Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan

Call Directions Website

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan Pusat Maklumat Pemakanan merupakan sebuah pusat informatif yang mengumpul dan menyebar maklumat pemakanan yang terkini dan tepat kepada masyarakat.

05/10/2026
05/10/2026

**LITTLE EINSTEIN WORKSHOP 🧠✨**
🌟 _Generasi Sihat Bersama Susu Ibu Sempena Hari Kanak - Kanak Sedunia_ 🌟

Mak Ayah, jom bawa anak usia 4 hingga 9 tahun sertai aktiviti **fun, hands-on & penuh kreativiti!** 😍

👧🏻👦🏻 **Little Einstein Workshop** direka khas untuk membantu anak:\
💪 Enhance Motor Skills\
🧠 Stimulate Sensory\
🎨 Creative Thinking\
🎯 Hunting / Achieve Mission\
🤸‍♂️ Fun Activities

📅 **17 Oktober 2026 (Sabtu)**
⏰ **11.00 pagi – 2.00 petang**
📍 **KipMall Senawang**
💰 **RM50/pax sahaja**
🚨 **TERHAD 30 SEATS!**

🎁 **APA YANG ANAK BAWA PULANG?**
🍱 Chicky Meal
🧸 Selfmade Squishy Toys + Playdoh
🎨 Art Frame
📜 Certificate
🎁 Goodies

✨ Anak belajar • bermain • membesar dengan sihat! ✨

📲 **Jom daftar sekarang sebelum slot penuh!**
https://forms.gle/Ss7sdLSuFw7JmHpVA

Untuk pendaftaran, WhatsApp
LC Fadzlina : www.wasap.my/60166237387

🥤 TIPS UNTUK REMAJA: CARA KURANGKAN GULA TANPA RASA TERTEKAN 😫Tahukah anda, sekitar 1 daripada 3 remaja Malaysia mengamb...
02/10/2026

🥤 TIPS UNTUK REMAJA: CARA KURANGKAN GULA TANPA RASA TERTEKAN 😫

Tahukah anda, sekitar 1 daripada 3 remaja Malaysia mengambil minuman berkarbonat sekurang-kurangnya sekali sehari? Pengambilan minuman manis yang kerap boleh menyumbang kepada pengambilan gula berlebihan dalam diet harian.

Nak kurangkan gula? Mulakan dengan perubahan kecil yang lebih mudah dikekalkan. 💪

✅ Tukar satu minuman manis sehari kepada air kosong
✅ Latih lidah dengan tahap kemanisan yang lebih rendah secara berperingkat
✅ Bila membeli minuman, cuba pesan “kurang manis”
✅ Bawa air kosong supaya lebih mudah membuat pilihan yang sihat
✅ Semak jumlah gula pada label pemakanan dan bandingkan antara produk
✅ Kalau teringin rasa manis, pilih buah-buahan segar berbanding jus atau minuman manis 🍎🍊

Tidak perlu berubah semuanya dalam sehari. Mulakan satu perubahan kecil dahulu, kemudian jadikan ia satu kebiasaan. 💧

📢 MAKLUMAN PENUTUPAN 📢 PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN NEGERI SEMBILANKlinik Kesihatan Seremban 2Dimaklumkan bahawa Pusat Maklu...
30/09/2026

📢 MAKLUMAN PENUTUPAN 📢

PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN NEGERI SEMBILAN
Klinik Kesihatan Seremban 2

Dimaklumkan bahawa Pusat Maklumat Pemakanan akan DITUTUP pada 30 September 2026 (Rabu).

📌 Sebab:
Pegawai bertugas terlibat dalam mesyuarat.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Pusat Maklumat Pemakanan
Klinik Kesihatan Seremban 2

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh All...
29/09/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

🌸 SIBUK BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK BERSARAPAN! 🌸Bagi wanita yang bekerja dan mempunyai rutin pagi yang padat, sarapan tida...
26/09/2026

🌸 SIBUK BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK BERSARAPAN! 🌸

Bagi wanita yang bekerja dan mempunyai rutin pagi yang padat, sarapan tidak semestinya rumit atau mengambil masa yang lama. Pilihan yang praktikal ialah sarapan yang membekalkan protein, serat dan sumber karbohidrat yang lebih berkualiti supaya dapat membantu memberi rasa kenyang lebih lama serta mengekalkan tenaga sepanjang pagi. 💪🥣

Gabungan protein dan serat juga membantu memperlahankan proses penghadaman dan meningkatkan rasa kenyang. Sebaliknya, sarapan yang banyak mengandungi karbohidrat terproses dan kurang protein atau serat boleh menyebabkan kita lebih mudah berasa lapar semula. ⚡

🍌🥜 Nak pilihan yang mudah? Cuba Peanut Butter Banana Overnight Oats!

