kodai kito

kodai kito We sell almost everything.

Jom join live
28/11/2022

Jom join live

blouse odd size mur2 je yong❤️❤️. Check out xixie.vivie(zizies.zealous) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from xixie.vivie(zizies.zealous).

  APA ITU WASI?Jawapan:Wasi adalah Seorang yang dilantik oleh pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semas...
13/08/2022



APA ITU WASI?

Jawapan:
Wasi adalah Seorang yang dilantik oleh pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semasa beliau masih hidup.

Soalan:
Adakah waris menjadi seorang Wasi?

Jawapan:
Ya. Pewaris boleh menjadi Wasi.

Soalan:
Bolehkan melantik Syarikat menjadi Wasi?

Jawapan:
Boleh, tetapi Syarikat tersebut mestilah sebuat syarikat Trustee. Tambahan p**a, lebih elok untuk menamakan sebuah Syarikat Trustee sebagai Wasi tambahan kerana Wasi individu mungkin meninggal dunia semasa pewasiat masih hidup.

Soalan:
Adakah perlantikan Wasi boleh dicabar?

Jawapan:
Tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun didalam peruntukan undang-undang di Malaysia.

Soalan:
Apakah yang terjadi sekiranya tiada Wasi dilantik?

Jawapan:
Semua waris-waris simati hendaklah bersetuju untuk melantik seorang pentadbir harta. Biasanya proses ini mengambil masa yang lama kerana semua waris-waris mesti dikumpulkan dan semuanya kena bersetuju dengan lantikan pentadbir harta tersebut.

Soalan:
Apakah kesilapan-kesilapan yang biasa terjadi berkaitan dengan Wasi dan pembahagian harta di Malaysia?

Jawapan:
Ramai yang beranggapan penama/benefisiari insurans atau KWSP atau tabung haji atau akaun perbankan adalah sama dengan Wasi. Sebenarnya, penama/benefisiari adalah orang yang ada hak untuk mengeluarkan wang pampasan. Wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada Wasi untuk diagihkan.

Contoh:
Abdullah semasa bujangnya telah menamakan Ibu dan adik bongsunya sebagai penama KWSP. Tetapi, beliau tidak menukarkan penama KWSP sehinggalah dia meninggal dunia dan beliau telah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

Memandangkan ibu Abdullah juga meninggal dunia, adik bongsu beliau telah ke KWSP dan mengeluarkan semua wang simpanan Abdullah dan diagihkan diantara adik beradiknya tanpa se-sen pun diberikan kepada balu dan anak-anak Abdullah.

Akibatnya

Nasib waris Abdullah iaitu isteri dan anak-anaknya tidak terbela dan adik beradik Abdullah telah memakan harta anak-anak yatim.

Apa yang sepatutnya berlaku:

1. Abdullah hendaklah sama ada memberi tahu Wasi wasiat beliau tentang penama KWSP atau menukarkan penama kepada Wasi tersebut.

2. Wasi kemudian mengeluarkan dan mengagihkan wang KWSP mengikut wasiat Abdullah atau mengikut kiraan Faraid.

Dengan ini, nasib keluarga Abdullah akan terbela.

Senario yang sama boleh digunakan untuk wang insurans, tabung haji dan harta mudah alih simati yang lain.

Business Account

 KENAPA PERLU BUAT HIBAH HARTANAH JIKA MEMBELI RUMAH SECARA PINJAMANHari ni semua orang beli rumah secara pinjaman bank ...
13/08/2022



KENAPA PERLU BUAT HIBAH HARTANAH JIKA MEMBELI RUMAH SECARA PINJAMAN

Hari ni semua orang beli rumah secara pinjaman bank ataupun LPPSA.

Namun masih ramai yang tidak tahu kesan & akibat jika berlakunya kematian terhadap pemilik atau peminjam.

Kerana itu di dalam syariat islam rumah yang masih dalam pinjaman bank/LPPSA boleh dihibahkan & keperluan tersebut dibuat kerana:

1️⃣ Penanggung baki hutang (jika ada) adalah di kalangan anak2/isteri/suami yang sangat2 mengharapkan agar rumah tersebut menjadi tempat mereka berteduh sedangkan hakikatnya ada bahagian hak Faraid waris yang lain yang mereka sudah tentu TIDAK MAHU MENANGGUNG BAKI HUTANG dengan erti kata lain, "harta nak tapi bayar hutang tak nak". So better hibahkan kepada waris yang kita sayang agar hak mereka terjamin demi kelangsungan hidup.

