20/08/2026
Bila kita cakap tentang evidence-based,ada hierarki dia. Jom saya explain secara mudah, (tengok gambarajah), semakin bawah, semakin tak kuat.
Meta-analysis β paling kuat
Meta-analysis menggabungkan data daripada banyak kajian dan menganalisisnya secara statistik. Jadi kita bukan tengok satu kajian sahaja, tetapi cuba lihat apa kesimp**an keseluruhan daripada banyak kajian.
Systematic Review- Sama seperti meta analysis, bezanya, ia tak semestinya menggabungkan semua data secara statistik.
Randomised Controlled Trial (RCT)
Dalam RCT, peserta dibahagikan secara rawak kepada kump**an yang menerima rawatan dan kump**an perbandingan. Dengan cara ini, kita lebih yakin perubahan yang berlaku memang berkaitan dengan rawatan tersebut, bukan sebab faktor lain. Lagi kuat kalau kajian itu double-blind β maksudnya peserta dan penyelidik/penilai sama-sama tak tahu siapa dapat rawatan sebenar dan siapa dapat placebo/rawatan perbandingan. Ini penting untuk kurangkan bias.
Cohort Study -Penyelidik kaji satu kump**an dalam satu tempoh, tengok apa yang berlaku. Contohnya, orang yang terdedah dgn faktor A lebih cenderung dapat outcome B atau tidak. Sangat berguna,cuma faktor lain masih boleh mempengaruhi hasil.
Case-Control Study-Kita ambil orang yang dah ada sesuatu keadaan, bandingkan dengan orang yang tak ada, dan kaji kebelakang β apa faktor berbeza antara dua kump**an ini? Ia boleh tunjuk ada association, tetapi belum semestinya membuktikan sebab dan akibat.
Case Report- Laporan tentang seorang atau beberapa pesakit yang mengalami sesuatu yang menarik atau luar biasa.Boleh jadi petunjuk awal untuk kajian seterusnya, tetapi belum cukup untuk kita kata, βRawatan ini memang terbukti berkesan.β
Expert Opinion - Ini pandangan berdasarkan ilmu, kepakaran dan pengalaman seseorang pakar. Sudah tentu ada nilainya, terutama bila kajian masih terhad, tetapi dari sudut hierarki evidence, ia lebih rendah daripada kajian yang dibuat secara sistematik.
Dan level testimoni / pengalaman individu? Cth: βSaya cuba benda ni, memang menjadi pada saya.β Pengalaman itu valid untuk individu tersebut tapi tak membuktikan keberkesan kepada orang lain.
Jadi bila kita dengar, βRawatan ni ada evidence,βjangan sekadar, βOh, ada paper. Dah published.β Ambil langkah seterusnya, "Kajian jenis apa? Evidence dia di level mana? Kualiti kajian macam mana?". Harap ini membantu kita lebih kritikal bila buat keputusan tentang kesihatan kita dan jadi pengguna bijak.