Pusat Rawatan Al Afiah/Al Afiah Creative Solution

Pusat Rawatan Al Afiah/Al Afiah Creative Solution Kami menawarkan perkhidmatan :
i) Rawatan spiritual untuk membantu individu yang mengalami gangguan

Pusat rawatan Kami Menyediakan perkhidmatan :i) Rawatan spiritual untuk membantu individu yang mengalami gangguan sihir/ saka/ jin dan berkaitan seumpamanyaii) Konsultasi/Bimbingan /Kaunseling /Terapi al-Afiah / Terapi 9 Bismillah kepada individu/kelompok/keluarga dengan menggunakan kaedah Al-Quran dan Aura Metafizik yang dibimbing oleh Ustaz Nabil Al-Hafiz. Hubungi :0122784668, 01115683771 untuk temu janji atau jemputan rawatan terus ke rumah anda.

21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, saya Ustaz Nabil sudan Alhafiz think quran global mewakili seluruh keluarga besar Team Alafiah ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
تَقَبَّلَ ٱللّٰهُ مِنَّا وَمِنكُمْ، صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ، كُلُّ عَامٍ وَأَنتُمْ بِخَيْرٍ

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT, dan Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, atau kekhilafan sepanjang perkenalan dan urusan, kami memohon seribu kemaafan.
عِيدُكُمْ مُبَارَكٌ وَكُلُّ عَامٍ وَأَنتُمْ إِلَى اللَّهِ أَقْرَبُ

Raikan Syawal dengan penuh kesederhanaan, kesyukuran dan kasih sayang bersama insan tersayang.

تَقَبَّلَ ٱللّٰهُ مِنَّا وَمِنكُمْ، مِنَ ٱلْعَائِدِيوَٱلْفَائِزِينَ

Ikhlas daripada,
Ustaz Nabil Alhafiz
& Seluruh Keluarga Team Alafiah

21/03/2026

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد 🌙

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di hari yang penuh barakah ini, semoga setiap langkah kita dihiasi rahmat, setiap hubungan dipererat dengan kasih sayang, dan setiap rezeki dilimpahi keberkatan daripada-Nya.

Syawal hadir sebagai tanda kemenangan — bukan sekadar meraikan, tetapi mensyukuri dan memperbaiki diri agar terus istiqamah selepas Ramadan.

تقبل الله منا ومنكم
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mengampuni segala kekhilafan.

Indah cahaya di pagi Syawal,
Takbir bergema menyentuh jiwa,
Andai tersilap tutur dan amal,
Kemaafan dipohon setulusnya.

Salam kemaafan dari hati 🤍
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Ikhlas,
Uzt Nabil Sudan Alhafiz dan seluruh keluarga

Salam semua. Sedang mencari penceramah untuk mengisi slot tazkirah, kuliah Subuh, atau program khas pejabat sempena Rama...
13/02/2026

Salam semua. Sedang mencari penceramah untuk mengisi slot tazkirah, kuliah Subuh, atau program khas pejabat sempena Ramadan nanti?

Ustaz Nabil Sudan kini bersedia menerima jemputan anda. Marilah kita penuhkan Ramadan kali ini dengan majlis ilmu yang dapat menyuburkan jiwa.

Bagi memudahkan urusan penyusunan jadual, pihak yang berminat boleh terus "lock" tarikh melalui saluran di bawah:

🌐 Web: https://nabilsudan.thinkquran.biz
📲 WhatsApp: +60 12-278 4668

Tempah awal untuk memudahkan perancangan semua pihak. Terima kasih.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kita kini berada di penghujung tahun 2025. Segala yang telah berlaku—s**a, d...
31/12/2025

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kita kini berada di penghujung tahun 2025. Segala yang telah berlaku—s**a, duka, kejayaan dan ujian—menjadi pelajaran berharga untuk kita semua melangkah dengan lebih matang dan bererti ke tahun 2026.

Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak kebaikan dalam kehidupan kita, menguatkan institusi keluarga, serta memperkuatkan urusan dan perniagaan dengan lebih berkat dan tersusun. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan dengan keikhlasan akan diberi hasil yang baik oleh Allah SWT.

Harapan saya agar masyarakat Islam terus dekat dengan Al-Quran, mengingati, memahami, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, sejajar dengan usaha dakwah dan pendidikan yang sedang kita bangunkan melalui aplikasi think quran.

Dengan penuh doa dan harapan, saya Ustaz Nabil Sudan Tink Quran, mewakili seluruh keluarga dan warga Team AlAfiah serta Pusat Rawatan AlAfiah, mengucapkan selamat menyambut tahun 2026.
Semoga Allah memberkati setiap langkah kita, mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kejayaan di dunia serta akhirat.