2️⃣ Proses tuntutan harta pusaka bagi Rumah Yang Masih dalam Pinjaman akan memakan masa yang lebih lama kerana tiada geran di keluarkan hanya mengggunakan S & P untuk permohonan pusaka. Jika dalam tempoh itu berlakunya kematian berlapis akan adanya waris2 lain yang akan mewarisi rumah tersebut. Jika dihibahkan hanya kepada insan tersayang semasa hidup tidaklah terlalu banyak waris yg akan mewarisinya.

3️⃣ Rumah dalam pinjaman yang dibeli secara JOINT LOAN atau JOIN S & P, secara rasminya pemilik rumah adalah milik bersama dan sekiranya kematian berlaku akan adanya WARIS FARAID BERSAMA juga. Bila melibatkan waris yang ramai akan menjadikan proses tuntutan pusaka menjadi lebih sukar. Dahlah proses pusakanya mengambil masa yang agak lama bimbang p**a akan berlakunya kematian berlapis ke atas waris yang ramai tadi. So sekali lagi better buatlah hibah terus kepada insan tersayang sahaja.

Buat Hibah bukan melarikan diri dari Faraid ye... tetapi kerana ingin merancang agar segala masalah dapat diatasi dari awal lagi & hak insan tersayang lebih terjamin.

Hanya mereka yang ada sifat Altrurisme akan memastikan kebajikan insan tersayang menjadi keutamaan baginya dengan bertindak merancang harta lebih awal seperti menghibahkan rumah yang masih dalam pinjaman.

Business Account

*4 PERBEZAAN ANTARA WASIAT DAN HIBAH*Fakhrur RadziNovember 20, 2020Masih ramai lagi yang terkeliru definisi, fungsi dan ...
20/07/2022

*4 PERBEZAAN ANTARA WASIAT DAN HIBAH*

Fakhrur Radzi
November 20, 2020

Masih ramai lagi yang terkeliru definisi, fungsi dan kaedah pelaksanaan wasiat dan hibah. Rata-rata melihat kedua-duanyanya sama sahaja, iaitu menukar pemilikan sesuatu harta selepas berlaku pemilik harta meninggal dunia.

Sebenarnya telah banyak penerangan melalui penulisan mahu pun ceramah-ceramah yang menyatakan tentang perbezaan antara wasiat dan hibah.

Akan tetapi penjelasan kali ini akan cuba ditulis mengikut aturan soalan-soalan yang banyak diterima berkaitan kedua-dua instrumen pengurusan harta ini.

Ini bagi memudahkan pembaca lebih mudah faham.

*1. Apakah Maksud Sebenar Wasiat Dan Hibah?*

Tanpa mengulas panjang tentang definisi yang diberikan syarak, kerana dikhuatiri ianya akan menyukarkan kefahaman pembaca, definisi yang lebih ringkas dan mudah tentang wasiat dah hibah adalah seperti berikut.

Wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat manakala hibah p**a ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah.

Walaupun sebenarnya definisi yang diberikan ini terlalu ringkas, tetapi ia cukup untuk menampakkan perbezaan antara wasiat dan hibah.

*2. Kepada Siapa Kita Boleh Berikan Harta Melalui Wasiat Dan Hibah?*

Jika melalui wasiat, pemilik harta boleh memberikan harta kepada sesiapa sahaja selain daripada waris mereka sendiri. Itupun terhad kepada 1/3 dari keseluruhan nilai harta yang dimilikinya.

Sebagai contoh, kita sebagai pemilik harta berwasiat untuk memberikan 10% dari nilai akaun bank dan Tabung Haji kepada sebuah asrama anak yatim dan digunakan untuk pembinaan Maahad Tahfiz.

Jadi jelas, tak boleh pemilik harta berwasiat untuk memberikan hartanya kepada pasangan suami atau isteri dan anak-anak.