Sediakan pada malam sebelumnya menggunakan rolled oats, susu rendah lemak, mentega kacang, yogurt Greek dan pisang. Simpan di dalam peti sejuk semalaman, dan keesokan pagi sarapan sudah tersedia untuk dinikmati sebelum keluar bekerja. ⏰✨
✅ Mudah disediakan
✅ Menjimatkan masa pada waktu pagi
✅ Mengandungi gabungan protein dan serat
✅ Praktikal untuk dibawa ke tempat kerja

Tidak perlu tunggu pagi yang “tak sibuk” untuk mula bersarapan dengan lebih baik. Sedikit persediaan pada malam sebelumnya boleh memudahkan pilihan makanan yang lebih berkhasiat pada keesokan harinya. 💜

📌 Simpan perkongsian ini dan cuba sediakan sarapan anda pada malam sebelum bekerja nanti!

📚 3 Kunci Pemakanan Untuk Menyokong Fokus Murid Sekolah 🍽️Pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong p...
14/09/2026

📚 3 Kunci Pemakanan Untuk Menyokong Fokus Murid Sekolah 🍽️

Pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan otak, penghasilan tenaga dan keupayaan murid untuk kekal fokus sepanjang sesi pembelajaran. 🧠✨

Antara kunci pemakanan yang boleh membantu ialah:
🐟 Omega-3 – menyokong perkembangan otak, daya ingatan dan tumpuan.
🩸 Zat besi – membantu membawa oksigen ke otak; kekurangan zat besi boleh menyebabkan murid mudah letih dan sukar fokus.
🥛🍌🍳 Sarapan seimbang – membekalkan tenaga dan membantu murid lebih bersedia untuk belajar.

Pemakanan yang baik bukan sekadar mengenyangkan, tetapi turut membantu menyediakan tubuh dan minda untuk proses pembelajaran yang lebih optimum. 🌱📖

Anak cukup nutrisi, minda lebih bersedia, pembelajaran lebih bermakna. 💡

ADAKAH BANTUT BOLEH DIPULIHKAN?Ya, masalah bantut boleh dipulihkan sekiranya keadaan tersebut telah dikenal pasti  pada ...
04/09/2026

ADAKAH BANTUT BOLEH DIPULIHKAN?

Ya, masalah bantut boleh dipulihkan sekiranya keadaan tersebut telah dikenal pasti pada peringkat awal. 1000 Hari Pertama Kehidupan (1000 HPK), bermula dari tempoh kehamilan sehingga anak berusia 2 tahun, merupakan tempoh yang paling kritikal dan berkesan untuk mencegah serta membantu menangani masalah bantut.

Antara faktor penting yang menyokong proses pemulihan ialah pemakanan berkualiti, persekitaran dan sanitasi yang bersih, akses kepada penjagaan kesihatan serta pencegahan dan rawatan jangkitan berulang seperti cirit-birit.

Ambil tindakan segera dan pantau pertumbuhan anak secara berkala


🥗 SELAMAT MENYAMBUT MALAYSIA NUTRITIONISTS’ DAY 2026! 💚Nutritionists in Action: Empowering Communities Against Malnutrit...
04/09/2026

🥗 SELAMAT MENYAMBUT MALAYSIA NUTRITIONISTS’ DAY 2026! 💚

Nutritionists in Action: Empowering Communities Against Malnutrition

Peranan Nutritionist bukan sekadar berkongsi tentang apa yang perlu dimakan. Kami turut membantu masyarakat memahami pemakanan, membina tabiat yang lebih sihat dan mengambil langkah yang praktikal mengikut keperluan setiap peringkat kehidupan.

Daripada kanak-kanak, remaja, dewasa hingga warga emas, usaha menangani masalah malpemakanan memerlukan tindakan berterusan, kerjasama dan pemerkasaan komuniti.

Sempena Malaysia Nutritionists’ Day 2026, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Nutritionist di Malaysia yang terus menyumbang tenaga, kepakaran dan komitmen dalam memperkukuh agenda pemakanan masyarakat.

💚 Terus berilmu. Terus membimbing. Terus memperkasa.

Bersama kita membina Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera. 🌱

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 Tahun…ikhlas dari warga  Maklumat Pemakananan Negeri Sembilan dan  ❤️🇲🇾   ...
31/08/2026

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 Tahun…ikhlas dari warga Maklumat Pemakananan Negeri Sembilan dan

❤️🇲🇾

Address

Klinik Kesihatan Seremban 2, Jalan S2 A2, Seremban 2
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+6066033700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share