15/10/2025
Amaran Influenza di Selangor β Lindungi Diri & Keluarga!
Kes influenza di Selangor kini meningkat dengan ketara, terutamanya melibatkan kanak-kanak dan warga emas. Ramai mengalami demam tinggi, batuk, sakit badan dan keletihan berpanjangan. Malahan ada yang terpaksa dirawat di hospital, sehingga mengakibatkan kematian.
Golongan berisiko seperti ibu mengandung, pesakit kronik dan individu dengan imuniti rendah perlu lebih berhati-hati.
π‘ Langkah terbaik:
1.Jaga kebersihan diri dan anak-anak
2.Elak tempat sesak jika tidak sihat
3.Dapatkan vaksin flu tahunan di klinik berdekatan untuk perlindungan tambahan!
Kesihatan juga sebahagian daripada amanah.Lindungi diri, keluarga dan komuniti. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berjangkit