Madu Quad Trader

Madu Quad Trader Rahsia Madu Asli Sebagai Antibiotik Semulajadi.

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN MUBARAK!Semoga dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubar...
23/03/2023

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN MUBARAK!

Semoga dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani.

Ingatlah sabda Nabi ﷺ:

‎مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Riwayat Al-Bukhari (38)
Makan sahur lah apa pun, yang penting Kurma dan Madu Tualang usah ditinggalkan. Terutama anak-anak.

InshaAllah dari pagi sampai ke petang sentiasa cergas dan tidak lapar.

Kalau lapar juga, beerti itu masalah tekak! 😂

Azam tahun baru: Amal madu tualang premium!
11/02/2023

Azam tahun baru: Amal madu tualang premium!

PROMOSI RAMADHAN MADU QUAD TUALANG KEMBALI LAGI!!! 🥰🥰============Promosi PERDANA ini bermula hari ini dan sepanjang bula...
02/04/2022

PROMOSI RAMADHAN MADU QUAD TUALANG KEMBALI LAGI!!! 🥰🥰

============

Promosi PERDANA ini bermula hari ini dan sepanjang bulan Ramadhan 1443H/2022M sahaja.

Tahun lalu, ada yang minta pakej promosi Ramadhan pada bulan Syawal, kami minta maaf kerana promosi telah pun tamat.

Nikmati penjimatan sehingga 36 ringgit!

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan amalan sunnah meminum Madu tulen, sepanjang bulan puasa.

Antara manfaat amalan minum Madu Tualang disaat berpuasa berdasarkan kajian saintis moden:

1. Memberikan tenaga dan kesegaran sepanjang hari (Firdaus, UKM 2018)

2. Membantu mengatasi masalah obesiti.

Kajian menyebutkan bahawa pengambilan Madu dapat menyebabkan penukaran makanan berlebih menjadi tenaga. Bukannya ditukar menjadi lemak untuk penyimpanan (Suhana S. et al. 2017)

3. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah

Pengambilan madu dapat mengurangkan kolesterol jahat LDL-C dan tahap trigliserida serta sedikit peningkatan kolesterol baik HDL-C (Yaghoobi et al. 2008).

4. Meningkatkan kecerdasan dan memori otak (Uthman Z. 2015)

5. Madu Tualang dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh imun melawan virus dan kuman penyakit (Sarfraz Ahmed, 2017).
Madu Tualang Quad dituai oleh Team Pemburu Madu Tualang sendiri, diiktiraf oleh MESTI, Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai sijil perakuan madu tulen dari 4 buah makmal yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Sukatan
---------------

Pencegahan: 2 sudu makan Madu Tualang Quad pada penghujung sahur dan 2 sudu selepas berbuka.

PROMOSI HANYA BERLAKU
📣📣📣📣

Bermula 30 MAC 2022 - 2 MEI 2022

Dapatkan segera sebelum bekalan Madu Tualang kami habis di borong!!💪

Nak tempah?

https://wa.me/60132062342
https://wa.me/60132062342
https://wa.me/60132062342

MADU QUAD (100% TUALANG HONEY) MENGANDUNGI BAHAN ANTIOKSIDAN FENOLIK TERTINGGI. MENGATASI MADU MANUKA DARI NEW ZEALAND 😱...
09/03/2022

MADU QUAD (100% TUALANG HONEY) MENGANDUNGI BAHAN ANTIOKSIDAN FENOLIK TERTINGGI. MENGATASI MADU MANUKA DARI NEW ZEALAND 😱
___

Madu Tualang adalah madu multiflora hutan alam Melayu yang dihasilkan oleh lebah madu terbesar dunia (Apis dorsata).

Lebah liar itu mampu membina hampir 100 sarang di dahan pokok Tualang yang tinggi.

Beberapa tahun ini, terdapat banyak kajian diterbitkan dalam pangkalan data perubatan mengenai manfaat kesihatannya.

Menurut kajian, madu Tualang mempunyai kesan antimikrob, anti-radang, anti-oksidan, anti-mutagenik, antitumor, dan anti-diabetis, sebagai tambahan penyembuhan luka. (Sarfarz Ahmed, 2013)

============
ANTIOKSIDAN
============

Terkini, bahan antioksidan seperti fenolik dalam madu boleh dijadikan sebagai kayu pengukur ketulenan madu kerana bahan itu hadir dalam nektar jutaan bunga hutan yang dihirup oleh lebah.

Jika madu ditambah dengan sumber gula lain, kandungan fenolik tidak akan dapat dikesan lagi apabila diuji menggunakan peralatan makmal.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Food Sciences tahun 2011 dalam "Phenolic Acid Composition and Antioxidant Properties of Malaysian Honeys" bahawa di antara sampel madu Malaysia, madu Tualang adalah madu yang paling kaya dengan asid fenolik, dan sebatian flavanoid, yang mempunyai kesan radikal bebas yang kuat (anti-oksidan).

