19/09/2022
Kolesterol baik ke jahat? π€
Harini kita nak cakap tentang tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan π
Okay, kolesterol ni ialah lemak yang ada di setiap sel dalam badan kita. Kolesterol ni tugas dia pastikan sel dan organ berfungsi dengan baik dan jugak berperanan dalam pengeluaran hormon, vitamin dan pencernaan.
Ada 2 jenis kolesterol yang kita kena tau, HDL dan LDL. HDL kolesterol baik dan LDL kolesterol jahat. Gejala penyakit ni terjadi bila ada banyak kolesterol dalam darah.
Macam mana nak tau kolesterol tinggi atau tak? Baca sampai habis ππ»ππ»ππ»
Tanda 1 - ada tompok kuning yang naik dekat mata dan kulit. Takde la bahaya atau boleh menyakitkan tapi dia boleh membesar.
Tanda 2 - Sakit jantung atau angina terjadi bila adanya plak yang terkumpul dalam salur darah yang mendorong arteri menjadi sempit dan tersumbat. Kita akan rasa mual, sesak nafas, sakit dada dan berpeluh.
Tanda 3 - Kekejangan kaki selalu jadi dekat orang yang kolesterol dia tinggi. Sebab apa tau? Sebab saluran darah ke kaki sempit jadi jumlah darah dan oksigen berkurangan dekat kaki. Kita akan rasa sejuk kaki, kebas dan kejang.
Tanda 4 - Tanda yang paling Dania takut iaitu ada tanda-tanda strok. Susah nak bercakap, keliru, lemah atau kebas, susah nak berjalan dan ada gangguan visual secara tiba-tiba.
Takut kan? Bila dapat tau tanda-tanda kolesterol tinggi ni, bila dah tau kita kena aware dan jaga sebaik mungkin gaya hidup dan pemakanan kita. Kena banyakkan beriadah, senaman ringan pun memadai untuk kesihatan yang baik. π€π€π€