Kedai Herba Nana

Kedai Herba Nana MEMBUKA RAHSIA KESEMBUHAN PELBAGAI PENYAKIT DENGAN TEKNIK GABUNGAN ILMU SARAF BERASASKAN SAINTIFIK, LOGIK, AL QURAN & SUNNAH.

20/10/2022
23/07/2019

TERAPI SARAF (DENDRIT) AL FATEH

PENYAKIT APAKAH YANG PALING SESUAI DIRAWAT SECARA TERAPI DENDRIT AL FATEH?

Semua penyakit terjadi apabila kondisi homeostasis tubuh terjejas. Ketidakseimbangan fisiologi, emosi dan spiritual menjejaskan pengaliran tenaga hayat atau chi atau prana secara sekata dan menyeluruh. Organ-organ tertentu akan melemah dan ini akan melemahkan juga organ-organ pasangannya dalam prinsip Yin Yang.

Tekanan berbentuk stimulasi pada titik dan saluran tenaga terpilih akan merangsang secara timbal balas (casual relationship) organ lain yang bersambungan dengannya.

Sebagai contoh apabila kita memicit beberapa titik di sepanjang saluran jantung, ia akan turut memberi kesan pada organ usus kecik dan seterusnya pembuluh darah dan seterusnya otak sebagai hubung kait antara organ (organ connectivity).

Bermula dari otak ia akan menjalar keseluruh sistem saraf sehingga ke bahagian-bahagian lain tubuh badan.

Maka penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf paling sesuai untuk diikhtiarkan dengan kaedah terapi dendrit.

Terapi kesihatan ini merawat pelbagai kes. Antaranya Celebral palsy (CP), Autisme, GDD (Global Development Delay), Epilepsy, kemerosotan minda, nyanyuk, sakit lutut, pinggang, belikat, leher, bahu, migraine, lumpuh, Imsomnia, Bronkitis, cirit birit, sakit-sakit ringan dan rawatan selepas bersalin ibu dan anak.

Kesimpulannya penyakit-penyakit yang dialami berpunca daripada kegagalan organ-organ berfungsi dengan baik akibat sumbatan atau penyempitan pada saluran.



Address

Sungai Kandis
Shah Alam
40470

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Herba Nana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share