Neo Rehab & Physiotherapy

Neo Rehab & Physiotherapy SSM: 003447442-H
Servis rawatan professional di centre dan ke rumah. KEPAKARAN KAMI ADALAH FISIOTERAPI DAN REHABILITASI.

Pemulihan pesakit bermula dirumah, dan biar pakar kami yang bertauliah yang membantu anda.

  πŸ‘ΆπŸ» Bayi dah 6 bulan, tapi masih belum boleh bergolek?β€œDia belum rolling lagi… normal ke?”Pada usia sekitar 6 bulan, ke...
26/08/2026

πŸ‘ΆπŸ»

Bayi dah 6 bulan, tapi masih belum boleh bergolek?

β€œDia belum rolling lagi… normal ke?”

Pada usia sekitar 6 bulan, kebanyakan bayi sudah mula menunjukkan kemahiran untuk bergolek, terutamanya dari meniarap ke terlentang.

Kalau bayi masih belum menunjukkan usaha untuk rolling, kurang aktif bergerak, atau nampak s**ar mengangkat kepala dan badan ketika tummy time, jangan terus tunggu sampai dia besar.

πŸ”Ž Ini bukan bermaksud anak pasti ada masalah perkembangan.

Tetapi ia adalah tanda yang wajar dinilai, terutama jika terdapat kelewatan dalam kemahiran motor yang lain.

πŸ’‘ Physiotherapy pediatrik boleh membantu menilai:
β€’ Head & trunk control
β€’ Muscle strength & tone
β€’ Movement pattern
β€’ Tummy time skills
β€’ Readiness untuk rolling & milestone seterusnya

🌱 Lebih awal kita kenal pasti cabaran, lebih awal kita boleh bantu anak bergerak dengan lebih baik.

πŸ“² Nak tahu sama ada perkembangan motor anak sesuai dengan usianya?
WhatsApp Neo Rehab untuk developmental assessment anak anda.

πŸ“ Kawasan liputan:
Seri Kembangan, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Cheras, Puchong dan Bangi.

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.
https://wa.me/601110536546

-- Stay active, stay healthy --
https://www.nrphysio.com/


Jom kenali 3 jenis stroke yang selalu dihadapi oleh pesakit:1. Salur darah pecah (punca disebabkan oleh tekanan darah ti...
22/08/2026

Jom kenali 3 jenis stroke yang selalu dihadapi oleh pesakit:

1. Salur darah pecah (punca disebabkan oleh tekanan darah tinggi)
2. Tersumbat (selalunya terjadi disebabkan ada darah beku.)
3. Salur darah sempit (Salur darah yang semakin sempit akibat pembentukan plak boleh mengurangkan aliran darah ke otak. boleh disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal)

Walaupun punca dan jenis stroke berbeza, kesannya terhadap pergerakan, kekuatan, keseimbangan dan fungsi harian boleh menjadi sangat besar.

Sebab itu, selepas keadaan pesakit stabil, proses rehabilitasi juga sangat penting. πŸ’ͺ

Fisioterapi boleh membantu pesakit stroke untuk:
βœ… Memperbaiki pergerakan dan kekuatan
βœ… Melatih keseimbangan dan berjalan
βœ… Meningkatkan keupayaan melakukan aktiviti harian
βœ… Mengurangkan risiko komplikasi akibat kurang bergerak
βœ… Membantu keluarga belajar cara mengendalikan dan memindahkan pesakit dengan lebih selamat

Stroke bukan bermakna semuanya berakhir. Dengan rawatan, latihan dan sokongan yang sesuai, pesakit masih boleh berusaha mendapatkan semula fungsi dan keyakinan dalam kehidupan seharian. ❀️
#πŸ“ Kawasan liputan:
Seri Kembangan, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Cheras, Puchong dan Bangi.

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.
https://wa.me/601110536546

-- Stay active, stay healthy --
https://www.nrphysio.com/


Hot take daripada physio:β€œJangan selalu bagi pesakit warga emas banyak baring.β€πŸ˜¬Okay, maksudnya bukan suruh mereka berla...
13/08/2026

Hot take daripada physio:

β€œJangan selalu bagi pesakit warga emas banyak baring.”
😬

Okay, maksudnya bukan suruh mereka berlari marathon.

Tapi kalau setiap kali pon bila pesakit ni mengadu penat, kita terus cakap:

β€œDuduk je lah.”
β€œTak payah jalan.”
β€œBiar saya buat.”

Lama-lama badan kurang bergerak.
Dan bila badan kurang digunakan…

Nak angkat badan dah tak kuat.
stamina turun.
Balance out.
Nak berjalan pon tak confident.

Kadang-kadang kena paksa sikit untuk bangun, duduk, berjalan ni sebenarnya salah satu bentuk penjagaan yang paling baik.

Bantu dan motivates mereka buat apa yang mereka masih mampu buat sendiri.

