26/09/2026
Sejak April, bila kami mula membuka pintu CBB untuk walk-in customer, kami sedar satu perkara…
Rupanya ibu ayah yang datang bukan sekadar nak beli makanan baby 🤍
Ada yang datang sambil bertanya,
“Baby saya 7 bulan, tekstur macam mana yang sesuai?”
“Kalau nak bantu naikkan berat badan, menu apa yang boleh saya pilih?”
“Baby baru nak mula makan, bahan apa yang sesuai?”
“Boleh tak susunkan menu sebulan supaya baby tak makan benda yang sama je?”
Dan ada juga yang datang dengan seribu satu kerisauan seorang ibu 🥹
Daripada perbualan-perbualan kecil inilah kami semakin faham bahawa perjalanan memperkenalkan makanan kepada anak bukan sekadar tentang apa yang anak makan.
Ia juga tentang keyakinan ibu ayah dalam membuat pilihan untuk anak mereka.
Sebab itu hari ini, bila ibu ayah datang ke CBB, kami tak mahu sekadar tunjuk freezer dan beritahu,
“Ini menu 6 bulan, ini menu 7 bulan, ini menu 8 bulan.”
Kami mahu dengar dulu.
Umur baby berapa?
Dah sampai tekstur mana?
Macam mana selera makannya?
Apa yang ibu ayah sedang risaukan?
Kemudian barulah kami bantu cadangkan pilihan yang lebih sesuai berdasarkan keperluan dan perkembangan si kecil.
Kerana bagi kami, CBB bukan sekadar tempat membeli baby food.
Kami mahu CBB menjadi tempat ibu ayah boleh datang untuk mendapatkan idea, panduan dan perkongsian praktikal tentang pemakanan anak.
Kami mungkin bermula dengan menyediakan makanan bayi yang mudah dan berkhasiat…
Tetapi misi kami jauh lebih besar daripada satu bekas makanan 🌱