Qieffa D'Beaute-official

Qieffa D'Beaute-official NZ Muttaqin Resources (002999621-P) adalah syarikat Pengeluar Jus minuman "Qieffa" . Jus Qieffa diha

29/04/2023

Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 😁

Tak sabar nak terbang ke tuan-tuan saya harini 😍Alhamdulillah untuk postage harini 🤲 terima kasih kepada jus qieffa love...
13/01/2022

Tak sabar nak terbang ke tuan-tuan saya harini 😍Alhamdulillah untuk postage harini 🤲 terima kasih kepada jus qieffa lovers untuk pengamalan yang sihat ini. Semoga semuanya beroleh manfaat dan kesihatan bersama Aamiin 🥰🤲💛🧡

for more detail & order 😉👇

http://www.wasap.my/601170366496/nakjusqieffa

Alhamdulillah harini top stokis serikembangan kita, cikgu lida grab 2 botol jus qieffa lagi 😍💛🧡 Semoga dengan pengamalan...
13/01/2022

Alhamdulillah harini top stokis serikembangan kita, cikgu lida grab 2 botol jus qieffa lagi 😍💛🧡 Semoga dengan pengamalan jus qieffa ini semua beroleh kesihatan yang baik Aamiin 🤲

Nak dapatkan jus qieffa? boleh tekan link dekat bawah ya 🥰👇

http://www.wasap.my/601170366496/nakjusqieffa

ORIGINAL JUS QIEFFA D'BEAUTYJUS QIEFFA D'BEAUTY SANGAT BAGUS UNTUK ORANG YANG ADA MASALAH :-✔️ Jantung tersumbat✔️ Athma...
06/02/2021

ORIGINAL JUS QIEFFA D'BEAUTY

JUS QIEFFA D'BEAUTY SANGAT BAGUS UNTUK ORANG YANG ADA MASALAH :-

✔️ Jantung tersumbat
✔️ Athma
✔️ Tekanan darah tinggi
✔️ Kolestrol
✔️ Resdung
✔️ Arthritis
✔️ Gout
✔️ Kencing manis
✔️ Kebas tangan kaki
✔️ Sembelit

KHASIAT/KEBAIKKAN JUS QIEFFA D'BEAUTY:-
✅ Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Darah
✅ Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
✅ Membantu Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
✅ Menurunkan Kadar Bacaan Darah Tinggi
✅ Menurunkan bacaan gula utk DIABETES
✅ Membantu masalah Gout
✅ Membuang Angin Dalam Badan
✅ Melawaskan Penghadaman
✅ Melancarkan Perjalanan Darah
✅ Membuang Kahak & Mencairkan Lemak
✅ Membantu Melegakan Sakit Kepala & Sakit Badan
✅ Mampu Menurunkan Berat Badan

CARA MINUM JUS QIEFFA D'BEAUTY:-
*2 Sudu (selepas makan) & 2 Sudu (sebelum tidur)*
* Goncang sebelum minum & simpan di peti sejuk selepas buka

Ramuan daripada bahan-bahan 100% asli & tanpa pengawet:-
a) Bawang putih
b) Halia
c) Lemon
d) Cuka epal
e) Madu Kelulut
JUS QIEFFA D'BEAUTY
Harga Asal: RM86 SHJ

Harga Promosi: 1 Botol RM50 SHJ🤗🤗
(Tak termasuk postage)

🔥Dapatkan Jus Qieffa 100% homemade. Tiada bahan pengawet atau bahan yang terlarang. ✅Jus ini baik untuk pendalaman seper...
03/02/2021

🔥Dapatkan Jus Qieffa 100% homemade. Tiada bahan pengawet atau bahan yang terlarang.

✅Jus ini baik untuk pendalaman seperti :-

✔ Membantu mencegah penyumbatan kardiovaskular
✔ Membantu menurunkan kadar kolestrol
✔ Membantu melancarkan perjalanan darah
✔ Membantu mengurangkan sakit gout
✔ Membantu menurunkan berat badan
✔ Membantu mengurangkan angin dalam badan..
✔ Membantu mengembalikan selera makan

JUS QIEFFA D'BEAUTY
Harga asal : RM 86 Sebotol

🎉Harga promosi : RM 55sebotol😊
RM100 Dua Botol💕

(Tak termasuk postage)
✅Whatsapp sekarang👇👇
http://www.wasap.my/+60108080579/nakoderJUSQIEFFA

Antara bahan yang ada dalam Jus Qieffa D'Beauty-CUKA EPAL-Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning ...
21/01/2021

Antara bahan yang ada dalam Jus Qieffa D'Beauty

-CUKA EPAL-

Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat. Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

Cuka epal telah digunakan semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan.