Ini baru konsep β€œhelping”, bukan β€œtaking over”. πŸ‘Œ

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.
https://wa.me/601110536546

-- Stay active, stay healthy --
https://www.nrphysio.com/


12/08/2026

Confession seorang physio:

Kadang-kadang pesakit datang sebab sakit lutut.

Tapi lepas sembang 10 minit…

rupanya masalah sebenar bukan lutut pun πŸ˜‚

Lebih kepada trauma. Takut jatuh. Tak yakin nak berjalan.
Kat rumah pulak asyik duduk je, anak-anak risau nak bagi mak ayah berjalan sendiri.

Kadang-kadang kita kena cari kenapa orang tu dah tak yakin nak bergerak.

Bila punca tu kita jumpa, baru senang nak bina balik pergerakan dia.

kadang2 masalah utama tu lebih kepada keyakinan diri. Ada setengah pesakit die-die taknak bergerak, mmm yang tu memang fisio surrender la..tak dapat nak dipujuk tu πŸ˜…

Ada tak yang pernah alami benda macam ni?

11/08/2026

Kalau mak ayah selalu cakap, β€˜Jalan sikit je dah lenguh… jalan sikit je kaki dah rasa berat… kaki cepat penat’, tonton video ni sampai habis ya. Ramai pesakit saya selalu ada masalah yang sama. Bukan tak nak berjalan, tapi jalan sikit je, kaki dah penat.

Jadi daripada terus paksa untuk berjalan, kita boleh buat latihan stamina yang lebih mudah tapi efektif! dengan menggunakan PEDAL CYCLING!

Salah satu alat yang fisio s**a gunakan ialah pedal cycling 🚲

Dengan pedal cycling, kita boleh:
βœ… Gerakkan kedua-dua sendi lutut & kaki secara berulang
βœ… Latih stamina untuk kaki
βœ… Boleh adjust skru bagi ketat atau longgar (resistance training)
βœ… Recommended buat 10-15 minit setiap hari.

Untuk warga emas atau individu yang kurang aktif, ia boleh menjadi salah satu cara untuk mula membina ketahanan & stamina sebagai persediaan kepada aktiviti seperti berjalan.

πŸ“Œ Nak tengok pedal cycling yang saya gunakan dalam video ni?

Saya letakkan link dekat komen πŸ‘‡πŸ»

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.https://wa.me/601110536546🌟 RECAP: Hujung Minggu Bersama Komuniti di Karnival MPAJ L...
08/08/2026

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.
https://wa.me/601110536546🌟 RECAP: Hujung Minggu Bersama Komuniti di Karnival MPAJ Lembah Jaya! 🌟

Sabtu lepas (25 Julai 2026), team Neo Rehab & Physiotherapy telah turun padang memeriahkan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat!

Memandangkan karnival kali ini berkonsepkan kekeluargaan, booth kami bawakan kelainan sikit. Sambil mak ayah buat rawatan mini di booth sebelah, kami sediakan ruang Free Fun Activities khas untuk kanak-kanak! Seronok tengok adik-adik ni fokus siapkan shape puzzle dan mainan interaktif. Sambil mereka bermain, dapatlah juga team kami perhatikan perkembangan motor halus dan kognitif mereka (memang dekat di hati kami yang juga fokus pada pediatric rehab πŸ˜‰).

Walaupun suasananya lebih santai, team kami tetap sibuk melayani mak ayah yang singgah untuk saringan fizikal promosi RM20 kami. Antara kes paling banyak kami bantu hari tu:

πŸ’₯ Sakit Bahu (Shoulder Pain): Ramai yang mengadu lenguh, maklumlah banyak kerja di ofis!
πŸ’₯ Sakit Lutut (Knee Pain): Terasa sakit bila lipat lutut, tapi tak tahu apa puncanya??
πŸ’₯ Sakit Tapak Kaki (Plantar Fasciitis & Flat Foot): Ramai yang baru sedar kenapa kaki cepat lenguh dan sakit di bahagian tumit bila berdiri lama.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, bertegur sapa, dan mencuba sesi rawatan ekspres bersama kami. Walaupun ruang terhad, gembira rasanya dapat bantu legakan kesakitan anda semua! ✨

Bagi yang tak sempat singgah booth kami hari tu, jangan risau. Pintu pusat rehabilitasi kami di Seri Kembangan sentiasa terbuka untuk anda. Jom rawat punca sakit anda sebelum ia melarat!

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.
https://wa.me/601110536546

πŸ“ Kawasan liputan:
Seri Kembangan, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Cheras, Puchong dan Bangi.

-- Stay active, stay healthy --
https://www.nrphysio.com/


06/08/2026

Kenapa kena ambil banyak2 sesi. Buat sekali je tak cukup ke??
πŸ™‚β€β†”οΈSenang je. Fisio ni konsepnya macam kita pergi gym! πŸ’ͺ Kita takkan sado atau terus kurus kalau pergi angkat besi sekali je, kan?

