02/12/2020
PETUA HILANGKAN BATUK.
Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Namun, dengan petua-petua berikut, anda boleh hilangkan batuk anda. Ikuti petua hilangkan batuk di bawah ini.
🍓Mandi Dengan Air Panas
Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.
🍓Teh dan Madu
Dari timur ke barat, meminum teh diakui baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.
🍓Sup Ayam
Tahukah anda bahawa sup ayam telah dibuktikan berkesan untuk merawat batuk? Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.
🍓Air kosong
Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira. 😀
Selamat Mencuba!
*Kredit Gambar Gugel