Pusat Rawatan Islam Al Abqory /PRIQ

Call Directions Contact the business

Pusat Rawatan Islam Al Abqory /PRIQ ABQORY ISLAMIC TREATMENT CENTER 01110670377
MASJID SHEIKH HAJI AHMAD, SENDAYAN N9
PRIQ
IKHTIAR~TAWAKAL

πŸ“’ HEBAHAN PRIQ MENYANTUNI UMMAHSempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026, Pusat Rawatan Islam Al Abqory (PRIQ) dengan s...
01/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN PRIQ MENYANTUNI UMMAH
Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026, Pusat Rawatan Islam Al Abqory (PRIQ) dengan s**acitanya menjemput seluruh ahli kariah dan masyarakat untuk hadir ke Booth Pusat Rawatan Islam Al Abqory.

πŸ“… 5 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi hingga Selesai
πŸ“ Perkarangan Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan

✨ Pelbagai aktiviti dan informasi menarik menanti anda:
πŸ”Ή Kenali PRIQ
πŸ”Ή Saringan Asas Rawatan Islam
πŸ”Ή Khidmat Nasihat Mengenai Rawatan Islam
πŸ”Ή Perkongsian & Edukasi Rawatan Islam
πŸ”Ή Jualan Produk Keluaran PRIQ

🀲 Ayuh hadir bersama keluarga dan manfaatkan peluang untuk mengenali lebih dekat usaha Pusat Rawatan Islam Al Abqory dalam menyantuni masyarakat melalui pendekatan rawatan Islam, khidmat nasihat dan kesejahteraan ummah.
JEMPUT DATANG SEMUA! 🌿✨








PUSAT RAWATAN ISLAM AL ABQORY (PRIQ)
MASJID SHEIKH HAJI AHMAD
JUMPA DISANA!!

KAEDAH PAGAR PREMIS MEMBERSIHKAN SERTA  RAWATAN  DARI GANGGUAN JIN, SYAITAN IBLIS DAN SIHIR.Lokasi : PASARAYA, NEGERI SE...
20/05/2026

KAEDAH PAGAR PREMIS MEMBERSIHKAN SERTA RAWATAN DARI GANGGUAN JIN, SYAITAN IBLIS DAN SIHIR.

Lokasi : PASARAYA, NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 19/05/2026
Masa : 2300 Pm -0300 Am
Kes : Gangguan, Ikhtiar Rawatan Islam

1.Fatihatul Aurad
2.Istifar Kabir
3.Selawat Azamiah
4.Tahlil Mahsus
5.Ruqyah
6.Doa Selamat

πŸ›‘1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk office atau umah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg s**a tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

πŸ›‘2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

πŸ›‘3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadis lain p**a, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

πŸ›‘4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Qursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

πŸ›‘5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.

Ada kaedah yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'Memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan arah jam serta tabur garam kasar bagi membersihkan dari kehadiran makluk halus serta haiwan berbisa...

Sebagai kesimp**an, Islam membenarkan memagar rumah selagi mana dengan dibacakan ayat-ayat ruqyah daripada al-Quran dan sebagainya yang boleh menjadi pendinding daripada gangguan syaitan.

Berdasarkan nas-nas di atas, jelas bahawa perlindungan diri dan tempat tinggal boleh dilakukan dengan mengamalkan ayat-ayat seperti Surah al-Baqarah dan ayat Kursi sepertimana disebut dalam hadis Nabi SAW.

Oleh itu ajaklah ahli keluarga untuk melazimi membaca al-Quran setiap hari serta mengamalkan zikir-zikir yang ma’thur seperti himpunan zikir al-Ma’thurat, Hisnul Muslim dan sebagainya. Mudah-mudahan ia dapat menjadi pelindung diri kita dan ahli keluarga kita daripada sebarang gangguan... Insyaallah.

🀲🏼 Sesungguhnya kepada Allah segala hakikat kesembuhan,dan kepada Allah jua lah kita memohon pertolongan

RAWATAN ISLAM AL ABQORY
SHEIKH HAJI AHMAD
AZAMIAH

SOLLI ALA MUHAMMAD

MAKLUMAN RASMI πŸŒ™PEMBUKAAN SEMULA OPERASIAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Pihak pengurusanPUSAT RAWATAN ISLAM A...
29/03/2026

MAKLUMAN RASMI πŸŒ™
PEMBUKAAN SEMULA OPERASI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak pengurusan
PUSAT RAWATAN ISLAM AL ABQORY (PRIQ)
dengan s**acitanya memaklumkan bahawa pusat rawatan kini kembali beroperasi seperti biasa bermula 31 Mac 2026.

WAKTU OPERASI
Operasi rawatan akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
πŸ“… Hari: Selasa, Rabu & Jumaat
πŸ•˜ Masa: Selepas Isyak

Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran, sokongan dan kefahaman semua sepanjang tempoh penutupan sebelum ini.
Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan diberkati.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pengurus Pusat Rawatan
011-10670377
Sekian, wassalam.




Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuhπ’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝟐𝟎𝟐6 | πŸπŸ’πŸ’7𝐇Salam Lebaran daripada kami Barisan ...
22/03/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝟐𝟎𝟐6 | πŸπŸ’πŸ’7𝐇
Salam Lebaran daripada kami Barisan Panel Penasihat PRIQ serta seluruh warga kerja Pusat Rawatan Islam Al Abqory.

Minal 'Aidin wal-Faizin (Ω…ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΨ§Ψ¦ΩΨ―ΩΩŠΩ’Ω† ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω’ΩΩŽΨ§Ψ¦ΩΨ²ΩΩŠΩ’Ω†)

Taqabbalallahu minna wa minkum (ΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ω„ΩŽ اللهُ Ω…ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ ΩˆΩŽΩ…ΩΩ†Ω’ΩƒΩΩ…Ω’):
β€œSemoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”.

rawatan akan kembali beroperasi semula pada ketetapan satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Insyaallah...





-Tawakal

MAKLUMAN RASMI πŸŒ™SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAKAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak pengurusanPUSAT RAWATAN ISLAM...
18/02/2026

MAKLUMAN RASMI πŸŒ™
SEMPENA RAMADAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak pengurusan
PUSAT RAWATAN ISLAM AL ABQORY (PRIQ)
ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, rahmat dan keampunan buat kita semua serta dikurniakan kekuatan untuk meningkatkan amal ibadah dengan penuh keikhlasan.

PENUTUPAN OPERASI SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa pusat rawatan akan BERCUTI SEPANJANG BULAN RAMADAN bagi memberi laluan kepada fokus ibadah puasa serta penglibatan dalam aktiviti dan program masjid.
Pusat rawatan akan kembali beroperasi seperti biasa selepas tamat Ramadan (tarikh akan dimaklumkan kelak).

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Pengurus Pusat Rawatan
011-10670377
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima kasih atas sokongan dan kefahaman semua.
Sekian, Wassalam.

Rawatan Islam Al Abqory
Sheikh Haji Ahmad
~ Tawakal
Ramadhan 1447

MESYUARAT LAPORAN MENYELURUHPERKEMBANGAN & PENCAPAIANPUSAT RAWATAN ISLAM AL ABQORY (PRIQ)BAGI TAHUN 2025SENDAYAN, 3 FEBR...
04/02/2026

MESYUARAT LAPORAN MENYELURUH
PERKEMBANGAN & PENCAPAIAN
PUSAT RAWATAN ISLAM AL ABQORY (PRIQ)
BAGI TAHUN 2025

SENDAYAN, 3 FEBRUARI 2026
Pusat Rawatan Islam Al Abqory (PRIQ) telah mengadakan Mesyuarat Laporan Menyeluruh Perkembangan dan Pencapaian bagi Tahun 2025 bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Sheikh Haji Ahmad (MSHA), Sendayan, Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan, merumus dan menilai keseluruhan laporan pengoperasian, pencapaian serta perkembangan Pusat Rawatan Islam Al Abqory sepanjang tahun 2025, sebagai makluman dan rujukan kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid Sheikh Haji Ahmad.

Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Dr. Ustaz Anwar bin Muttaqin, selaku Pengerusi Masjid Sheikh Haji Ahmad merangkap Penasihat 1 Pusat Rawatan Islam Al Abqory, diiringi Setiausaha MSHA, En. Kamal, serta seluruh barisan perawat Pusat Rawatan Islam Al Abqory.

Antara perkara utama yang dibentangkan dan dibincangkan adalah:

Latar belakang penubuhan Pusat Rawatan Islam Al Abqory
Objektif serta impak penubuhan PRIQ kepada masjid dan masyarakat
Struktur dan organisasi Jawatankuasa PRIQ
Rangkuman aktiviti dan pencapaian sepanjang tahun 2025
Cadangan penambahbaikan bagi memperkasa perkhidmatan pusat rawatan

Hasil daripada perbincangan dua hala yang dijalankan, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenal pasti dan dipersetujui, yang dijangka mampu memberikan impak positif terhadap pengurusan serta penyampaian perkhidmatan PRIQ kepada masyarakat.

Pihak Penasihat turut menyampaikan kata-kata semangat dan penghargaan kepada seluruh barisan perawat atas komitmen dan pengorbanan dalam berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan, di samping sentiasa menjaga nama baik Masjid Sheikh Haji Ahmad dan Pusat Rawatan Islam Al Abqory.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Al-Fadil Ustaz Mohamad, selaku Pengerusi Pusat Rawatan Islam Al Abqory, diikuti dengan bacaan doa selamat serta jamuan ringan.

Diharapkan agar mesyuarat seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti kelemahan, menambah baik pengurusan serta memperkukuhkan mutu perkhidmatan Pusat Rawatan Islam Al Abqory demi manfaat masyarakat keseluruhannya.

Sumber: Lajnah Latihan & Pembangunan PRIQ
Gambar: Media PRIQ





Address

MASJID SHEIKH HAJI AHMAD SENDAYAN
Seremban
70300

Opening Hours

Tuesday 21:00 - 12:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Friday 21:00 - 12:00

Telephone

+601110670377

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam Al Abqory /PRIQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Rawatan Islam Al Abqory /PRIQ:

Shortcuts

Share