Pahlawan Samurai Jepun turut dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh mereka.

Apakah khasiat cuka epal terhadap kecantikan dan kesihatan?

Khasiat cuka epal 1:

Bantu menurunkan berat badan

Khasiat cuka epal dalam menurunkan berat badan adalah kerana kehadiran asid asetik, yang boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mencerna kanji.

Apabila hal ini berlaku, lebih sedikit jumlah makanan yang dipecah menjadi kalori dalam aliran darah dan ini boleh memberi kesan kecil terhadap berat badan anda.

Tetapi, terlalu banyak asid asetik dapat merosakkan tekak. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mencampurkan satu sudu cuka epal dengan kira-kira 250 ml air dan ambil sebelum makan.

Cuka epal boleh menghalang beberapa kanji daripada diserap, walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh memakan apa sahaja tanpa had.

Khasiat cuka epal 2:

Mengekalkan tahap gula darah

khasiat cuka epal
Dengan cuka epal, individu boleh mengelak dari menjadi mangsa diabetes.

Kesan anti-glisemik daripada cuka epal dikaitkan dengan keupayaannya untuk menghalang sebahagian daripada kanji daripada dicerna dan menurunkan paras gula darah anda.

Walau bagaimanapun, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu berkenaan perkara ini.

Persatuan Diabetes Amerika turut menyatakan, pengambilan cuka pada waktu tidur boleh memberi kesan kepada kepekatan glukosa dalam kalangan pesakit yang mempunyai penyakit diabetes jenis 2.

Khasiat cuka epal 3:

Merendahkan tekanan darah

Cuka epal membantu mengimbangi tahap pH badan, yang kemudiannya menurunkan tekanan darah.

Cuka epal memecahkan simpanan lemak dan kahak dalam badan dan ini membantu peredaran darah yang lebih baik selain mengurangkan tekanan terhadap dinding arteri.

Ciri-ciri anti-hipertensi cuka epal juga boleh dikaitkan dengan kandungan kaliumnya yang tinggi, berfungsi mengurangkan kesan negatif natrium atau garam pada tekanan darah.

Khasiat cuka epal 4:

Merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian dalam Pakistan Journal of Biological Sciences mendapati, tikus yang diberi cuka mengalami pengurangan LDL (kolesterol jahat) dan mengalami peningkatan HDL (kolesterol baik).

Selain itu, epal juga mengandungi pektin, jenis serat yang didapati menurunkan tahap kolesterol.

Seperti mana yang kita ketahui, pengurangan kadar kolesterol juga bermakna risiko penyakit jantung adalah lebih rendah.

Menurut satu kajian dalam Harvard School of Public Health, wanita yang menggunakan cuka sebagai dressings salad didapati memiliki risiko penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dressings salad yang lain.

Cuka juga mengandungi kandungan asid klorogenik, antioksidan yang terbukti secara saintifik untuk melindungi individu daripada penyakit jantung.

Dos pektin yang tinggi juga menyumbang secara langsung kepada kesihatan jantung.

Khasiat cuka epal 5:

Memutihkan gigi secara semula jadi

Cuka epal juga boleh bertindak sebagai agen pembersih. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan kotoran pada gigi anda tetapi juga membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi tertentu.

Khasiat cuka epal 6:

Ada ciri antioksidan

khasiat cuka epal
Cuka epal kaya dengan sebatian bioaktif tertentu seperti asid asetik, catechin, asid gallik, asid kafein, dan lain-lain, yang memberikan sifat antioksidan yang kuat.

Ciri-ciri antioksidan ini menghalang kesan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA sel.

Khasiat cuka epal 7:

Membantu merawat candida

Candida adalah yis fungi yang hidup di permukaan kulit. Ia membiak dalam persekitaran berasid yang sering disebabkan oleh pemakanan yang buruk.

