Penjagaan warga emas Muslim yang mengutamakan kesihatan, maruah dan kesejahteraan rohani.

πŸ“² Nak tanya tentang transit / short stay untuk mak atau ayah?
Hubungi kami: https://wa.link/alexamedical
πŸ“ž 018-661 4856

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untu...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk terus menjaga perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Semoga Malaysia terus melangkah maju sebagai negara yang aman, makmur dan saling menyantuni. β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada warga
Klinik Aisyah & Yusof | Alexa Villa Senior Care Centre | Alexa Wellness

Selamat menyambut Hari Kebangsaan! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

27/08/2026

πŸ§πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA VERSI NENEK-NENEK KITA!

Hari ni bukan sekadar deco cupcake… tapi masing-masing keluarkan bakat terpendam! πŸ˜†βœ¨

Pilih warna, letak topping, deco ikut kreativiti sendiri β€” tengoklah betapa fokusnya nenek-nenek kita siapkan cupcake bertemakan Merdeka. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Aktiviti simple macam ni bukan sahaja menceriakan hari, tapi beri ruang untuk mereka berkreativiti, berinteraksi dan paling penting… seronok bersama-sama. πŸ₯°

Cupcake siapa paling cantik? Yang penting semua hasil tangan nenek kita memang special! 🧁✨

πŸ“ Alexa Villa Senior Care Centre
πŸ’™ Penjagaan warga emas Muslim yang mengutamakan kesihatan, maruah dan kesejahteraan rohani.

πŸ“² Nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan warga emas?
Hubungi kami: https://wa.link/alexamedical
πŸ“ž 018-6614856

27/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PROMOSI MERDEKA AVSCC 2026

Sedang mencari pusat penjagaan yang sesuai untuk ahli keluarga warga emas?

Alexa Villa Senior Care Centre (AVSCC) menyediakan penjagaan warga emas Muslim dalam persekitaran yang selesa, terurus dan dipantau oleh pasukan penjagaan harian.

Sempena Promosi Merdeka, nikmati:

βœ… Kadar promosi RM2,500/bulan
🎁 PERCUMA Yuran Pendaftaran RM250
🎁 PERCUMA Saringan Darah Warga Emas

Saringan darah merangkumi:
β€’ Full Blood Count (FBC)
β€’ Fungsi buah pinggang
β€’ Fungsi hati
β€’ Gula darah puasa
β€’ Profil kolesterol
β€’ Asid urik
β€’ Iron

Sesuai untuk keluarga yang sedang mencari penjagaan bagi ibu, ayah, suami, isteri, abang, kakak, pakcik, makcik atau ahli keluarga warga emas lain yang semakin memerlukan bantuan dan pemantauan harian.

⚠️ TERHAD 5 PENEMPATAN PROMOSI SAHAJA

πŸ‘΄ 4 penempatan lelaki
πŸ‘΅ 1 penempatan wanita

πŸ“… Untuk penghuni baharu yang masuk sebelum 30 September 2026.

πŸ‘‰ WhatsApp AVSCC untuk semak kesesuaian ahli keluarga anda terlebih dahulu. https://wa.link/ggxd6g

Tertakluk kepada penilaian kesesuaian AVSCC. Kadar promosi RM2,500/bulan terpakai bagi 3 bulan pertama. Selepas tempoh promosi, kadar adalah berdasarkan pakej dan tahap keperluan penjagaan.

Address

No 2252, Jalan Tiara Sendaan 7/7, Taman Tiara Sendayan
Sendayan Village
71900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alexa Villa Senior Care Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alexa Villa Senior Care Centre:

Shortcuts

Share