02/01/2018
10 TANDA-TANDA AWAL KANSER!!
==========================
kita sering dikejutkan dengan kehilangan insan yang sangat dikenali kerana penyakit kanser.
Ya. Kanser pembunuh senyap tidak mengira usia.
๐Luangkan sedikit MASA anda untuk membaca 10 TANDA AWAL mengenai KANSER!!
================
1. Kanser Pangkal Rahim -
๐Sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
2. Kanser Payudara -
๐Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
3. Kanser Usus Besar -
๐Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4. Kanser Paru-Paru -
๐Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
5. Kanser Perut -
๐Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6. Kanser Limpa -
๐Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7. Kanser Ovari -
๐Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8. Kanser Otak -
๐Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9. Kanser Prostat -
๐Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
10. Kanser Darah (Leukimia) -
๐Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
SHARE SEKIRANYA BERMANFAATโค