CPK Negeri Selangor

CPK Negeri Selangor UNIT PROMOSI KESIHATAN
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Wellness On Wheels | ANMS | HePiLi | COMBI | Doktor Muda
(1)

13/08/2026
12/08/2026

Silakan berikan kerjasama kepada petugas atau sukarelawan kesihatan yang hadir ke rumah anda.

Benarkan pemeriksaan di sekitar rumah dan tunjukkan tempat yang berpotensi menakung air.

Hanya 10 minit seminggu untuk cari dan musnah tempat pembiakan Aedes. Tindakan kecil hari ini boleh membantu melindungi keluarga dan komuniti daripada denggi.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

12/08/2026

πŸ’§ CABARAN MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI πŸ’§

Tahukah anda? Kekal terhidrat bukan sahaja membantu menyegarkan badan, malah penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik setiap hari.

Jadikan amalan minum 8 gelas/ 2 liter air kosong sehari sebagai rutin harian. Ikuti jadual yang disyorkan dalam infografik ini dan capai sasaran 8 gelas/ 2 liter dengan lebih mudah! πŸ’™

✨ Mulakan hari dengan segelas air kosong.
✨ Minum secara konsisten sepanjang hari.
✨ Jadikan air kosong sebagai pilihan utama.

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi kebiasaan. Ayuh, sahut cabaran dan kekal sihat bersama! πŸ’¦






26.07.2026 : Outreach Pendidikan Kesihatan Denggi di FlatBukit Puchong, Kenanga Apartment Bandar Puchong 2, Flat Ikan,Ta...
09/08/2026

26.07.2026 : Outreach Pendidikan Kesihatan Denggi di Flat
Bukit Puchong, Kenanga Apartment Bandar Puchong 2, Flat Ikan,Taman Sri Serdang 2&Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana.

09/08/2026

Misi larian hari ini selesai dengan jayanya!

Medal πŸ₯‡ dah dapat, finish line pun dah lepas... tapi lepas larian bawah cuaca panas macam ni, jangan lupa pantau keadaan badan masing-masing.

Jika rasa pening, letih melampau atau kulit rasa panas/kering, itu tanda awal strok haba.

Minum air secukupnya dan rehat di tempat teduh ya!

09/08/2026

Pernah kena denggi bukan bermakna anda kebal.

Denggi boleh berlaku lebih daripada sekali. Pastikan kawasan rumah bebas air bertakung, sental bekas simpanan air dan lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.

Jangan tunggu sampai dijangkiti semula.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

08/08/2026
Tiada yang lebih berharga daripada kasih seorang ibu. πŸ’•Susu ibu bukan sekadar makanan, tetapi pelukan hangat, perlindung...
07/08/2026

Tiada yang lebih berharga daripada kasih seorang ibu. πŸ’•

Susu ibu bukan sekadar makanan, tetapi pelukan hangat, perlindungan, dan titisan kasih sayang terbaik untuk si kecil tumbuh sihat. Selamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1–7 Ogos)!

Kepada semua ibu yang gigih menyusu, anda adalah wira si kecil! πŸ‘πŸŒΈ

✨ Jom sertai NHMS 2026: Kesihatan Ibu & Anak! ✨Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2026 dijalankan bagi m...
07/08/2026

✨ Jom sertai NHMS 2026: Kesihatan Ibu & Anak! ✨

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2026 dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan ibu, kanak-kanak dan wanita usia reproduktif (15–49 tahun) di Malaysia.

Penyertaan anda membantu Kementerian Kesihatan Malaysia menambah baik perkhidmatan kesihatan untuk ibu, kanak-kanak dan wanita usia reproduktif.

Rumah yang terpilih akan dilawati oleh petugas kajian beridentiti rasmi. Semua maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan kesihatan.

Ayuh sertai dan menyumbang kepada Malaysia yang lebih sihat!

πŸ—“οΈ Tempoh Pengumpulan Data: *Jun hingga September 2026*

πŸ“Œ Maklumat lanjut sila layari:
Website: https://iku.nih.gov.my/nhms2026
FB: www.facebook.com/nhms.iku
IG: www.instagram.com/nhms.iku
TikTok: www.tiktok.com/.iku
πŸ“ž 03 – 3362 8787
πŸ“§ [email protected]

πŸ“’ Denggi bahaya! Mari luangkan 10 minit kita bersama Dr Zul Aizat Bin Mohamad Fisal dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala ...
04/08/2026

πŸ“’ Denggi bahaya! Mari luangkan 10 minit kita bersama Dr Zul Aizat Bin Mohamad Fisal dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor untuk ketahui cara 'Cari Dan Musnah'. 🦟

πŸ—“οΈ Selasa, 4 Ogos 2026
πŸ•› 12:00 Tengah Hari
πŸ“Ί Dengarkan secara LIVE di FB dan radio: ASYIK fm!

Address

Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CPK Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CPK Negeri Selangor:

Shortcuts

Share