Ellojoy Malaysia

Ellojoy Malaysia Laman Facebook rasmi untuk produk Ellojoy Malaysia

26/08/2026

Tanpa sedar, minuman harian boleh menyumbang banyak gula🥤Contohnya 2 cawan kopi atau teh sehari dengan 2 sudu teh gula setiap satu = 4 sudu sehari, atau sekitar 120 sudu teh sebulan😳

Dengan alternatif seperti sucralose, hanya 2–4 titis diperlukan untuk satu minuman. Perubahan kecil pada minuman harian boleh membantu mengurangkan penggunaan gula.

MinumanHarian

26/08/2026

Macam mana sesuatu boleh rasa manis tapi hampir tiada kalori? 🤔 Rasa manis datang daripada reseptor pada lidah, manakala kalori p**a datang daripada sumber tenaga seperti gula, karbohidrat dan lemak.

Contohnya sucralose, ia boleh memberikan rasa manis tetapi tidak dipecahkan menjadi glukosa seperti gula biasa. 🍬

26/08/2026

Semasa mengandung, perubahan hormon boleh menyebabkan insulin kurang berkesan dan meningkatkan risiko Gestational Diabetes Mellitus (GDM)🤰

Bila pengambilan gula tinggi, paras glukosa boleh naik dengan lebih cepat. Sebab itu ibu dengan GDM perlu lebih berhati-hati dengan jenis dan jumlah gula yang diambil setiap hari. Bukan semestinya perlu tinggalkan rasa manis sepenuhnya, tetapi lebih penting untuk kawal pengambilannya.

KurangkanGula

24/08/2026

Korang pernah dengar tentang sucralose? 👀

Sucralose ialah pemanis yang dihasilkan daripada gula tebu melalui proses tertentu dan mempunyai tahap kemanisan sekitar 600 kali ganda berbanding gula.

Sebab itu ia digunakan dalam kuantiti yang sangat kecil untuk memberikan rasa manis. Sucralose juga telah diluluskan untuk penggunaan dalam makanan dan minuman oleh pihak berkuasa seperti FDA.

24/08/2026

Nak kurangkan gula dalam minuman harian? Cuba 4 langkah mudah ni! 👇

1️⃣ Kurangkan secara berperingkat
2️⃣ Kawal sukatan gula — 1 sudu teh ≈ 4g gula
3️⃣ Biasakan diri dengan minuman kurang manis
4️⃣ Gunakan alternatif pemanis seperti sucralose dalam kuantiti kecil

Tak perlu ubah semuanya sekaligus. Mulakan dengan perubahan kecil dan konsisten. 💜

18/08/2026

Kalau korang nak yang ada tambahan Zink & Magnesium terutamanya bagi mereka kuat bersukan, boleh cuba Zerogula Ellojoy x Fury ni.

14/08/2026

Dah habis kita dah tak restock! Rugi kalau tak grab banyak2 sementara harga tengah murah, cepat check gi beg kuning ;)

13/08/2026

Pengganti gula putih yang paling NGAM! Kemanisan yang berganda-ganda tanpa perlu risau kalori harian anda.

Cuba Zerogula by Ellojoy harini, semestinya alternatif yang lebih sihat.

11/08/2026

Diiktiraf Halal oleh JAKIM lagi tau, rugi siapa yang belum cuba Ellojoy Zerogula.

05/08/2026

Yang boleh relate je yang akan faham kan?

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ellojoy Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ellojoy Malaysia:

Shortcuts

Share