======================
MADU TUALANG TERBAIK DUNIA?
======================

Jumlah kandungan fenolik pada madu Tualang yang dikaji dalam journal tersebut memiliki bacaan antara 15.21 hingga 42.23 sahaja.

Manakala Madu Quad yang kita tuai terus dari sarang Tualang di hutan belantara menunjukkan bacaan yang jauh lebih tinggi iaitu 68.4 mg/100gr bersamaan dengan 684 mg/kg!

Jadi siapa yang mengkritik madu Tualang hutan alam Melayu konon cair, bergas, susah diperolehi, masam, kadang terlalu manis, dan sebagainya, ternyata kehebatannya diakui oleh dunia ilmiah antarabangsa!!!

Nilaikan sendiri.

[Share jika bermanfaat]

Ada orang minta ujian makmal setiap kali kami tuai madu.Beliau tak terima hasil ujian yang kami dah buat sebelum ini.Say...
26/02/2022

Ada orang minta ujian makmal setiap kali kami tuai madu.

Beliau tak terima hasil ujian yang kami dah buat sebelum ini.

Saya tanya, "Buat apa lagi kami dengan ujian makmal? Dah kami sendiri yang tuai . Tentu kami yakin 100% dengan keasliannya."

Tapi, kami faham kegusaran yang ada sebab di luar sana memang ramai tertipu dengan madu yang didakwa Asli, padahal tiruan.

Walau bagaimanapun, jika mereka masih belum yakin dengan 'testlab' sedia ada, boleh sahaja hantar ke makmal sendiri.

Seandainya terbukti palsu, wang madu kami kembalikan 3 kaljganda. Kos makmal kami ganti. Nak kata orang putih: 'Moneyback guarantee'.

Adil, bukan?

Sesiapa mencari Madu Asli, mesej kami. Kami urus penghantaran.

10 Manfaat MADU QUAD (madu asli Tualang) untuk meningkatkan kualiti ibadat dan kehidupan insan.Mahu tempah Madu Quad sek...
24/01/2022

10 Manfaat MADU QUAD (madu asli Tualang) untuk meningkatkan kualiti ibadat dan kehidupan insan.

Mahu tempah Madu Quad sekarang?

https://wa.me/60132062342

Membekalkan madu asli merupakan antara kaedah ampuh untuk diri berasa dekat dengan ekosistem hutan.Manfaat banyak dan ra...
19/01/2022

Membekalkan madu asli merupakan antara kaedah ampuh untuk diri berasa dekat dengan ekosistem hutan.

Manfaat banyak dan ramai mengetahuinya.

Persoalannya, asli atau tidak? Madu ternak atau liar di hutan? Ia mempengaruhi kualiti dan beri kesan ke atas kesihatan.

Kerana teruk padahnya jika suatu madu yang diamalkan itu adalah tiruan.

SIHAT CARA NABILebih dari 1, 400 tahun yang lalu, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Madu dapat menyem...
16/11/2021

SIHAT CARA NABI

Lebih dari 1, 400 tahun yang lalu, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Madu dapat menyembuhkan manusia dari pelbagai macam penyakit. Madu digambarkan di dalam Al-Quran sebagai sumber penyembuhan:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia,’ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl 68-69)

Dalam ayat lainnya, madu juga digambarkan sebagai salah satu makanan yang ada di syurga:

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?” (Surah Muhammad, 15)

Berkenaan madu sebagai ubat untuk penyembuhan, terdapat beberapa hadith yang meriwayatkannya:

“Kesembuhan itu ada pada tiga hal, yaitu : dalam pisau pembekam, meminumkan madu, atau pengobatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas (kayy)”[1]

Dalam hadith lain madu secara spesifik disebutkan sebagai ubat untuk menyembuhkan sakit perut:

“Ada seseorang menghadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata: ‘Saudaraku mengeluh sakit pada perutnya (dalam riwayat lainnya: sakit cirit birit).’

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Kemudian orang itu datang untuk kedua kalinya,

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Orang itu datang lagi pada kali yang ketiga,

Nabi tetap berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Setelah itu, orang itu datang lagi dan menyatakan: ‘Aku telah melakukannya (namun belum sembuh juga malah bertambah cirit).’

Nabi bersabda: ‘Allah Maha Benar dan perut saudaramu itu dusta. Minumkan lagi madu.’

Orang itu meminumkannya lagi, maka saudaranya pun sembuh.”[2]

Cara Nabi Minum Madu
_____________

Rasulullah Saw biasa minum madu setiap hari, iaitu madu yang dicampur air. Beliau meminumnya di pagi hari ketika perut masih kosong. [3]

Boleh juga mengulum di mulut hingga cair ketika bercampur dengan air liur. Madu mengandung fruktosa, lebih baik di dilute pada kepekatan rendah terlebih dahulu agar mudah larut dan dicerna oleh perut.

