18/08/2024
Macam mana nak kira Break-even Point?
BEP atau titik balik modal merupakan satu kiraan yg penting untuk kita memaksimumkan perolehan.
Perolehan dulu ye, jangan duk kalut pasal untung lagi kalau perolehan pun ke laut.
Kenapa penting?
Dari kiraan titik balik modal inilah kita boleh buat sasaran jualan dengan TEPAT. Bila ada sasaran yg tepat, barulah perancangan boleh di susun dengan betul dan boleh dicapai dalam tempoh masa yg di tetapkan.
Buat planning untuk sasaran 1 billion setahun tapi kedai ada 2 cawangan sahaja, itu merapu namanya dan tak logik.
Macamana nak kira?
Contohnya, anda membuka sebuah gerai menjual minuman & nasi lemak di kampung. Kos operasi sebulan gerai tersebut ialah RM2,500, termasuk gaji anda sendiri.
Margin keuntungan anda p**a agak nipis, sebab gerai kecil dan menjual di kampung sahaja, katalah 15%.
Berapakah anda punya titik balik modal yg perlu di cari sebulan sebelum anda mula buat untung?
Senang saja;
BEP
= RM2500 / 0.15
= RM16.7k
Ya, itulah jumlah yg anda perlu cari sebulan untuk balik modal sahaja.
RM16.7 sebulan bermakna sehari kena ada berapa?
RM16.7k / 26 hari
= RM642.3
Jika purata jumlah jualan untuk seorang pelanggan di gerai anda ialah RM5, berapa pelanggan nak kena cari sehari?
RM642.3 / RM5
= 128.5 orang
Kalau berniaga sarapan pagi selama 4 jam sahaja, berapa pelanggan nak kena ada dalam tempoh sejam?
129 orang / 4 jam operasi
= 32.3 orang
Fuhhh, sape kata buat bisnes ni last resort untuk orang yg kehilangan pekerjaan?
It's not that simple dan ramai yg bungkus lagi cepat dari tempoh dia kumpul modal disebabkan perkara ini.
Tak buat kiraan sebelum mula, walaupun dia fikir "Aku nak jual tepi jalan jer, tak kan boleh bungkus kot?"
Boleh bang. Memang boleh, tepi jalan ke dalam gua ke atau depan rumah sekalipun semua ada kos yg kita keluarkan.
Semua kos tersebut hanya boleh DI PULANGKAN apabila ada jualan masuk.
Kos anda sudah bermula sebaik sahaja anda melangkah keluar dari rumah. Naik motorsikal pun ada kos yg kecil tapi itu tetap kos.
Sehari duit minyak RM5 untuk ulang alik ke tempat niaga, sebulan dah RM130. Jika 5 tahun berulang alik berniaga naik motor, anda dah keluarkan sebanyak RM7,800.
Sewa tapak RM180 sebulan sahaja tapi 5 tahun berniaga anda dah berhabis RM10,800.
Sape kata buat bisnes ni untuk semua orang?
Asal berhenti kerja jer "Aku nak meniaga la senang sikit, bebas dan boleh pegang duit hari-hari", sambil berangan tiada lagi punch card dan boss yg kuat membebel setiap kali dia datang lambat ke ofis.
Mana ade bang. Hihii
Nak mula berniaga wajib tahu mengira, wajib ada sedikit ilmu dan kemudian terus belajar sambil berniaga.
Modal?
Yg ni takyah cerita la, orang yg belum dapat kerja pun kena keluar modal untuk pergi interview sepuluh tempat sebelum lulus dan dapat tawaran kerja.
Kerja dah dapat pun ada satu masalah p**a.
Gaji, nohhh hujung bulan baru masuk.Dah tu duit makan dan duit minyak takyah keluar modal sendiri dulu ker?
Bisnes lagi la banyak modal nak kena keluar.
Dan...
Bisnes ada RULES OF THUMB yg tak semua orang boleh patuhi peraturan tersebut terutamanya DISIPLIN.
Bismillah, nak breakfast jap.😁