07/07/2023
Hadis Pagi Ini (HPI) Siri 176
DOSA PALING BESAR
17 Zulhijjah 1444 / 06 Julai 2023
Nasrudin bin Hassan at Tantawi.
Penasihat Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)
Penasihat Pusat Pengajian Turath Pondok Amanullah Sungai Choh Selangor & Musolla Ar Raudhah Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan Pahang.
https://facebook.com/ustaztantawi
βΨΉΩΩΩ ΨΉΩΨ¨ΩΨ―Ω Ψ§ΩΩΩΩΩΩ Ψ¨ΩΩΩ ΨΉΩΩ
ΩΨ±ΩΩ Ψ±ΩΨΆΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩΩΩ
ΩΨ§ ΩΨ§ΩΩ ΩΨ§ΩΩ Ψ±ΩΨ³ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩ Ψ΅ΩΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩΩΩ ΩΩ Ψ³ΩΩΩΩΩ
Daripada Abdillah ibn βAmr Rhma telah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
βΨ₯ΩΩΩΩ Ω
ΩΩΩ Ψ£ΩΩΩΨ¨ΩΨ±Ω Ψ§ΩΩΩΩΨ¨ΩΨ§Ψ¦ΩΨ±Ω Ψ£ΩΩΩ ΩΩΩΩΨΉΩΩΩ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨ¬ΩΩΩ ΩΩΨ§ΩΩΨ―ΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩ ΩΩΨ§ Ψ±ΩΨ³ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΨΉΩΩΩ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨ¬ΩΩΩ ΩΩΨ§ΩΩΨ―ΩΩΩΩΩ ΩΩΨ§ΩΩ ΩΩΨ³ΩΨ¨ΩΩ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨ¬ΩΩΩ Ψ£ΩΨ¨ΩΨ§ Ψ§ΩΨ±ΩΩΨ¬ΩΩΩ ΩΩΩΩΨ³ΩΨ¨ΩΩ Ψ£ΩΨ¨ΩΨ§ΩΩ ΩΩΩΩΨ³ΩΨ¨ΩΩ Ψ£ΩΩ
ΩΩΩΩ ΩΩΩΩΨ³ΩΨ¨ΩΩ Ψ£ΩΩ
ΩΩΩΩ
Sesungguhnya, antara dosa paling besar ialah seseorang yang melaknat kedua orang tuanya sendiri. Lalu baginda SAW ditanya : Ya Rasulallah, bagaimana boleh seseorang itu melaknat kedua orang tuanya sendiri ?
Jawab Nabi SAW: *seseorang memaki ayah seseorang yang lain. Maka orang itu memaki ayahnya p**a.* Kemudian dia memaki p**a ibu orang itu, lalu orang itu memaki ibunya p**a.
Riwayat Imam Al Bukhari (5973) dan Muslim (90)
KEFAHAMAN HADIS
1. Islam adalah agama yang lurus (hanif). *Kaya dengan adab yang indah dan tatasusila yang murni*. Tahap sopan santunnya pada aras tertinggi. Akhlaknya p**a menjadi mutiara hidup yang berkualiti.
2. Antara asuhan Islam dalam membina ummah yang hebat ini ialah meletakkan *sempadan dosa pahala dan garis pemisah syurga neraka*. Menetapkan arah tuju kehidupan yang jelas dengan pedoman Al Quran dan As Sunnah.
3. Memasang βsignboardβ arah laluan yang jelas serta βtanda amaranβ yang terang di setiap persimpangan dan setiap lokasi permukaan jalan yang merbahaya.
(Jangan kata Allah SWT tak bagitahu awal. Kenapa Nabi SAW. tak cakap siang-siang. Ingat, Semua dokumen sudah lengkap dan semua tunjuk ajar serta pandu arah sudah sempurna.)
4. Dosa adalah implikasi kepada sebuah pelanggaran syariat. Tahap angkuh dan degil dalam mematuhi ketetapan syariat akan menentukan kategori besar kecilnya dosa yang dilaku, berasaskan apa yang telah dipamer pada βsurat pekelilingβ (wahyu) yang diturunkan oleh Allah SWT dan Sunnah Nabi-Nya SAW.
5. Sebahagian dari *dosa paling besar ialah βmemaki hamun ibu sendiri.β Sekali dengar memang aneh. Anak liar mana yang tergamak maki hamun mak ayah sendiri ? Perkara serupa pernah ditanya oleh sahabat kepada Nabi SAW.