Kebiasaan Nabi minum madu di pagi hari ternyata berkaitan dengan soal pencernaan, iaitu mencegah penyakit gastritis yang sering dialami oleh masyarakat hari ini. Madu dapat melapisi dinding perut sehingga Nabi tidak terkena gastritis.

Madu terbaik
__________

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Madu lebah.., yang dituai dari gunung-gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah ternak, kerana berhubungkait dengan habitat (sumber nektar) lebah. [4]

Semoga pada hari sambutan Maulidurrasul 1441H ini kita dapat mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad Saw.

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya aku (Rasulullah ﷺ) diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.” [5]

Rujukan:

[1] HR Al-Bukhari No. 5681/Fat-Hul Baari X/137. Lihat bab “Beberapa manfaat madu”

[2] HR. Al-Bukhari no. 5684 dan Muslim no. 5731

[3] Ath-Thibbu Minal Kitab was Sunnah, karya Al-Allamah Muwaffaquddin Abdul Lathif Al-Baghdadi

[4] At-Thibbun Nabawi, Ibnu Qayyim Hal. 332

[5] Dishahihkan oleh Al-Bani dalam As Shahih nya No. 45

Mencari Madu asli? Lihat komen pertama.

Agak-agak kalau penjual Madu palsu, lebah nak datang kerumun tak?  🤭Diserbu lebah Tualang liar ketika sedang bersihkan s...
11/10/2021

Agak-agak kalau penjual Madu palsu, lebah nak datang kerumun tak? 🤭

Diserbu lebah Tualang liar ketika sedang bersihkan sisa-sisa sarang untuk dijadikan lilin lebah (beeswax).

Kasihan makcik ni. 😅

Lebah Tualang memang pantang dengan aroma madu Tualang asli. Seekor lebah menari-nari kat situ untuk menarik perhatian lebah-lebah yang lain untuk kerumun sumber makanan.

Lebah cari makan saja ni. Dia takkan sengat kita kecuali kita picit dia.

Lebah madu baik!

"𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡" 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚! HATI-HATI DENGAN PEMALSU MADU TUALANG YANG MENGGUNAKAN JENAMA "𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡"Shopee adalah...
11/07/2021

"𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡" 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚!

HATI-HATI DENGAN PEMALSU MADU TUALANG YANG MENGGUNAKAN JENAMA "𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡"

Shopee adalah sasaran pemalsu Madu untuk memasarkan produk madu palsu mereka secara besar-besaran.

Terdapat peniaga yang meraih keuntungan lumayan dengan menjual Madu Tualang palsu dengan harga semurah-murahnya.

Untuk mengelabui mata pembeli, pada label botol ditunjukkan gambar pemanjat sedang tuai Madu lebah liar Tualang.

Tetapi pada label dan komposisi ditulis MADU HUTAN/MADU ASLI. Bukannya, madu Tualang.

Saya pernah dapat info dari pemilik batang pokok Tualang bahawa terdapat pemborong yang menggandakan 1 tong Madu Tualang menjadi 10 tong. Mereka campur dengan madu ternak. dari Borneo (Akasia), Thailand, atau China. Kononnya, 𝗶𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻 .

--------------
Mengapa penipuan ini berlaku tanpa rasa bersalah?
--------------

1. Mereka sukar mendapatkan bekalan Madu Tualang original .

2. Mereka mahu jimatkan kos.

3. Mereka mau memenangi persaingan pasaran dengan menawarkan harga 50% lebih murah.

4. Madu Tualang campuran ini kalau dibawa ke makmal, tetap akan lulus madu asli.

-------------------
Sekali lagi saya ulang 3 Tips menentukan ketulenan Madu Tualang:
-------------------

1. Dapatkan dari Team Pemburu Madu Tualang. Ada 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀𝗶 𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗱𝗶 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗹𝗮.

2. Pastikan ada 𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗽𝗶𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗧𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 yang boleh dikunjungi.

3. Ada laporan makmal (𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘔𝘢𝘥𝘶 𝘊𝘩𝘪𝘯𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘭𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘮𝘢𝘭𝘯𝘺𝘢)

Kalau sekilo Madu harga 50 'hengget' macam ni, jangankan upah pemanjat, nak bayar duit pengangkutan pun tak lepas, kawan-kawan.

Madu organik yang dituai dari lebah liar hutan yang mengambil nektar dari pelbagai jenis tanaman herba, sehingga aroma d...
18/06/2021

Madu organik yang dituai dari lebah liar hutan yang mengambil nektar dari pelbagai jenis tanaman herba, sehingga aroma dan rasanya lebih kaya dan lebih kompleks.

Sementara madu ternak biasa hasil madunya manis kerana lebahnya diberi suplemen gula demi meningkatkan pengeluaran.

Address

Jalan Jubli Perak 22/1
Shah Alam
40150

Telephone

+60132062342

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madu Quad Trader posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category