Amin ya Rabbal alamin.

🌤 Assalamualaikum dan Selamat Pagi!Mari mulakan hari ini dengan semangat dan tawakal kepada Allah. Jangan biarkan cabara...
19/06/2025

🌤 Assalamualaikum dan Selamat Pagi!

Mari mulakan hari ini dengan semangat dan tawakal kepada Allah. Jangan biarkan cabaran melemahkan kita. Ingat, Allah sudah tetapkan kemampuan dalam setiap ujian.

📖 Firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap kes**aran pasti mampu dihadapi. Allah Maha Adil, Dia tahu had kemampuan kita.

📜 Sabda Nabi SAW:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
“Sesungguhnya Allah s**a apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan tekun (itqan).”
(Hadis riwayat al-Tabarani)

Hadis ini mendorong kita untuk melakukan yang terbaik dalam setiap usaha, walaupun kecil — yang penting bersungguh-sungguh dan konsisten.

💡 Ingat: Fikirkan matlamat, bukan masalah. Fokus pada penyelesaian, bukan halangan. Setiap usaha yang ikhlas pasti diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.

13/02/2025
11/11/2024

Peluang Kerjaya Eksklusif: Pemandu Peribadi untuk Majikan Istimewa di Sepang!

Adakah anda seorang pemandu berpengalaman yang mencari peluang pekerjaan berimpak besar? Kami sedang mencari pemandu peribadi yang amanah, berdedikasi, dan penuh keikhlasan untuk membantu seorang majikan OKU (masaalah penglihatan/Buta) berwawasan di Sepang yang memerlukan bantuan perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Ini bukan sekadar pekerjaan biasa — ini adalah satu amanah yang mulia. Anda akan menjadi teman setia dalam perjalanan, membantu majikan dengan penuh kesabaran dan kejujuran.

✨ Gaji RM1,700++ dengan peluang kenaikan berdasarkan prestasi
✨ Diutamakan yang menjaga solat, mematuhi perintah Allah, dan amanah dalam menjalankan segala tanggungjawab
✨ Peluang untuk menjelajahi seluruh Semenanjung Malaysia sambil menjalankan tugas yang penuh makna

Jika anda seorang yang jujur, penyabar, dan berdedikasi untuk membantu majikan OKU dengan keikhlasan yang tinggi, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan!

Hubungi Ustaz Nabil di pautan berikut https://wa.me/60122784668?text=Saya%20berminat%20untuk%20memohon%20sebagai%20Pemandu%20Amanah%20untuk%20majikan%20OKU.

Mari bersama kami, jadikan pekerjaan ini lebih dari sekadar memandu — tetapi satu sumbangan bermakna dalam kehidupan orang lain!

https://linktr.ee/nabil.sudan

Memahami bahasa AlQuran ni perkara yang sangat penting yang menjadi ketakutan para musuh islam.Sama-samalah kita usahaka...
18/10/2024

Memahami bahasa AlQuran ni perkara yang sangat penting yang menjadi ketakutan para musuh islam.

Sama-samalah kita usahakan agar dapat memahami bahasa AlQuran dengan mudah dan cepat.
Faham Al Quran bukan pilihan tetapi perintah ALLAH kepada semua manusia

Beli 1 apps Think Quran hari ini dengan diskaun 25% @ https://thinkquran.com/my-ms/price/?r=aiqurancenterglobal
Nak lebih diskaun???, boleh whatsapp Ustaz Nabil:
http://wassap.my/60122784668/SayaNAkLebihdiskaun
Semoga kita semua mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.







https://linktr.ee/nabil.sudan

https://sinarplus.sinarharian.com.my/video/anda-teringin-nak-khatamdenganfaham/

Anda teringin nak ?Baca al-Quran tapi masih belum faham? Jangan risau, kami boleh bantu anda. Jom ajak mak ayah & anak-anak kita...

Ayuh ramai2 penuhkan slot sesi rawatan pada sabtu dan ahad ini di KPS Cemerlang Galeri AURA ISLAM
14/10/2024

Ayuh ramai2 penuhkan slot sesi rawatan pada sabtu dan ahad ini di KPS Cemerlang Galeri AURA ISLAM

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.‎اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
01/07/2024

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
‎اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Usahawan Global Affiliate Think Quran

19/11/2023

Program think quran

Address

No 39 Jalan Sp 13, Taman Desa Salak Pekerti Sepang
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Al Afiah/Al Afiah Creative Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Rawatan Al Afiah/Al Afiah Creative Solution:

Share