11/02/2026
Enam pegawai PBT dan seorang bekas pegawai PBT direman 4 hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 berkaitan urusan lesen perniagaan.
Kesemua suspek ditahan SPRM di sekitar Lembah Klang. Mereka dipercayai menerima bayaran bulanan RM500 hingga RM15,000, dipercayai bayaran untuk mempercepat & memperbaharui lesen perniagaan serta melindungi syarikat tertentu daripada tindakan undang-undang.