6. Saksikan apa yang telah di jelaskan oleh Nabi SAW tentang fenomena maki hamun ibubapa sendiri yang ternyata memang ianya berlaku dalam masyarakat kita. Malah ada yang melafazkannya di pentas pidato terbuka dan meja kuliah di masjid surau.
7. βKepala Bapak Engkau !β β¦ biasa dengar kan ? Kemudiannya disambut hilai tawa audien dan tepukan penyokong sendiri. Sedang sebahagian yang bukan penyokong akan menjawab balas, Kepala Bapak Engkau lah ! dan macam-macam lagi ayat maki balas dihambur, mensasarkan ibu dan ayah sebagai subjek maki.
8. Sungguh situasi ini keluar dari landasan adab dan akhlak murni agama Islam. Elakkan lah. Kalau sang anak berkata βuffβ atau βaah sahaja kepada ibu ayahnya sudah dikategori anak derhaka dan berdosa, inikan p**a memaki hamun.
9. Ingat Firman Allah SWT:
βΩΩΩΩΨΆΩΩΩ° Ψ±ΩΨ¨ΩΩΩΩ Ψ£ΩΩΩΩΨ§ ΨͺΩΨΉΩΨ¨ΩΨ―ΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩΩΩΨ§ΩΩ ΩΩΨ¨ΩΨ§ΩΩΩΩΨ§ΩΩΨ―ΩΩΩΩΩ Ψ₯ΩΨΩΨ³ΩΨ§ΩΩΨ§ Ψ₯ΩΩ
ΩΩΨ§ ΩΩΨ¨ΩΩΩΨΊΩΩΩΩ ΨΉΩΩΨ―ΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΨ¨ΩΨ±Ω Ψ£ΩΨΩΨ―ΩΩΩΩ
ΩΨ§ Ψ£ΩΩΩ ΩΩΩΩΨ§ΩΩΩ
ΩΨ§ ΩΩΩΩΨ§ ΨͺΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩΩ
ΩΨ§ Ψ£ΩΩΩΩ ΩΩΩΩΨ§ ΨͺΩΩΩΩΩΨ±ΩΩΩΩ
ΩΨ§ ΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩΩ
ΩΨ§ ΩΩΩΩΩΩΨ§ ΩΩΨ±ΩΩΩ
ΩΨ§
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak sembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan βuffβ (atau "aaH") dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Surah Al Israβ : 23
βΨΉΩΩΩ ΨΉΩΩΩΨ§ΨΆΩ Ψ¨ΩΩΩ ΨΩΩ
ΩΨ§Ψ±Ω ΩΩΨ§ΩΩ
βΩΩΩΩΨͺΩ ΩΩΨ§ Ψ±ΩΨ³ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩ Ψ±ΩΨ¬ΩΩΩ Ω
ΩΩΩ ΩΩΩΩΩ
ΩΩ ΩΩΨ΄ΩΨͺΩΩ
ΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩΩ Ψ―ΩΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩΩΩ Ψ¨ΩΨ£ΩΨ³Ω Ψ£ΩΩΩ Ψ£ΩΩΩΨͺΩΨ΅ΩΨ±Ω Ω
ΩΩΩΩΩ
10. Daripada Iyadh ibn Himar telah berkata: Aku telah bertanya Ya Rasulallah, seseorang dari kaumku telah memaki aku sedang dia tidaklah lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas maki hamun darinya?"
βΩΩΨ§ΩΩ Ψ§ΩΩΩ
ΩΨ³ΩΨͺΩΨ¨ΩΩΨ§ΩΩ Ψ΄ΩΩΩΨ·ΩΨ§ΩΩΨ§ΩΩ ΩΩΨͺΩΩΩΨ§ΨͺΩΨ±ΩΨ§ΩΩ ΩΩΩΩΨͺΩΩΩΨ§Ψ°ΩΨ¨ΩΨ§ΩΩ
Jawab Nabi SAW: Dua orang yang saling maki hamun itu, adalah dua syaithan yang saling mencaci maki dan saling melontarkan kata-kata dusta.
Riwayat Imam Ahmad (17172) dan Al Bukhari dalam Adab Al Mufrad (440) - Sanad Sohih.
Sekian.