26/08/2026
Makluman Dukacita
Assalamualaikum w.b.t.
Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa salah seorang staf kami Shahru Zaman Bin Mahmood (Pantai timur) telah kembali ke rahmatullah pada Isnin, 24 Ogos 2026.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan arwah, menerima segala amal ibadahnya, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga arwah dalam menghadapi kehilangan ini.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Al-Fatihah.