03/09/2026
BINA MASA DEPAN PERNIAGAAN ANDA BERSAMA PROGRAM SKILLBIZ MARA 2026 SIRI 2
Anda Alumni INSTITUSI PENDIDIKAN MARA ( IPMA )? Sudah tiba masanya untuk mengubah ilmu dan pengalaman menjadi sebuah perniagaan yang berjaya!
Tidak kira sama ada anda baru ingin memulakan perniagaan atau sedang mengembangkan syarikat sedia ada, Program SkillBiz MARA merupakan platform terbaik untuk membina asas perniagaan yang kukuh, memperluaskan jaringan serta membuka peluang kepada pelbagai kemudahan keusahawanan MARA.
🌟 Apa yang bakal anda peroleh?
✅ Motivasi Keusahawanan ( Jatidiri keusahawanan )
✅ Bimbingan membina strategi dan model perniagaan yang berkesan
✅ Pengurusan kewangan dan tadbir urus syarikat
✅ Kemahiran pemasaran digital terkini
✅ Business Model Canvas (BMC) & penyediaan rancangan perniagaan
✅ Perkongsian eksklusif daripada ikon usahawan berjaya
✅ Pendedahan kepada Ekosistem Keusahawanan MARA
Program ini selaras dengan Pelan Strategik MARA 2026–2030 dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing, mampan serta mampu mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf sosioekonomi.
📅 22 – 24 September 2026 (Selasa - khamis)
📍 Swan Garden Resort Hotel, Melaka
🍽️ Penginapan & makan minum disediakan sepanjang program.
💰 Yuran Komitmen: RM100
🎯 Tempat adalah TERHAD! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usahawan masa hadapan yang lebih bersedia, berilmu dan berdaya saing.
📲 Daftar sekarang melalui link berikut : https://forms.gle/Ag214qQx6g1Ti8gp8
Pertanyaan boleh hubungi En Mohd Hilmi : 013-6242895 atau En Shakor : 013-6152337
Hari ini anda membuat keputusan. Esok, anda membina legasi. Bersama MARA, jadikan impian perniagaan anda satu realiti!