30/10/2021
Foundation mana yang sesuai untuk kulit anda? anda tahu macam mana nak pilih foundation yang betul? Jangan takut untuk mencuba!
Apabila jerawat muncul pasti membuatkan wanita merasai kurang selesa, apatah p**a untuk memakai foundation. Foundation boleh dipakai ketika muka sedang berjerawat, tetapi pemilihan jenis foundation haruslah betul. Sebolehnya elakkan menggunakan foundation yang menutupi liang pori anda dan membuatkan wajah anda lebih berminyak.
Here's some TIPS PILIH FOUNDATION
1) Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), cushion dan beberapa jenis yang lain.
2) Jenis foundation yang akan digunakan bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. Jangan beli kerana terpengaruh dengan iklan atau kata-kata jurujual.
3) Perlu lebih selektif ketika membeli foundation untuk wajah anda.
4) Jika anda berkulit cerah, pilih foundation yang mempunyai tona light. Tona warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah agak gelap, pilihlah tona deep.
5) Langkah selamat, pilih warna natural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti 'tepung gomak'.
6) Sapu sedikit foundation yang mahu dibeli di bahagian rahang anda sendiri untuk menguji jika ia benar-benar sesuai dengan warna kulit atau tidak.
7) Jangan cuba foundation di pergelangan tangan kerana kulit wajah tidak sama dengan kulit tangan.
8) Jika warna yang disapukan pada rahang kelihatan seakan-akan warna asli kulit, itulah warna yang paling sesuai.
Pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara rata. Gunakan span yang sesuai dan berus khas yang dikenali sebagai foundation brush. Ia sangat bagus untuk digunakan. Jika anda menggunakan foundation blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih memuaskan.
TAK TAU NAK PILIH JENIS FOUNDATION? PILIH LA CUSHION FOUNDATION!
Sebenernya cushion dikatakan sebagai make up serbaguna sebab multifungsi. Anda tidak perlu lagi menggunakan sunscreen sebab selalunya cushion sudah mengandung SPF. Selain itu, anda juga tidak perlu lagi menggunakan bedak sebab dengan cushion muka dah nampak cerah dan natural tanpa bedak.
Tips memilih Cushion yang tepat untuk wajah.
1) Tidak berminyak dan mengeringkan
2) Ringan & tahan lama
3) Mengandungi Pelindung Suria
Nota : O2 Cushion dari Wonderlab menggunakan formula high-coverage, hydrating & lightweight yang sesuai untuk semua jenis kulit.