Manakala jika melalui hibah p**a, pemilik harta bebas hendak memberikan hartanya kepada siapa yang dikehendaki, sama ada penerima tersebut adalah dari kalangan warisnya sendiri ataupun tidak.

*3. Berapa Kadar Harta Yang Boleh Diwasiatkan Dan Dihibahkan?*

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pemilik harta menurut syarak adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya pada waktu kematiannya.

Itupu setelah ditolak dengan semua harta yang telah digunakan untuk belanja pengebumian dan melangsaikan hutang si mati.

Jika pemilik harta berwasiat melebihi kadar 1/3 hartanya maka wasiat yang lebih dari 1/3 tersebut tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu.

Manakala bagi hibah p**a, tiada had tertentu untuk seorang pemilik harta memberikan hartanya.

Walaubagaimanapun, jika ibubapa ingin memberi hibah kepada anak-anak, jumhur ulama’ (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian hibah kepada mereka ia lebih adil dan dekat kepada taqwa.

*4. Adakah Hibah Dan Wasiat Boleh Ditarik Balik?*

Secara ringkas, wasiat boleh ditarik balik selagi si pemilik harta yang membuat wasiat masih hidup.

Walaubagaimanapun, wasiat tersebut boleh terbatal dalam beberapa keadaan.

▪️Sekiranya pembuat wasiat bankrap
▪️Sekiranya pembuat wasiat murtad
▪️Sekiranya penerima menolak wasiat
▪️Penerima mati sebelum pembuat wasiat
▪️Penerima membunuh pembuat wasiat
▪️Berlaku kerosakan harta wasiat

Manakala bagi hibah p**a, secara ringkas ianya tidak boleh ditarik balik melainkan dengan kerelaan si penerima hibah.

Sebagai contoh, seorang suami telah memberi hibah sebuah rumah kepada isterinya. Setelah ijab dan qabul berlaku maka tidak boleh si suami menarik balik hibanya melainkan isteri yang rela hati memberi semula.

Walaubagaimanapun, hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk dan nenek) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain boleh ditarik semula.

Semoga dengan penerangan ringkas ini dapat membantu pembaca lebih memahami tentang perbezaan antara wasiat dan hibah.

*KLIK UTK INFO LANJUT:*

wasap.my/601135856177/Beza+Wasiat+Hibah

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Bagi rakan² yang bakal membeli rumah atau tengah survey² rumah, info ini sangat2 membantu anda semua ya..“Saya ada nak b...
27/06/2022

Bagi rakan² yang bakal membeli rumah atau tengah survey² rumah, info ini sangat2 membantu anda semua ya..

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT atau MLTT ya? “

✅ PERBEZAAN antara MRTT dan MLTT, adalah dua insurance rumah iaitu perlindungan aset yang patut di ambil tahu.
Ramai yang tidak tahu pasal ini.

Bila SUBMIT LOAN, bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

PERSOALANNYA nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disini yang “summarize“ kan untuk anda semua..👇🏻

📌 MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌 MLTT p**a satu “mechanism transfer of risk”

CONTOHnya
Harga Rumah : RM297,000

➡️ Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal RM160,000. Owner Rumah meninggal dunia.

Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000.
✅ Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000. Baki pinjaman RM160,000 dapat dilunaskan .
✅ Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅ Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk waris!

Itulah dia namanya Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris.

Dan satu lagi kelebihan MLTT, ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda, ia juga tempat pelaburan.

Jadi dengan ambil MLTT, anda akan dapat
✅ Protection Rumah
✅ Hibah
✅ Saving

So, mana yang lagi menguntungkan kita?

BTW, MRTT boleh masuk dalam loan... MLTT tak boleh. Kena bayar bulan²

Nak faham lebih lanjut pm..👇🏻

📱 wasap.my/601135856177/MLTT/HibahGETB










Statistik claim Great Eastern Takaful (GETB) bagi claims payout pada tahun 2021.Claims on   costs adalah sebanyak 72.2% ...
12/06/2022

Statistik claim Great Eastern Takaful (GETB) bagi claims payout pada tahun 2021.

