06/06/2026
*Daripada berjalan menggunakan walking frame kepada berjalan normal dalam masa 1 Minggu*.
Pesakit muda berumur 16 tahun ini datang ke klinik kami selepas mengalami kecederaan kaki semasa bersukan. Pada awalnya, beliau mengalami kesakitan yang sangat teruk, tidak mampu menampung berat badan pada kaki yang cedera, dan perlu menggunakan walking frame untuk berjalan.
Selepas penilaian fisioterapi yang teliti, kami mendapati kecederaan ini melibatkan tendon dan simptomnya menyerupai beberapa masalah kaki/pergelangan kaki yang lain. Sebab itu, pemeriksaan yang betul sangat penting supaya diagnosis lebih tepat dan rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.
Dengan rawatan fisioterapi yang fokus kepada pengurangan sakit, pemulihan tendon, dan latihan weight-bearing secara berperingkat, perkembangan beliau sangat memberangsangkan. Dalam masa 1 minggu, beliau sudah mampu berjalan normal semula tanpa limp.
Di Miracle Physiotherapy, kami bukan sekadar merawat sakit tetapi kami menilai punca masalah dan membimbing proses pemulihan secara teratur sehingga pesakit kembali berfungsi dengan baik.
Kecederaan sukan? Sakit kaki atau pergelangan kaki? Jangan teka-teka. Buat penilaian dan rawatan yang betul.
๐ Miracle Physiotherapy Rehabilitation & Pain Clinic
๐ 010-2025155
FisioterapiSeremban PainManagementPhysio RehabilitasiSukan PemulihanFisioterapi