🧠 Untuk pesakit Stroke: Selalunya fisioterapi akan banyak buat repetitive action/training. Tujuannya: untuk ajar otak untuk buat 'jalan baru' (Neuroplasticity).
Please note: stroke ni kecederaan didalam otak. Jadi jalan penghubung dari otak ke anggota badan terputus/rosak selepas stroke. Jadi otak perlukan ulangan beratus/beribu kali supaya dia "ingat" semula cara nak bergerak dan berfungsi.

πŸšΆβ€β™‚οΈ Untuk Warga Emas: Otot yang dah lemah perlukan masa dan konsistensi untuk dibina semula bagi mengelakkan risiko jatuh.
Badan manusia bukan macam mesin, tukar spare part terus elok. Kalau tukar pon (contoh macam Total Knee Replacement) pon kena banyak kali kena buat sesi follow up. Banyak faktor kita nak tengok: pain tolerance, endurance, strength, balance, gait..

Jadinya; trust the process okay! Jangan terlalu percaya dengan janji bulan bintang buat sekali terus okay. βœ¨πŸŒ•

"Sakit punggung bila duduk sampai susah nak bangun. Ni Slip Disc ke?" Bila ada orang mengadu sakit kat bahagian "papan p...
05/08/2026

"Sakit punggung bila duduk sampai susah nak bangun. Ni Slip Disc ke?"

Bila ada orang mengadu sakit kat bahagian "papan punggung" atau "tulang punggung", benda pertama terlintas mesti Slip Disc kan?

Ya, Slip Disc (masalah cakera tulang belakang) memang boleh bagi efek sakit menjalar ke punggung. TAPI, ada 2 lagi suspek utama yang selalu kita jumpa:
1. 🎯 Piriformis Syndrome: Otot kat dalam punggung anda bengkak/keras/kejang dan pergi himpit saraf sciatica. Simptomnya memang sakit menyucuk bila duduk lama! (Rujuk gambar 1)

Sakitnya hampir menyerupai macam slip disc atau sciatica, tapi physio selalunya akan dapat kesan adakah ini root cause sakit tu melalui beberapa special test.

2. 🎯 Ischial Bursitis (Weaver's Bottom): Kantung cecair (bursa) dekat tulang duduk anda tu meradang. Bila duduk lama, berat badan tekan kantung tu, dia akan jadi radang, lama-lama makin sakit, memang menangis nak bangun. A real pain in butt! Selalunya pesakit confirm akan cakap sakit makin menjadi-jadi bila duduk. Tapi bila berdiri atau baring, sakit tu jadi kurang. (Rujuk gambar 2)

apa-apa pun jangan lupa untuk consult dengan physiotherapist berhampiran anda ya! yang berdekatan dengan Seri Kembangan, Putrajaya & Cyberjaya boleh datang ke premis kami untuk consultation & rawatan.

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.
https://wa.me/601110536546

-- Stay active, stay healthy --
https://www.nrphysio.com/


Bila bangun tidur je, setiap kali tapak kaki nak pijak lantai mesti sakit; rasa macam terpijak paku dekat tumit? πŸ˜–Makin ...
04/08/2026

Bila bangun tidur je, setiap kali tapak kaki nak pijak lantai mesti sakit; rasa macam terpijak paku dekat tumit? πŸ˜–

Makin lama berjalan, makin kurang sakit tu. Tapi bila duduk lama dan bangun balik, sakit tu datang balik!

Kenal tak simptom ni? Ini adalah tanda-tanda klasik Plantar Fasciitis (radang pada urat tapak kaki).

Kalau anda ada masalah Plantar Fasciitis (sakit tumit terutama waktu pagi), cuba buat 3 benda ni dekat rumah:

🧊 Ice Roll: Bekukan air dalam botol mineral. Letak kat lantai dan golekkan tapak kaki atas botol tu selama 10-15 minit. Rasa sejuk ice tu dapat bantu mengurangkan sakit tumit tu.

πŸ§˜β€β™‚οΈ Regangan Betis (Calf Stretch): Tolak dinding, satu kaki di hadapan, satu kaki lurus di belakang. Tarik betis tu sekurang-kurangnya 30 saat. (Rujuk gambar yaa)

πŸ‘Ÿ Tukar Kasut: Berhenti pakai selipar nipis atau kasut tapak keras buat sementara waktu. Cari kasut yang ada sokongan lengkungan tapak kaki (arch support). Ramai yang cakap kasut Medifeet tu bagus. Boleh la cuba survey.

Dah buat semua ni tapi masih sakit? Masa untuk dapatkan rawatan fisioterapi yang betul. πŸ’ͺ Boleh dapatkan promo RM69 sahaja untuk rawatan mini di premis kami. Promosi sampai 31 September ni tau, rugi tak grab πŸ˜‰

Hubungi Cik Nur untuk Cik Nur bantu.
https://wa.me/601110536546

-- Stay active, stay healthy --
https://www.nrphysio.com/


Address

C-11-2, Jalan PP25, Putra Walk
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Friday 09:00 - 12:30
14:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Neo Rehab & Physiotherapy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Neo Rehab & Physiotherapy:

Shortcuts

Share