Claims on costs adalah sebanyak 72.2% daripada keseluruhan claim yg telah ditanggung / dibayar oleh GETB sehingga June 2021.

Claim for deaths / kematian (hibah takaful) iaitu sebanyak 22.9% daripada keseluruhan claim.

Tahukan anda, MEDICAL CARD dan HIBAH takaful adalah dua plan takaful yang SANGAT PENTING untuk semua orang ADA!. Satu family WAJIB ada satu HIBAH.

http://Www.wasap.my/601135856177/Takaful










FAQ HELLO, PEACH PLEASE? 🍑 HPP ni apa ya?- Jelly liquid supplement yg kaya dgn ekstrak buah Peach dan Vitamin C utk mera...
30/05/2018

FAQ HELLO, PEACH PLEASE? 🍑 HPP ni apa ya?
- Jelly liquid supplement yg kaya dgn ekstrak buah Peach dan Vitamin C utk merawat skin anda dari dalaman! 🍑 1 BOX ada berapa sachet? - 14 sachets. Utk 14 hari. 30ml / sachet. 🍑 Lelaki boleh makan?
- Lelaki dan perempuan boleh makan. 🍑 Ada had umur utk consume HPP?
- 12 tahun ke atas 🍑 Siapa je yg boleh consume HPP?
- Mereka yg mempunyai masalah skin yg kusam, gelap, hitam, pori terbuka, tak bermaya, bekas2 jerawat dan jeragat yg tak hilang2, lubang2 parut jerawat, muka berminyak, white & blackhead, serta jerawat pasir & batu. 🍑 Ingredients yg digunakan dalam HPP?
- Peach Juice, Vitamin C, L Cysteine, L Arginine, L Ornitine, Tremella, Grape Seed, Pine Bark, Sakura extract. 🍑 Harga Jualan?
- 1 BOX : RM89 exc postage
Postage : SM RM9 / SS RM12 🍑 Cara pengambilan?
- Makan 1 sachet pada awal pagi SEBELUM breakfast / perut kosong. Lepas 30 min boleh breakfast. Make sure minum air banyak2 utk result yg lg maksima! Mcm Asya sendiri, minum 2 botol air besar dalam 3 liter sehari utk fast result. 🍑 Berapa box yg diperlukan utk ONE MONTH consumption?
- 2 BOX 🍑 Masa period boleh makan ke?
- Boleh takda masalah kerana tiada hormon dimasukkan dalam HPP 🍑 Pregnant boleh makan ke?
- 2nd trimester ke atas. Seeloknya minta advice dr doktor. 🍑 Menyusu anak boleh makan ke?
- Boleh takda masalah. Asya pon makan sambil BF kan Haider. Alhamdulillah skin Haider pon cantik dan sihat! 🍑 Ada kena pantang Caffeine/ Teh ke?
- Tidak perlu boleh makan mcm biasa. 🍑 Kalau berhenti ada side effect tak?
- Tidak sama sekali! Kami mendapat kelulusan KKM dan ianya adalah food supplement. Kami juga mempunyai sijil Nutrition Test. So jgn risau 💯 selamat.

28/05/2018

kodai kito now back on track! like our page for more new things on our page!
-s

Oh My Chocolate by Asyalliee fatburner!! RM75!! WhatsApp kita laju laju 💖💖
27/05/2018

Oh My Chocolate by Asyalliee fatburner!! RM75!! WhatsApp kita laju laju 💖💖

Shawl HZ for grabs.RM18 only.Banyak pilihan colors. So make ur order now.WS 0172438395
04/09/2015

Shawl HZ for grabs.

RM18 only.

Banyak pilihan colors. So make ur order now.

WS 0172438395

Salam and hello you allz! Ok, harini kodai kito mengupdate stock wideshawl yang baru!!!! Murah2 semua ready stock! Boleh...
21/10/2014

Salam and hello you allz! Ok, harini kodai kito mengupdate stock wideshawl yang baru!!!! Murah2 semua ready stock! Boleh ws terus ke 0172506928- mimi or syahnin ☺ cepat cepat sementara stock masih ada! o∩_∩o
Untuk lebih lagi, boleh visit account instagram:

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when kodai kito posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to kodai kito:

Share