Cuka epal mengembalikan keseimbangan pH dalam badan dan ia mewujudkan persekitaran beralkali dan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang bermanfaat.

Bakteria yang sihat ini boleh menyembuhkan candida. Enzim-enzim kaya yang terdapat di dalam cuka epal berfungsi mengawal kehadiran candida.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Brazil yang bertajuk “Antifungal Activity of Apple Cider Vinegar on Candida Species Involved in Denture Stomatitis” yang diterbitkan pada tahun 2015, ciri-ciri antikulat cuka epal boleh bertindak terhadap Candida dan menawarkan manfaat terapeutik.

Khasiat cuka epal 8:

Meningkatkan kesihatan dan penampilan rambut

Cuka epal juga mempunyai pelbagai faedah untuk rambut. Pertama, ia meningkatkan keliangan (porosity) iaitu keupayaan rambut untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan rambut.

Ia menutup kutikel dan membolehkan rambut mengekalkan lebih banyak kelembapan. Walau bagaimanapun, cuka epal boleh menjadikan rambut mengalami kekeringan.

Oleh itu, anda perlu menggunakan pelembap selepas menggunakannya.

Cuka epal juga boleh membantu merawat kelemumur. Keasidan yang dimilikinya menjadikannya sukar untuk kulat (yang menyumbang kepada kelemumur) untuk berkembang biak pada kulit kepala anda.

Khasiat cuka epal 9:

Merawat ketuat

Sapukan cuka epal pada bahagian ketuat dan tutupi kawasan ketuat tersebut dengan menggunakan band-aid. Biarkan ia semalaman dan tanggalkan band-aid pada waktu pagi.

Ulanginya setiap hari, dan anda akan dapat melihat hasilnya dalam tempoh seminggu atau lebih.

Beberapa laporan kajian mencadangkan bahawa penggunaan topikal asid asetik dengan kepekatan tinggi boleh membantu mengurangkan ketuat.

Khasiat cuka epal 10:

Bantu melegakan pedih ulu hati dan refluks asid

Pedih ulu hati dan refluks asid sering kali disebabkan oleh asid perut yang terlalu sedikit.

Duka epal yang berasid, memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut dan membantu pemecahan makanan.

Ini boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid. Cuka epal juga mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh menghalang masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.

Antara bahan utama yang ada dalam Qieffa D'Beauty-HALIA-HALIA ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas, yang memil...
20/01/2021

Antara bahan utama yang ada dalam Qieffa D'Beauty

-HALIA-

HALIA ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas, yang memiliki sifat perubatan dan manfaat kesihatan.
Tahukah anda, halia digunakan di serata dunia dalam pelbagai hidangan?

Ia banyak tumbuh di negara-negara bercuaca panas termasuk di China, India, Afrika, rantau Caribbean dan sudah pasti di nusantara.
Pada zaman pemerintahan Dinasti China, mereka telah mencadangkan penggunaan halia bagi melawan loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid.

Ianya antara bahan versatil yang boleh ditambahkan dalam minuman smoothie,, sayuran, kari atau kuah, sup mahupun teh halia. Satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.

Berikut Jus Qieffa D'Beauty kongsikan 10 khasiat halia yang mungkin anda tidak tahu.

1) Mengurangkan keradangan
Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit.

2) Melegakan loya
Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.

3) Mengurangkan kesakitan haid
Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid.
Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid

4) Merendahkan paras kolestrol
Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.

5) Menguatkan imuniti
Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

6) Membantu penghadaman
Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

7) Mengurangkan berat badan
Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

8) Mencegah pertumbuhan sel kanser
Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser. Terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser.

9) Dapat melegakan batuk dan sakit tekak
Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

10) Mengurangkan sakit kepala
Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu megurangkan sakit kepala.
Itu hanya sebahagian daripada banyak khasiat halia yang boleh didapati.

Antara bahan utama yang ada dalam Jus Qieffa D'Beauty-BAWANG PUTIH-Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dal...
19/01/2021

Antara bahan utama yang ada dalam Jus Qieffa D'Beauty

-BAWANG PUTIH-

Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Address

Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Qieffa D'Beaute-official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Qieffa D'Beaute-official:

Share